Editorial
22 Nov 2022
Setelah 40 tahun legasi DS Anwar Ibrahim yang tertegak di Permatang Pauh, tanpa tercabar, meskipun pembangunan untuk rakyat tidak negitu ketara, akhirnya ia runtuh ke bumi.

Legasi Anwar di Permatang Pauh terbina sejak 1982 lagi ketika dia masih bersama UMNO setelah ditarik masuk oleh Tun Dr Mahathir yang melihat potensi dan kalibernya dalam ABIM.
Namun apabila Anwar didapati bersalah dalam kes rasuah pada 1998, Parlimen Permatang Pauh telah diambil alih oleh Wan Azizah Wan Ismail atas panji PKR yang baharu ditubuhkan ketika itu.
Kini tahun 2022, pengundi tidak mudah lagi tertipu dengan wakil rakyat yang lebih suka menjauhi rakyat tetapi hanya muncul ketika musim pilihan raya sahaja.
Mereka mahu orang yang mereka pilih sentiasa prihatin dan peka terhadap kehidupan mereka sebagai wakil yang dipilih, bukan hanya muncul ketika banjir atau ketika rakyat ditimpa bencana alam, sebaliknya mereka mahu wakil rakyat yang mengambil berat terhadap masalah hidup serta persekitaran mereka.
Apa guna memilih wakil rakyat yang hanya pandai berdrama terutamanya ketika musim pilihan raya.
Kekalahan Nurul Izzah Anwar menjadi cacatan sejarah hitam pada diari hidupnya kerana 19 Nov adalah tarikh hari lahirnya sendiri.

Walau bagaimanapun pengundi Permatang Pauh, lebih suka menterjemahkan wakil rakyat yang mengabaikan kebajikan mereka sebagai pelakon handalan sebuah drama.
Sebaik sahaja diberikan mandat, calon yang menang akan menghilangkan diri dan hanya muncul kembali lagi ketika musim pilihanraya.
Walau bagaimanapun mereka tidak tahu adakah calon PAS yang telah meruntuhkan legasi Anwar di Permatang Pauh akan dapat memberikan perkhidmatan yang lebih bermakna kepada rakyat.
Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Muhammad Fawwaz Mohamad Jan yang berjaya mengalahkan puteri sulung Anwar Ibrahim dan legasinya yang telah bertapak selama 20 tahun sejak era ‘reformasi’ masih panas.
Parlimen Permatang Pauh boleh dilabelkan sebagai kubu kuat PKR sejak 1982.
Fawwaz telah mengalahkan capon-calon lain dengan majoriti 5,272 selepas memperoleh 37,638 undi mengatasi penyandang yang juga Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang meraih 32,366 undi.
Kemenangan Fawwaz boleh diterjemahkan sebagai gelombang perubahan yang dibawa oleh pengundi muda yang sudah bosan dengan retorik politik yang tidak berkesudahan.
Terdahulu, Muhammad Fawwaz, 39, turut menewaskan dua lagi pencabarnya dari Barisan Nasional Datuk Mohd Zaidi Mohd Said yang memperoleh16,971 undi dan Mohd Nasir Othman dari PEJUANG yang hanya memperoleh 473 undi dan hilang wang deposit.
PKR sebelum ini dilihat sebagai kuasa besar di Parlimen Permatang Pauh yang amat sukar dijatuhkan dan hanya berada di tangan Anwar, isterinta Wan Azizah dan kemudiannya Nurul Izzah Anwar.
Walau bagaimanapun Nurul Izzah pernah mengeluarkan kenyataan untuk berundur dari politik kerana janji-janji palsu yang ditabur oleh Pakatan Harapan.

Mungkin selepas ini Nurul Izzah akan benar-benar mengundur diri, apatah lagi untuk memberikan tumpuan kepada keluarga yang baru dibinanya bersama suami baharunya.
*****
Tinggalkan Jawapan