TINDAKAN KERAS KE ATAS ANCAMAN ‘BUNUH’ LELAKI ANTI-RAJA MESTI DIAMBIL

Editorial

23 Nov 2022

PDRM telah menahan seorang lelaki yang menamakan dirinya sebagai ‘William Khor’ kerana mengeluarkan kenyataan serta video yang berupa ancaman ‘bunuh’ terhadap DYMM Agong atas dakwaan yang tidak berasas dalam Instagram.

Lelaki rasis dan anti-Raja-Raja Melayu itu telah ditahan di Kajang.

Merujuk kepada laporan Malaysia Gazette yang merujuk berita dari Sin Chew Daily, lelaki tersebut telah membantah kuasa DYMM Agong dalam perlantikan PM baharu setelah semua parti gabungan gagal mendapatkan bilangan majoriti ahli parlimen setelah selesainya PRU15.

Bukan itu sahaja, kenyataannya secara terang-terangan menghina pihak monarki, dan menghasut rakyat melakukan ‘coup d’tat’ sehingga mengeluarkan ancaman ‘bunuh’.

Kami percaya bahawa kenyataan lelaki berkenaan telah ditulis dalam bahasa Cina dan diterjemahkan dalam bahasa Inggeris sebagaimana yang disiarkan oleh Malaysia Gazette.

Walau bagaimana pun kami terjemahkan pula ke dalam bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) untuk memudahkan fahaman khalayak.

Kenyataan yang amat menyakitkan hati kaum Melayu yang menjunjung kedaulatan Raja-Raja yang menjadi payung agama Islam itu, adalah amat bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Isu anti-Raja-Raja Melayu serta gerakan menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘republik’ bukanlah isu baharu.

Antara contoh yang tersebar sebelum ini ialah video ‘Ustaz DAP’ Wan Ji Wan Hussin yang menghasut agar sistem Raja Beperlembagaan dihapuskan pada 2030 dan mengeluarkan kenyataan yang amat jahat terhadap Sultan.

Terkini media melaporkan bahawa PDRM sedang melaksanakan Sekatan Jalan Raya 24 jam sebagai tindakan ke atas jenayah serta meningkatkan gerakan ‘omnipresence’ PDRM sejak 22 Nov, sehari setelah William ditahan.

Tidak jelas adakah tindakan ‘omnipresence’ atau situasi siap saga PDRM itu adalah ekoran daripada unsur hasutan dan ancaman jenayah sebagaimana yang terkandung dalam kenyataan William Khor.

Nampaknya masyarakat awam tidak menolak bahawa ancaman dan hasutan rasis sebagaimana yang dilakukan oleh lelaki berkenaan amat bahaya dan menggugat ketenteraman awam.

Lantas tindakan tegas dan keras hendaklah diambil terhadap ancaman sedemikian.

Di Thailand pastinya pesalah sedemikian akan dikenakan tindakan penjara yang lama sehingga kepada 40 tahun.

Hukuman sedemikian juga wajar bagi sesiapa yang mencabul keluhuran Perlembagaan, di Malaysia.

******

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: