ANWAR! JANGAN BIARKAN DAP BERMAHARAJALELA TINDAS KAUM MELAYU SEPERTI KETIKA 22 BULAN PH BERKUASA

Editorial

27 Nov 2022

Tahniah kepada Perdana Menteri baharu DS Anwar Ibrahim kerana akhirnya telah Berjaya juga menguasai Putrajaya dan menduduki kerusi PM Malaysia ke-10.

Ia suatu junktur politik yang baharu buat negara, setelah yang lain-lainnya telah merasai pahit-getir menjadi pucuk kepimpinan negara.

Ramailah yang suka mengatakan bahawa semuanya telah gagal, Tun Mahathir yang sebelumnya dijulang kini dilihat tidak lebih daripada politikus tua yang telah ditolak rakyat, DS Najib Razak disumbat ke penjara (meskipun ramai melihat bahawa dia telah dianiaya), Muhyiddin sebagai PM kerajaan ‘katak yang gagal’, Ismail Sabri tiada ‘wow factor’ dan boleh dikatakan semuanya ada cacat-celanya.

Terkini, dalam kerajaan baharu, DAP sedang mengasah taringnya setelah terbukti bahawa kaum Cina tetap bersamanya, tetapi tidaklah diketahui sama ada doktrin ‘use Malays to screw the Malays’ telah berjaya membantu PH melumpuhkan kekuatan parti Melayu seperti UMNO, PN, Pejuang dan PAS.

Walau bagaimanapun PAS dilihat telah mendapat tambahan sokongan kaum Melayu.

Adakah Anthony Loke cuba berpura-pura apabila dia mendakwa DAP bukan parti yang anti-Melayu, bukan anti-Raja-Raja Melayu dan bukan anti-agama Islam.

Hakikatnya terdapat banyak bukti telah menunjukkan bahawa terdapat agenda tersembunyi yang mahu menjadikan negara ini sebuah republik, malah ada agenda yang mahu mengubah agama Islam sebagai agama rasmi negara.

Loke kini adalah Setiausaha Agung DAP yang telah mengambil alih kuasa Lim Guan Eng dan mencairkan kuasa legasi Lim Kit Siang.

Mungkin juga Loke tidak lagi mendukung doktrin rasisme, dan cauvinisme Cina, sebaliknya cuba mendapatkan sokongan kaum Melayu.

Bagi Loke sentimen atau pandangan DAP sebagai parti anti-Melayu hanyalah sekadar tohmahan yang dilempar bagi memburukkan imej DAP kepada masyarakat. Namun ia menjadi tanggungjawab Loke untuk membuktikan kejujuran dan keikhlasan Loke.

Sejarah 22 bulan PH berkuasa telah membuktikan DAP yang telah terpalit dengan pelbagai agenda dan tindakan menentang hak-hak Melayu dan Islam dalam Perlembagaan sebagaimana cubaan meratifikasikan ICERD.

DAP sebelum ini pernah terlibat di dalam Jawatankuasa Pemandu Suruhanjaya Antara Agama (IFC) dan pemimpin DAP juga menuntut murtad dibenarkan, malah mereka mahu status agam dipadamkan dalam kad pengenalan.

DAP juga aktif di dalam COMANGO yang antaranya menuntut dihapuskan hak-hak istimewa orang Melayu.

DAP juga beberapa kali sebelum ini menggertak jabatan agama, jabatan mufti dan mempertikai kewujudan Jakim malah mereka mahu JAKIM dilupuskan.

Meskipun ramai pemimpin Melayu yang sedar tentang hipokrasi DAP, namun nampaknya Loke bersungguh-sungguh telah menyingkirkan beberapa pemimpin Cina dalam dalam senarai calon PRU15.

Loke juga berusaha meletakkan calon-calon Melayu, namun ramai yang masih melihat mereka sebagai keldai DAP belaka.

Sejarah hitam gelagat DAP semasa PH berkuasa masih tidak dilupakan oleh kaum Melayu dan umat Islam.

Dengan itu kaum Melayu dan umat Islam amat berharap agar DS Anwar Ibrahim benar-benar memantau gelagat pemimpin DAP agar segala kesengsaraan rakyat Melayu-Islam semasa 22 bulan PH berkuasa tidak lagi berulang.

Anwar pernah mendakwa bahawa semasa 22 PH memerintah, dia tidak mempunyai kuasa untuk membantah tindakan DAP mahupun Mahathir, tetapi kini rakyat sedang memerhatikan tingkah-laku Anwar dan DAP, terutamanya pemimpin UMNO yang kini turut bersama PH.

Semoga Anwar akan dapat menunjukkan bahawa dia boleh diharapkan sebagai pembela kepada bangsanya sendiri dan agama Allah.

Jika tidak, rakyat akan mencari jalan untuk mengubah semula kerajaan yang lupa pada hak Melayu, kedudukan agama Islam serta kedudukan Raja-Raja Melayu sebagaimana dimaktubkan dalam Perlembagaan.

Ingatlah DS Anwar, bahawa ‘Kerajaan PH’ mahupun ‘Kerajaan Perpaduan’ hanya mendapat sokongan majoriti mudah dan bukannya majoriti 2/3 dalam Dewan Rakyat.

Itupun dengan sokongan besar 28 ahli parlimen UMNO. Jika tidak, Anwar masih terus menahan kempunan.

Lantas Anwar, bersihkanlah kembali badan Perundangan dan Kehakiman Negara yang dipersepsikan rakyat sebagai telah rosak, dan heret mereka yang telah menodai kedua-dua badan itu ke mahkamah seperti Tommy Thomas serta konco-konconya, jika kamu benar-benar pemimpin bertika, bermoral, dan penegak ‘Keadilan’.

****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: