BOLEHKAH DIPERCAYAI BAYARAN PENYELESAIAN GOLDMAN SACHS USD3.9 BILION KEPADA MUHYIDDIN SEDANGKAN JUMLAHNYA AMAT RENDAH DARIPADA SEPATUTNYA?

Editorial

22 Mac 2023

PIHAK SPRM hendaklah menyiasat dengan terperinci bayaran penyelesaian kes 1MDB yang dibuat oleh bank pelaburan antarabangsa Goldman Sachs dengan bekas PM, Muhyiddin Yassin semasa dia berkuasa.

Laporan dan kenyataan media melaporkan bahawa Goldman Sachs telah membayar wang ganjaran penyelesaian atau pampasan berjumlah USD2.5 bilion dan akujanji bahawa sejumlah USD1.4 bilion untuk aset boleh diperolehi semula kepada kerajaan Malaysia.

Lantaran itu jumlah bayaran yang dibuat oleh Goldman Sachs serta akujanji pemerolehan aset 1MDB adalah USD3.9 bilion.

Walau bagaimanapun bekas Peguam Negera TS Tommy Thomas dalam memoirnya mendedahkan bahawa anggaran jumlah yang sepatutnya dibayar adalah USD9.6 bilion.

Lantas ia berkurangan sekurang-kurangnya USD5.7 bilion.

Thomas juga melaporkan bahawa terdapat urusan penyelesaian berasingan antara Muhyiddin dan Goldman Sachs yang harus diumumkan kepada rakyat, supaya tidak berlaku urusan rasuah bertindih.

Pelbagai spekulasi timbul dengan karenah parti PPBM (Bersatu) yang tiada jentera akar umbi, tetapi boleh memenangi kerusi parlimen tertentu, terutamanya di Pagoh.

Adakah telah berlaku sogokan yang lumayan kepada pengundi Pagoh sebagaimana didakwa di Marang, apabila boleh dikatakan banyak bahagian dan cawangan Bersatu di Pagoh telah dibubarkan.

NGO Aliran yang terdiri daripada pemerhati politik daripada golongan intelektual yang berpusat di Pulau Pinang, mendesak kerajaan sedia ada dengan kuasa prerogatif DS Anwar Ibrahim, supaya SPRM menjalankan audit forensik kerana merujuk kepada pendedahan Tommy Thomas, terbangkit spekulasi tentang penyelesaian berasingan antara Goldman Sachs dan Muhyiddin.

Memetik petikan daripada memoir Thomas, ‘My Story: Justice in the Wilderness’, Aliran menyoal jika terdapat persetujuan berasingan yang dicapai oleh Goldman Sachs dengan Muhyiddin.

Aliran menggesa agar kerajaan pimpinan Anwar melihat rekod pentadbiran Muhyiddin dalam isu penyelesaian dan pampasan Goldman Sachs kepada Malaysia.

Adakah Goldman Sachs bersetuju dengan angka yang lebih tinggi diletakkan kerajaan Malaysia sebelum penyelesaian pampasan dengan Muhyiddin?

Sekiranya benar, adakah terdapat perjanjian yang ditandatangani antara kerajaan pimpinan Muhyiddin dan Goldman Sachs untuk jumlah yang lebih tinggi tetapi dirahsiakan?

Sekiranya terdapat perjanjian sedemikian yang tidak didedahkan kepada umum, Aliran menggesa kerajaan pentadbiran Anwar untuk mendedahkan perjanjian itu kepada umum.

Kerajaan hendaklah membongkar setiap siasatan terhadap dakwaan yang terkandung dalam memoir Thomas khusus isu yang membabitkan Goldman Sachs agar rasuah bertindih oleh golongan oportunis yang berkuasa diselongkar.

Bekas PM, Tun Mahathir Mohamad juga curiga dengan bayaran murah yang dilaporan dibuat oleh Goldman Sachs.

Mahathir berpendapat Malaysia sepatutnya Malaysia menerima pampasan lebih tinggi daripada Goldman Sachs berhubung skandal 1MDB, berbanding penyelesaian yang dicapai ketika Muhyiddin berkuasa.

Bagaimanapun, Mahathir berkata perkara itu tidak berlaku kerana Muhyiddin terlalu ‘murah hati.’

Ahli Parlimen Titiwangsa Johari Ghani turut menggesa siasatan terhadap penyelesaian antara Goldman Sachs dan Muhyiddin.

Johari berkata Goldman Sachs sebagai penasihat kewangan dan pengurus utama untuk tiga bon yang diterbitkan oleh 1MDB bernilai USD$6.5 bilion telah meraih yuran AS$606 juta dalam pengurusan pelaburan 1MDB.

Jika spekulasi pemerhati ekonomi dan politik itu benar, maka nampaknya ada jerung oportunis yang menangguk di air keruh, tetapi menjerit-jerit ada perompak sedangkan perompak itu adalah dirinya sendiri.

****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: