VIDEO MAHASISWA MUDA TIBAI ANWAR HINGGA TERSUNGKUR

Editorial

15 Nov 2022

Dalam ceramahnya Anwar telah menuduh golongan mahasiswa sebagai golongan yang diupah untuk mencaci-cerca Pakatan Harapan sebagai Pakatan Hancing, tetapi hakikatnya, Anwar tidak peka bahawa label ‘Pakatan Hancing’ itu adalah manifestasi dan luahan hati rakyat terhadap PH yang mempersendakan janji, manifesto serta pentadbiran negara yang lintang-pukang.

Anwar tidak usahlah bercakap tentang tuduhan rasuah berbilion, sekiranya Peguam Negara PH, Ketua SPRM PH, dan Hakim PH dilantik untuk melaksanakan rencana PH dalam strategi dakwaan terpilih untuk menjatuhkan musuh politik PH. PH telah merosakkan keluhuran sistem perundangan dan kehakiman negara.

Anwar juga usahlah bercakap tentang ekonomi merudum sekira PH dan PM tuanya yang bebal lebih banyak membangkitkan kemarahan negara-negara pelabur seperti China dan India.

Bukan itu sahaja, Menteri Pertahanan PH yang diterjemahkan sebagai ‘Menteri Pertahanan terbodoh’ dunia dari aspek latar akademik serta ilmu ketenteraan telah mengeluarkan kenyataan yang memomokkan kelemahan sistem pertahanan negara yang menakutkan pelabur.

Pelabur asing lebih suka melabur di Indonesia, Thailand dan Vietnam berbanding Malaysia.

Kemelut politik PH pula lebih banyak menonjolkan rebutan kuasa antara Anwar dan Mahathir yang tidak pernah selesai sejak 1998.

Lantas, Anwar janganlah mudah memperlekehkan generasi muda, yang ‘Internet savvy’ dan sentiasa dimaklumkan dengan segala perkembangan terkini tentang politik pemimpin negara.

Mereka juga amat lewah dimaklumkan tentang moral buruk pemimpin PH dalam soal seks songsang, video lelaki x dengan pelacur, kes-kes semburit serta sokongan PH terhadap gerakan LGBT, LTTE, SIS dan macam-macam lagi.

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: