KECURANGAN SHAHIDAN KASSIM JELAS TERBONGKAR, KESETIAAN ANNUAR MUSA, NOH OMAR, HALIMAH SADIQUE, DAN TAJUDDIN RAHMAN AMAT DISANJUNG

Editorial

5 Nov 2022

KECURANGAN Shahidan Kassim pada hakikatnya sudah bertunas sejak 2008 setelah DYMM Raja Perlis melantik DS Dr Md Isa Sabu sebagai Menteri Besar Perlis menggantikannya yang banyak menimbulkan pelbagai kontroversi di Perlis.

Shahidan telah menunjukkan sikap petualangnya kepada parti dan penderhakaannya terhadap Raja Perlis apabila berkeras untuk kekal sebagai MB atas dasar dia adalah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis.

Hakikatnya, mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Perlis, Raja Perlis boleh memilih sendiri sesiapa yang Tuanku perkenan atau mengikut kata putus kesemua wakil rakyat.

DS Dr Md Isa Sabu pada waktu itu telah mendapat sokongan majoriti wakil rakyat dan diperkenan Tuanku sebagai Menteri Besar Perlis yang baharu.

Kemudian lagi sekali kecurangan Shahidan terlihat jelas apabila DYMM Raja Perlis telah berkenan agar DS Azlan Man ditabalkan sebagai Menteri Besar Perlis pada 24 Mei 2018.

Lantas rakyat dan akar umbi UMNO amat maklum bahawa penolakan Shahidan sebagai calon Ahli Parlimen Arau bukanlah signifikan untuk dikaitkan dengan Presiden parti, sebaliknya adalah kesan kemelut yang terbangkit atas sifat bongkak dan riak Shahidan sendiri.

Shahidan memberontak menentang pelantikan DS Azlan Man kerana dia mahu adiknya Dtk Ismail Kassim, ADUN Tambun Tulang diangkat sebagai MB.

Bukan sahaja Shahidan memboikot majlis angkat sumpah MB Perlis ketika itu, malahan dia telah membawa penyokongnya bertemu Tun Mahathir yang merupakan Perdana Menteri PH untuk campur tangan dalam kemelut pelantikan Azlan Man.

Kenapakah begitu nekad dan tamak, bagaikan telah dijangkiti oleh sindrom Mahathir, meskipun hayat sudah di penghujung?

Shahidan yang kini sudah berusia 71 tahun telah memegang jawatan sebagai MB Perlis sejak 1995 sehingga 2008, iaitu selama 13 tahun dan merupakan penyandang Parlimen Arau sejak 1986 sehingga 2022.

Pakar sejarah negara Dtk Dr Ramlah Adam telah menyindir golongan seperti Shahidan, meskipun beliau tidak secara tuntas menyebut namanya.

Ramlah membangkitkan persoalan, ‘adakah setelah menjadi pemimpin berpuluh-puluh tahun, masih mahu terus berkuasa?’

Pemimpin yang sudah menempah nama besar tidak perlulah bersifat kebudak-budakan merajuk meninggalkan parti dan kemudiannya bersekongkol dengan pihak lawan setelah tidak dipilih menjadi calon PRU15.

Tindakan sedemikian sungguh memalukan dan meletakkan harga diri serta perjuangan ke longkang.

Ramlah menegaskan, tindak-tanduk pemimpin sebegini bukan sahaja memalukan sebaliknya membuktikan mereka selama ini berjuang semata-mata untuk kepentingan diri sendiri.

Namun apa yang tertonjol dan menjadi tanggapan rakyat adalah kecurangan, pembelotan dan pengkhianatan, bagaikan selama ini dia berlindung di sebalik tabir sebagai musuh dalam selimut.

Hakikatnya adik Shahidan, Dtk Ismail Kassim sendiri tetap berdiri teguh mempertahankan UMNO-BN di DUN yang disandangnya.

Pada 2020 setelah PN berkuasa, Shahidan telah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional sedangkan Pengerusi Perikatan Nasional, TS Muhyiddin Yassin dengan lantang mengisytiharkan bahawa UMNO adalah ‘musuh utama’ PN.

Di tengah-tengah kemelut Shahidan yang lebih menonjolkan dirinya sebagai pembelot dan pengkhianat UMNO, rakyat dapat melihat bagaimana tokoh-tokoh lain yang tidak dilantik sebagai calon Parlimen PRU15 tetap setia kepada parti dan tidak berganjak menyokong parti seperti TS Annuar Musa (Parlimen Ketereh), TS Noh Omar (Parlimen Tanjung Karang), DS Tajuddin Abd Rahman (Parlimen Pasir Salak) dan Dtk Halimah Mohamed Sadique (Parlimen Tenggara) – sekadar menyebut beberapa nama hebat.

Kesetiaan mereka kepada parti amat signifikan dan terserlah, malah terus membantu jentera pilihanraya UMNO untuk menghadapi PRU15 ini.

Ia pastinya diterjemahkan sebagai suatu kematangan politik yang harus dicontohi oleh pemimpin UMNO-BN yang lain.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: