UMNO-BN PENENTU KUASA PEMERINTAH KERAJAAN PERPADUAN

2 Feb 2023

Oleh Dr Mamat Desa

Kehadiran BN-UMNO dalam ‘Kerajaan Perpaduan’  bukan penumpang, apatah lagi oportunis mahupun parasit sebagaimana dituduh oleh musuh-musuhnya.

Dalam bahasa politik, BN-UMNO adalah ‘The King-Maker’ yang memadamkan dakwaan PAS sebelum ini, bahawa merekalah yang akan membawa fungsi sedemikian.

UMNO khususnya telah membawa peranan ‘King -Maker bukan sahaja selepas PRU15, malah sebelumnya semasa kerajaan PH berkuasa di bawah kepimpinan Tun Mahathir yang diterjemahkan dan diperakui Tun sendiri bahawa dia adalah pemimpin ‘boneka’ DAP.

Dengan itu UMNO bukan sahaja mempunyai kuasa dan senjata untuk mengangkat kuasa pemerintah, malah harus diingat bahawa UMNO juga berkuasa untuk menjatuhkan kuasa pemerintah sebagaimana yang berlaku kepada PH dan juga kepada kerajaan PN yang dikuasai oleh TS Muhyiddin Yassin.

Kini UMNO berdiri gagah menjadi penentu kuasa kepada ‘Kerajaan Perpaduan’ pimpinan DS Anwar Ibrahim, yang hakikatnya telah berkali-kali gagal sejak pada 1997-1998 apabila Tun Mahathir mengenyahkan Anwar kerana dakwaan nepotisme dan kronisme Mahathir yang cuba disembunyikan yang sekali gus memuntahkan krisis Anwar-Mahathir, serta menjadi penanda kelahiran PKR.

Selepas PRU15, PAS yang angkuh mendabik dada sebagai ‘King-Maker’ telah lagi sekali gagal mengangkat TS Muhyiddin untuk menguasai Putrajaya.

Sekaligus ia menjadi mimpi ngeri kepada Muhyiddin kerana jawatan Perdana Menteri pastinya boleh digunakan untuk menyelamatkan dirinya daripada ‘skandal perbelanjaan negara’ ketika negara ditimpa bencana Covid-19 yang diselindungi oleh ‘Ordinan Darurat’ ketika PN berkuasa.

Meskipun DYMM SPB YD Pertuan Agong merestui kuasa ‘King-Maker’ UMNO bagi mengangkat Anwar sebagai PM, namun itu tidak memadamkan kuasa UMNO sebagai penentu kuasa kerajaan pemerintah.

Dalam kemelut masyarakat Melayu-Islam, ramai yang menterjemah DAP sebagai parti anti-Melayu-Islam, namun rakyat harus sedar bahawa legasi Lim Kit Siang sudah mula cair. Anthony Loke bukan Lim Guan Eng, anak pemimpjn cauvinis Cina Lim Kit Siang.

Malahan DS Anwar Ibrahim telah mengubah paradigma PH sebelum ini dengan barisan kabinetnya yang selari dan seimbang dengan komposisi kaum di Malaysia.

Dengan itu juga sedikit-sebayak Anwar Berjaya mengikis persepsi bahawa kerajaan Perpaduan bukan lagi kerajaan yang didominasi oleh DAP sebagaimana kerajaan PH pimpinan Tun Mahathir.

Dengan itu ‘kerajaan Perpaduan’ pimpinan Anwar adalah jauh berbeza dengan kerajaan PH yang dipimpin ‘boneka lanjut usia’ seperti Tun Mahathir.

Menentang ‘kerajaan Perpaduan’ barangkali sinonim dengan menentang intigrasi nasional dan perpaduan kaum negara yang terbina oleh rakyat berbilang budaya, agama dan bahasa.

Kini PAS terkinja-kinja cuba menepis dan menggunakan pelbagai dalil untuk ‘menghalalkan rasuah’ pilihanraya, apabila pemimpinnya seorang demi seorang mengaku ‘menyogok’ pemilih dengan ‘sedekah politik’ ketika PRU15.

Manakala Muhyiddin pula dilihat terperangkap dengan muslihat ‘salah guna kuasa’ ketika Malaysia berada di puncak wabak Covid-19 dengan perbelanjaan sekitar RM600 bilion kononnya untuk menyelamatkan negara daripada wabak Covid-19 (meskipun diperakui oleh Muhyiddin sendiri jumlah tersebut lebih kecil daripada RM600 bilion).

Dalam isu kontemporari yang tersebar dalam media, akaun BERSATU telah dibekukan atas arahan SPRM supaya siasatan yang telus dapat dijalankan dalam skandal perbelanjaan kerajaan pimpinan Muhyiddin yang terdahulu setelah ‘mengkhianati’ kerajaan PH pimpinan Mahathir, malahan menendang Mahathir keluar daripada Bersatu.

Rakyat pada hakikatnya sudah muak dengan gejala rasuah dan salah guna kuasa kerajaan sebelumnya, apatah lagi dunia luar sedang memerhatikan sejauh manakah Malaysia komited atau beriltizam untuk membanteras rasuah.

Tindakan SPRM menyiasat ‘wang sedekah pilihanraya’ PAS serta perbelanjaan ‘super-mega’ Muhyiddin yang dilindungi oleh Ordinan Darurat sewajarnya dijulang tinggi sebagai usaha membanteras rasuah dalam kerajaan.

Semoga Perdana Menteri Malaysia Ke-10, DS Anwar Ibrahim akan dapat mengikis selicin-licinnya hipokrasi pemimpin politik yang ‘cakap tak serupa bikin’ bersama dengan kekuatan kerajaan yang ditunjangi UMNO.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: