VIDEO BERHATI-HATILAH PARA PENGUNDI, KABINET PH-PN 22 BULAN DICALONKAN SEMULA, JIKA TIDAK MAHU DIKENCINGKAN SEKALI LAGI

Editorial

18 Nov 2022

Nampaknya barisan kabinet kerajaan kakistokrasi PH yang sesetengahnya kini berada dalam gabungan parti BERSATU-PN telah dicalonkan semula.

Kakistokrasi bermaksud kerajaan yang dikendalikan oleh pemimpin yang paling teruk, paling tidak layak, atau paling tidak bertanggungjawab, sebagaimana Lim Guan Eng menipu rakyat bahawa dia adalah Akauntan Bertauliah, sedangkan dia hanya layak menjadi kerani akaun, manakala Mat Sabu pula dilabelkan sebagai Menteri Pertahanan ‘terbodoh dunia’ dari aspek akademik dan profesionalisme ketenteraan dan terdapat kira-kira 10 pemimpin tertinggi PH yang berbohong tentang ijazah mereka.

Adakah pengundi mahu kerajaan ‘Pakatan Hancing’ dipilih semula?

Lihatlah dalam senarai calon PH dan PN, nama-nama mereka dicalonkan semula seperti Anwar, Wan Azizah, Mahathir, Mukhriz, Mujahid Yusuf Rawa, Guan Eng, Liew Chin Tong, Anthony Loke, Hanna Yeoh, Syed Saddiq, Muhyiddin Yassin, Hamzah Zainuddin, Azmin Ali, Maszlee Malik, Mat Sabu, Wan Sai Fool, dan ramai lagi.

Anwar sendiri telah mengaku kerajaan PH pada PRU14 yang dipimpin oleh Mahathir adalah sebuah ‘Kerajaan Gagal’.

Manakala Daim Zainuddin pula melabelkan menteri-menteri PH sebagai ‘bodoh’.

Ironinya 93.3% (28/30) daripada Menteri dan Timbalan Menteri dari PKR, DAP dan Amanah dicalonkan semula? Manakala terdapat sesetengah daripada mereka dari PPBM (Bersatu) kini berada pula dalam PN.

Pengundi dijerat dan diperangkap lagi sekali dengan pencalonan mereka ini yang telah memusnahkan sistem perundangan dan kehakiman negara di samping memusnahkan ekonomi negara.

Cukuplah sekali. Jangan ambil risiko dan pengundi yang membenci Pakatan Hancing hendaklah peka terhadap calon-calon kakistokrasi (lintang-pukang porak peranda) ini.

Pastinya rakyat tidak sanggup lagi dikencing dan ditipu untuk 5 tahun lagi.

SENARAI MENTERI DAN TIMBALAN MENTERI KERAJAAN PH

DICALONKAN SEMULA PADA PRU15

Selain daripada nama-nama yang tercatat itu, terdapat beberapa lagi yang dahulunya berada dalam PH tetapi kini berada dalam PN, dan masih dicalonkan semula.

Lantas jika pengundi masih memilih calon- calon PH dan PN, musibat yang melanda negara 22 bulan, setelah PH berkuasa akan berulang semula.

Mereka ini semuanya sepatutnya dinyahkan dalam senarai calon Parlimen PRU15.

Jika pengundi leka, lalai dan lupa, pastinya segala malapetaka sebagaimana negara didakwa bankrap, lebih 1000 rakyat bunuh diri, rakyat terpaksa ikat perut, kerajaan tak ada duit, sogokan RM30, penjualan aset Tabung Haji, sekat peruntukan TERAJU, sekat peruntukan Ekuinas, beratus juta ringgit untuk bantuan sekolah Cina yang tiada dalam Perlembagaan, bunuh anggota Bomba di kuil Seafield, aktiviti pengganas LTTE, ratifikasi ICERD, serap ideologi komunisme di sekolah-sekolah, perhimpunan bekas pengganas komunis, geran tanah 999 tahun untuk perkampungan bekas pengganas komunis, bahasa Cina diangkat sebagai bahasa rasmi kementerian, jadikan negara ini republik, hapuskan sistem Raja Beperlembagaan, gugurkan kes-kes konco PH, lantikan politik dalam PDRM-SPRM-Peguam Negara dan Hakim Negara, dakwaan terpilih, jadikan agama Kristian agama rasmi negara, hapuskan hak dan kedudukan Melayu-Bumiputera, kedudukan Raja-Raja Melayu, serta kedudukan agama Islam, dan lain-lain lagi agenda rakus PH akan berulang kembali.

Dengan itu berhati-hatilah jika rakyat tidak mahu lagi menghadapi era kegelapan, kemusnahan dan porak-peranda oleh golongan yang hanya mementingkan jawatan, tetapi mengabaikan kebajikan rakyat.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: