VIDEO MUHYIDDIN MERACAU, TUDUH SATU UNDI UNTUK UMNO SAMA SATU UNDI UNTUK DAP

Editorial

14 Nov 2022

Jika disingkap sejarah, UMNO tidak pernah sesekali bekerjasama dengan DAP, parti yang berprinsipkan falsafah Mou Tze Tung, mendukung doktrin komunisme, anti-Raja-Raja Melayu, anti-Melayu dan anti-Islam.

Apa yang terlihat hari ini, dengan gelagat DAP mencalonkan kaum Melayu untuk PRU15, hanyalah retorik dan hipokrasi DAP untuk ‘use Malays to screw the Malays’.

Malahan mereka telah berjaya menjadikan Tun Mahathir sebagai PM boneka mereka ketika berkuasa 22 bulan.

DAP boleh berkuntau untuk menidakkan semua ini, tetapi, mereka tidak dapat menafikan bahawa Lim Kit Siang, adalah bekas gerila komunis.

Lihatlah bagaimana mereka berusaha secara halus dan terang-terangan menyerapkan ideologi komunis di sekolah-sekolah melalui buku yang telah disusun dengan halus, ketika mereka berkuasa.

Mereka membenarkan abu mayat Chin Peng untuk dibawa kembali ke ‘Tanah Melayu’ dan mereka juga membenarkan perhimpunan bekas gerila komunis di Banting dan kemudiannya di Semenyih Kajang.

Bekas Peguam Negara lantikan PH Tommy Thomas juga adalah bekas peguam Chin Peng dalam pembelaannya yang mahu membawa Chin Peng kembali ke ‘Tanah Melayu’.

Presiden Amanah, Mat Sabu yang juga merupakan rakan sekongkol yang amat rapat dengan DAP, dengan terbuka menyokong Mat Indera pejuang komunis yang telah membunuh orang kampung serta pasukan keselamatan yang mempertahankan negara daripada penaklukan gerila komunis.

Apa yang menjadi isu di sini ialah, bukan UMNO yang berkecenderungan untuk bersama DAP, sebaliknya Muhyiddinlah yang kepanasan sehingga mahu membentuk khemah besar melalui ‘Langkah Carrey’, cuba memancing PH termasuk DAP untuk bekerjasama dengannya.

Namun, strategi untuk membentuk khemah besar Muhyiddin yang telah dijenamakan sebagai pengkhianat, sebagaimana mentornya Tun Mahathir sebagai pengkhianat perpaduan Melayu, telah ditolak oleh PH, Warisan dan juga Pejuang.

Bukan sahaja Muhyiddin, Hadi Awang yang merupakan Presiden PAS juga adalah bekas rakan sekongkol DAP ketika mereka bersama dengan Pakatan Rakyat.

Lantas, siapakah yang amat terdesak untuk bersama dengan DAP, dan mengharapkan sokongan DAP sekiranya gagal mendapatkan kuasa memerintah?

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man telah mencanangkan bahawa PAS mahu menjadi ‘king maker’ selepas PRU15 sekiranya PN gagal memenangi jumlah majoriti.

PAS akan sedia bekerjasama untuk membentuk ‘king’ bagi mana-mana gabungan yang memerlukannya.

Adakah PAS juga tidak mengecualikan PH-DAP, sebagaimana mereka pernah berpelukan dengan DAP suatu ketika dahulu.

Lantas, pengundi hendaklah ingat bahawa sejak penubuhannya pada 1946, UMNO tidak pernah bekerjasama dengan DAP, melainkan Bersatu (PPBM), PAS, PKR, Amanah, Warisan dan beberapa lagi parti picisan seperti Pejuang.

Lantas tuduhan Muhyiddin bahawa BN akan bekerjasama dengan DAP, hanyalah ludah kahaknya yang dihemburkan ke langit tanpa mahu mencerminkan diri yang pernah menjadi rakan sekongkol DAP.

Hakikatnya Muhyiddin sudah menggelupur di Pagoh apabila banyak Bahagian PPBM seluruh negara telah dibubarkan.

******

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: