VIDEO MUHYIDDIN AKUI 22 BULAN DERITA BERSAMA PH-DAP TAPI DIA HANYALAH TIKUS YANG PENGECUT

Editorial

15 Nov 2022    

Nampaknya dalam kehangatan kempen PRU15 ini, pelbagai pengakuan terhambur dari mulut politikus untuk menarik perhatian dan sokongan pengundi.

Semalam Muhyiddin meluahkan perasaan bahawa dia menderita ketika bersama PH selama 22 bulan, bagaikan membuka pekung di dada sendiri.

Dia berkata pengalaman berada dalam kabinet PH-DAP amat menyeksakan apabila kepemimpinan kerajaan PH tidak menghormati perkara-perkara asas yang menjadi tunjang negara.

Dia dakwa DAP telah menyekat beberapa peruntukan untuk Melayu-Bumiputera dan jelas DAP tidak menghormati hak keistimewaan kaum Melayu.

Adakah dengan kenyataan Muhyiddin itu, dia mahu mengatakan bahawa dia tidak tahu dasar anti-Melayu DAP sebelum itu, sedangkan rakyat jahil pun tahu bagaimana DAP menyimpan dendam kesumat terhadap kaum Melayu, membenci Raja-Raja Melayu dan mahu menukar agama Islam sebagai agama Persekutuan. Malahan DAP mahu negara ini menjadi negara republik.

Muhyiddin butakah ketika ‘victory parade 10 Mei 1969’ DAP membawa penyapu besar untuk menyapu kaum Melayu dari bumi Kuala Lumpur?

Gelagat mengusung penyapu besar diulangi oleh konco-koco DAP dalam perarakan Bersih pada 2015.

Malah DAP berani pergi ke rumah MB Selangor, Datok Harun Idris, menjerit menghalaunya keluar dari Selangor, sedangkan UMNO dan Parti Perikatan tidak kalah pada PRU 1969 itu, cuma hanya kerana pembangkang menang di kerusi DUN Kuala Lumpur.

Muhyiddin mengaku, berada 22 bulan dalam PH adalah cukup menekan dan menyeksakan.

Muhyiddin memberi contoh dalam hal ekonomi, SUA DAP merangkap Menteri Kewangan, Lim Guan Eng telah menyekat peruntukan untuk Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) dan Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS).

Kedua-dua agensi itu berfungsi untuk membantu peniaga Melayu dari segi modal perniagaan, tetapi peruntukannya telah ditarik oleh Guan Eng.

Kini Muhyiddin berani mengatakan Guan Eng langsung tidak menghormati agensi-agensi Bumiputera apabila peruntukan yang disediakan dihentikan dan diambil balik.

Sebagai Menteri Dalam Negeri, dia juga telah didesak oleh DAP untuk menghapuskan Akta Hasutan 1948 yang telah diwujudkan dalam negara sejak sekian lama.

Akta tersebut tidak boleh dihapuskan kecuali dirujuk kepada Majlis Raja-Raja Melayu.

Amatlah tidak wajar dan tidak munasabah untuk menghapuskan perkara berkaitan kedudukan dan hak keistimewaan Raja-Raja, lantas memberi ruang kepada sesiapa sahaja untuk menghina dan menghasut termasuk menghina Raja-Raja Melayu yang menjadi pelindung kepada agama Islam.

Itulah tuntutan daripada DAP, dan Anwar Ibrahim yang merupakan konco tegar DAP langsung tidak mengendahkan kedurjanaan DAP terhadap institusi DiRaja.

Lihatlah bagaimana Nga Kor Ming memaki dan menghina pemimpin Melayu dalam PH.

Lihatlah bagaimana ‘superman’ DAP Hew Kuan Yew dengan terang-terang mendedahkan dasar DAP ‘Use Malays to screw the Malays’.

Lihatlah bagaimana ADUN DAP, Norhizam Hassan Baktee dan Ahli Parlimen DAP yang tiada budi bahasa, dan Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching, tang telah ‘melahabaukan’ pengundi semasa PRN Melaka.

Anehnya Muhyiddin seperti pemimpin Melayu yang berlagak wira, sebaliknya amat pengecut sedangkan dia adalah Menteri KDN yang boleh mengambil tindakan keras terhadap kepimpinan DAP.

Malahan, Muhyiddin boleh diibaratkan panglima Melayu Pagoh yang yang lari dari medan perang kerana takutkan musuh.

Adakah pemimpin sebegini yang bijak melihat kelemahan orang lain, tetapi dia sendiri menikus dan berlagak wira di luar medan?

Adakah pemimpin begini yang boleh disandarkan oleh rakyat, baik di Pagoh mahupun di mana sahaja?

Walau bagaimanapun terima kasihlah pada sang pengecut ini yang berani mendedahkan kejahatan DAP.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: