TUN MAHATHIR, MAHUPUN PEJUANG DAN GTA TIDAK LAGI RELEVAN DAN TERANG-TERANGAN DITOLAK RAKYAT

Editorial

30 Nov 2022

Tun Mahathir telah terbukti gagal mempertahankan kerusi Langkawinya, malah kehilangan wang deposit dalam kekalahannya yang bersejarah dalam pilihan raya dalam tempoh 53 tahun.

Kerusi Parlimen Langkawi itu telah dimenangi calon PN Datuk Mohd Suhaimi Abdullah, dengan majoriti 13,518 undi.

Tanpa mahu menafikan sejarah sumbangan Mahathir, namun politik dan kehendak rakyat berubah.

Kekalahan Mahathir berlaku walaupun terdapat penghargaan ke atas sumbangannya di Langkawi dan negeri kelahirannya di Kedah, dalam apa yang mungkin menjadi simbol penamatan keagungan Mahathir dalam politik.

Bukan itu sahaja, sebagaimana didakwa oleh Timbalan Presiden PKR, kemenangan PH pada PRU15 tiada kena-mengena dengan faktor Mahathir.

Masyarakat Melayu, tidak kira di Kedah mahupun di seluruh negara telah menolak Mahathir, setelah pelbagai cacian dilontarkan kepada kaum Melayu.

Mahathir salah perhitungan apabila menterjemahkan kemiskinan kaum Melayu adalah disebabkan sifat malas, tetapi hakikatnya kekayaan bukan matlamat hidup kaum Muslimin.

Nampaknya telahan beberapa penganalisis politik sebelum PRU15 bahawa Mahathir dan Gerakan Tanah Air (GTA) akan tersungkur telah menjadi realiti.

GTA cuba menumpang nama ‘hebat’ Mahathir untuk menarik pengundi Melayu, tetapi hakikatnya ia meleset dan ada yang melihatnya hanya sebagai gemaan ‘tin kosong’.

GTA mencanangkan bahawa ia mencalonkan golongan ‘perofesional’ namun rakyat tidak termakan dengan retorik sedemikian, sebaliknya rakyat mahu pemimpin yang datang daripada realiti politik yang prihatin terhadap masalah mereka, bukannya pemimpin yang mengutamakan kronisme, nepotisme dan authorianisme.

GTA dibentuk oleh Dr Mahathir menjelang PRU15, seakan-akan terdesak dan terperangkap dengan pertaruhannya yang kalah teruk di PRK Johor.

Tiada gunanya Mahathir melaungkan perjuangannya membela kaum Melayu, sebaliknya selama 22 tahun berkuasa dia telah mengabaikannya.

Lihatlah setelah lebih 20 tahun Kolej Pertanian dan Kolej Teknologi diangkat sebagai UPM dan UTM pada tahun 1970-an, namun hanya pada 1999 baharulah ITM, yang merupakan jelapang ilmu kaum Melayu-Bumiputera diangkat sebagai institusi pendidikan bertaraf universiti.

Mahathir juga telah memulakan dasar penswastaan yang hakikatnya telah mencekik leher rakyat apabila banyaklah tanggungjawab kerajaan telah diswastakan, bukan sahaja sekadar bekalan elektrik dan air, tetapi banyaklah keperluan rakyat sehingga membawa kepada lebuhraya, hospital pakar, universiti, media, sistem pengakutan dan banyak lagi sehingga membawa kepada air kumbahan.

Sebagaimana negara jiran sepatutnya Mahathir dan kerajaannya mengawal dan mengekang pihak swasta yang bermaharajalela menguasai projek perumahan, sehingga harga rumah naik melambung di luar kemampuan rakyat.

Sewajarnyalah Gerakan Tanah Air (GTA) yang diketuai Mahathir dibubarkan selepas penampilan buruknya pada PRU15 yang jelas menunjukkan bahawa mesej pro-Melayu semasa berkempen diterjemahkan sebagai hanya omongan kosong Mahathir.

Keputusan PRU15 telah menunjukkan bagaimana GTA dan komponennya telah gagal dalam retorik naratif perkauman mereka, dengan kehilangan semua 125 kerusi parlimen yang ditandinginya.

Kekalahan GTA bukanlah sesuatu yang mengejutkan, sebaliknya, telah dijangka, meskipun Mahathir melaungkan kegoannya tentang kekuatan GTA dan sokongan pengundi Melayu.

Perkara yang mengejutkan ialah apabila skala kekalahan Pejuang dan GTA adalah sesuatu yang sungguh memalukan meskipun diketuai oleh Mahathir yang dahulunya dijulang tinggi melangit.

Dengan penilaian dan telahan masa depannya yang amat kabur, amatlah tidak relevan untuk pemimpin muda dalam GTA mempertaruhkan masa depan mereka memperjuangkan kesinambungan hayat GTA mahupun Pejuang.

Benarlah sebagaimana kata MO Ibrahim seorang penggiat ekonomi yang terkenal di Afrika ketika berucap di hadapan Mahathir di Kigali Rwanda, “Ke manakah pemimpin tua berusia 90-tahun mahu membawa rakyatnya? Adakah ke kubur?”

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: