VIDEO LAPORAN POLIS TERHADAP AHLI PARLIMEN DAP KERANA MENGHINA DYMM AGONG SERTA ORANG BESAR PAHANG

Editorial

16 Nov 2022

AMAT aneh apabila terdapat golongan ahli politik yang membabi-buta masih menghina DS Najib Razak sebagai perompak sedangkan mereka nampak dengan jelas bahawa badan perundangan dan kehakiman negara telah dicabuli oleh campur tangan politik.

Pertamanya apabila Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Ghazali ditukarkan untuk menggantikan Hakim Sufian Abdul Razak, hanya kerana abangnya adalah ahli politik UMNO.

Ironinya mereka juga tidak lihat bagaimana Latheefa Koya yang merupakan Ahli Kepimpinan Tertinggi PKR dilantik sebagai Ketua SPRM, dan sebelumnya Tommy Thomas yang merupakan peguambela Lim Guan Eng dilantik sebagai Peguam Negara.

Terkini Ketua Hakim Negara, Tun Maimun Tuan Man didakwa oleh Tommy Thomas sendiri, telah dilantik atas cadangannya, dan Tommy mengaku bahawa pelantikan itu tidak mengikut Perlembagaan.

Bagaimanakah pihak Pendakwaraya boleh melantik hakim yang akan mengadili pihak tertuduh.

Lantas banyaklah perkara genjot yang berlaku dalam prosiding kehakiman DS Najib, yang dilihat amat tidak adil untuk menghina dan mengkejinya sebagai ‘perompak’ sebagaimana dijaja oleh Mahathir Muhamad, serta pihak DAP yang tidak dapat menerima hakikat bahawa DS Najib amat dekat dengan hati majoriti rakyat.

Lihatlah bagaimana Ahli Parlimen Raub dari DAP yang terus menghina DS Najib yang cuba dikaitkan dengan ‘Orang Besar Empat’ istana Pahang.

Meskipun dia menyangkal telah menghina pihak istana Pahang, namun dia tidak ada alasan untuk menghina DS Najib, sekiranya, Hakim Nazlan, Jho Low, suami bekas Gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz tidak diheret ke mahkamah untuk menjadikan pemenjaraan DS Najib sebagai ada keabsahan dari segi undang-undang.

Tidak hairanlah sekirannya sekurang-kurangnya 28 laporan polis telah dibuat berhubung kenyataan Ahli Parlimen DAP itu yang didakwa menghina institusi DiRaja Pahang ketika berceramah di Mentakab, Temerloh pada 19 Oktober lalu.

Siasatan PDRM dilakukan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan.

Laporan adalah sebagai terkandung dalam rakaman video berdurasi 1 minit 53 saat yang dikatakan petikan daripada ceramah Ahli Parlimen berkenaan.

Laporan polis yang diterima itu adalah daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mahu tindakan sewajarnya diambil terhadap pihak perucap.

Berikutan itu, Bendahari Badan Kebajikan Kerabat Pahang Tengku Datuk Abdul Manan Tengku Abdul Aziz pada sidang media baru-baru ini, berkata pihaknya membuat laporan bagi membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya.

Ucapan yang berunsur penghinaan itu ditanggapi oleh pelapor sebagai melampaui batas.

Daripada perkembangan tersebut, ramailah pengundi Pahang akan lebih cenderung menolak DAP, terutamanya kaum Melayu Islam yang sedar bahawa Sultan adalah payung agama Islam yang mesti dilindungi dan dipertahankan.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: