Editorial
25 Nov 2022
TS Muhyiddin Yassin nampaknya tidak dapat menyembunyikan penggunaan dana yang besar jumlahnya dalam membiayai kempen dan perbelanjaan dalam PRU15.
Isu dana RM600 bilion negara yang digunakan tanpa sebarang persoalan yang boleh dibangkitkan kerana dewan rakyat ‘dimandulkan’ ketika ordinan darurat dipergunakan kononnya untuk mengekang Covid19.
Hakikatnya pada bingkai masa berkenaan, PKP separuh masak yang dilaksanakan telah gagal mengekang pandemik Covid19 sehingga Malaysia dicatatkan sebagai 10 negara terburuk di dunia yang parah diserang Covid.
Lantas apakah rasionalnya peruntukan RM600 bilion yang ‘kerajaan gagal’ Muhyiddin gunakan atas alasan mengekang Covid19?

SPRM telah digesa menyiasat sumber dana PN yang lihat sedemikian hebat dibelanjakan, sebagaimana dakwaan Dtk Mohd Puad Zarkashi.
Melalui medsos Puad menggesa supaya Muhyiddin disiasat kerana didakwa membelanjakan sejumlah dana yang berlebihan di Sabah ketika PRU15 yang baharu sahaja berlalu.
Puad Zakarshi mahu Muhyiddin disiasat di bawah AMLA atau Akta Penggubahan Wang Haram kerana pembiayaan yang amat besar.
Gesaan Puad itu dibuat susulan perkongsian video pendek bekas ahli Parlimen Ketereh, Annuar Musa yang mendakwa Muhyiddin memperuntukkan puluhan juta ringgit ketika PRN Sabah, baru-baru ini.
Dalam video Tiktok yang dimuat naik oleh Puad itu, Annuar Musa mendedahkan terdapat puluhan juta ringgit di bilik Muhyiddin ketika pemimpin UMNO berkenaan berjumpa dengan Presiden Bersatu tersebut.
Dakwa Annuar, wang tersebut untuk membantu UMNO di PRN Sabah.
Dalam video tersebut Annuar juga berkata bahawa dia tidak boleh berbohong kerana dia akan berdosa jika berbuat demikian.
Di samping kenyataan yang dikeluarkan Annuar Musa, Presiden PKR, DS Anwar Ibrahim juga mendakwa PN adalah gabungan politik terkaya, kerana telah menerima projek bernilai berbilion ringgit semasa pandemik Covid-19.
Ia sesuatu keberuntungan kepada Muhyiddin dan sebagaimana didedahkan oleh DS Mukhriz Mahathir, Muhyiddin telah menuntut peruntukan yang sepatutnya diberikan kepada TPM daripada PM, DS Ismail Sabri.
Ketua PH Melaka Adly Zahari juga berjanji bahawa PH akan melancarkan siasatan terhadap dakwaan kerajaan PN pimpinan Muhyiddin yang telah membelanjakan RM600 bilion semasa pandemik Covid-19 selepas PRU15.
Nampaknya dengan pelantikan Anwar sebagai PM, ramailah yang akan kepanasan, termasuk Tun Mahathir serta kroni-kroninya.
Walau bagaimanapun rakyat amat berharap agar Anwar turut membongkar segala musibah badan perundangan dan kehakiman negara yang telah dinodai oleh Tommy Thomas serta mereka yang turut terkait seperti Mohd Nazlan Ghazali, bekas Gabenor Bank Negara, serta pelantikan Ketua Hakim yang bercanggah dengan perlembagaan.
*****
Tinggalkan Jawapan