VIDEO – PEMIMPIN TUA 22 TAHUN 22 BULAN DIBIDAS ANWAR KERANA LUPA PADA RAKYAT KETIKA DIA BERKUASA

Editorial

22 Mac 2023

Presiden PKR Anwar Ibrahim menyindir pemimpin politik yang dilihat hanya membangkitkan soal rakyat dan mula memainkan sentimen agama dan kaum setelah telah hilang kekuasaan.

Walaupun tidak menyebut secara khusus, Anwar dipercayai merujuk kepada bekas perdana menteri dan musuh politiknya, Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir pada 4 Mac lalu memberi amaran bahawa bangsa Melayu akan hilang kuasa sepenuhnya di Malaysia selepas dua kali pilihan raya umum.

DS Anwar Ibrahim, ketika di kemuncak kemelut konfliknya dengan Tun Dr Mahathir telah mendedahkan sikap sombong, angkuh, boros, rasuah, kronisme, nepotisme dan kezaliman Perdana Menteri keturunan India Kerala itu.

Luahan dan pendedahan Anwar terhadap kezaliman Mahathir ke atasnya, berulang kepada Najib dari aspek undang-undang, tuduhan-tuduhan yang berentetan, mahkamah yang haru-biru, serta tamak haloba Mahathir sendiri.

Pasti Anwar melihat apa yang Mahathir telah perlakukan terhadap DS Najib. Malah kata Tan Sri Musa Hitam, jika dia melawan Mahathir dahulu ketika dia menjadi Timbalan Perdana Menteri, nasib dia samalah dengan nasib Najib.

Anwar pernah mendedahkan bahawa dia tahu banyak rahsia Mahathir dan kroninya.

Kata Anwar, “Saya tahu beberapa bilion ringgit wang umno yang dicuri untuk kepentingan beberapa orang.

“Saya tahu beberapa banyak wang, satu bilion bulan Oktober yang dikeluarkan dari dalam negara ke luar negara ke satu akaun bank di sekitar Zurich.

“Saya telah laporkan kepada Dr mahathir, mengharapkan dia pemimpin yang boleh dipercayai, rupa-rupanya dia menyimpan maklumat itu dan saya tidak boleh nafikan bahawa ada pakatan sulit antara dia dan beberapa orang berkenaan.

“Saya tahu rahsia bagaimana beberapa projek digunakan dan dimanfaatkan untuk beberapa kawan dan suku-sakatnya. Mereka takut dengan maklumat ini.

“Tetapi saya telah beritahu bahawa saya pada peringkat awalnya tidak bercadang untuk menentang Dr Mahathir dalam pimpinan parti dan kerajaan, mengharapkan bahawa beliau akan berhenti secara terhormat dan bila kita mengambil alih kita akan betulkan secara baik tanpa membawa imej yang jijik terhadap keburukan-keburukan beliau.

“Mahathir anggap dirinya PM yang paling popular di dunia dan beliau juga anggap bahawa beliau telah dapat bertindak apa sahaja mengikut kehendak nafsu serakah beliau, dan beliau melakukan kesilapan besar kerana bertindak zalim dan doa orang yang dizalimi atau makhluk insyaAllah akan dikabuli oleh Allah SWT.

“Saya tidak jangka sama sekali dia akan bertindak zalim dan separuh gila dengan mengambil tindakan yang dilakukan kepada saya semata-mata kerana takut bahawa saya tahu terlalu banyak dan dan rahsia terlalu banyak mungkin didedahkan maka cara dan pilihannya ialah untuk mematikan karier politik saya supaya saya tidak mahu bangun lagi.

“Saya tidak jangka sama sekali dia akan bertindak zalim dan separuh gila dengan mengambil tindakan yang dilakukan kepada saya semata-mata kerana takut bahawa saya tahu terlalu banyak dan dan rahsia terlalu banyak mungkin didedahkan maka cara dan pilihannya ialah untuk mematikan karier politik saya supaya saya tidak mahu bangun lagi.

“Rakyat tahu pendirian saya terhadap projek Empangan Bakun. Kita tidak menentang sangat projek itu kalau dikendalikan dengan cara teratur dan bukan untuk menjaga kepentingan suku-sakatnya.

“Bahkan dalam pembangunan lapangan terbang Sepang sendiripun terlalu banyak kepentingan keluarganya dan anaknya itu diberikan dan kita sedapat upaya cuba elakkan sehingga beliau mula marah-marah.

“Dalam kes Petronas dengan MISC sekalipun yang melibatkan anaknya Mirzan Mahathir, kita nasihatkan supaya ikut peraturan. Saya dengan Petronas meminta supaya digunakan penilai antarabangsa, kemudian kami dimarah kerana harganya dia fikir harus lebih tinggi, tetapi harganya melibatkan RM2 bilion duit Petronas wang rakyat jadi kita terpaksa ikut cara dan kaedah yang munasabah tetapi beliau tidak berpuas hati.

“Begitu juga dengan kemudahan dan pembangunan Putrajaya kerana dia hidup dalam apa yang disebut ‘de illusion en grande‘, mesti yang tertinggi yang terhebat yang terbesar termasuklah istana rasmi beliau mahunya yang terindah dan terbesar di dunia.

“Ada yang mengatakan saya yang luluskan. Saya ingin menyebut saya tidak luluskan pembangunan rumahnya. Itu dibuat melalui satu syarikat Putrajaya Holding dan dengan cara sedemikian mereka dapat arahan secara langsung. Saya tidak menandatangani apa surat sekalipun meluluskan satu istana yang begitu besar bagi seorang Perdana Menteri yang hidup dalam satu dunia impian dan khayalan.

“Tetapi yang berlaku diambil kuasa Raja diletakkan kepada kepalanya. Jadi akhirnya dia menjadi Perdana Menteri dan Raja dan dewa dan semuanya dan ini yang akhirnya memusuhi beliau sendiri dan merosakkan imejnya.

“Mahathir sudah tua, bagaimana mahu terus mengekalkan kuasa menongkat langit dan dengan cara yang kejam dan zalim buat orang seperti ini.

“Dia gunakan instrumen polis seperti Gestapo, memukul, mendera dengan cara yang cukup memalukan.

“Mahkamah bersidang dengan cara sidang yang luar biasa cepat dan cekap, tidak mendengar langsung rayuan dan permintaan daripada peguambela.

“Rakyat mesti memikul tanggungjawab tetapi tanggungjawab mereka untuk melaksanakan keadilan, pemerintahan mengikut hukum dan undang-undang sendiri tidak dapat ditunaikan dengan baik.

“Oleh kerana saya berkeras dan berdegil mempertahankan prinsip ini saya mahu dimalukan dan berulang kali akan dibangkitkan tuduhan dan digunakan media untuk mengaibkan saya.

“Apa dosa saya? Dosa saya ialah kerana saya nak mempertahankan kebenaran, keadilan dan kepentingan rakyat.”

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: