Editorial
4 Nov 2022
Lim Guan Eng, ketika menjawat jawatan Menteri Kewangan pada era PH berkuasa, telah mencantas peruntukan RM400 juta yang dikhaskan kepada peniaga kecil Bumiputera-Melayu.
Lantas di manakah pendirian Anwar tentang pembelaannya terhadap kaum Melayu, apabila dia bertindak bagaikan keldai yang dicucuk hidung, tanpa sebarang bangkangan?
Alasan bahawa wang itu digunakan untuk melangsaikan hutang 1MDB hanyalah alasan tempang kerana sebagaimana didedahkan oleh Tengku Zafrul, kedudukan kewangan negara kukuh setelah PH tumbang, manakala hutang 1 MDB tidak berganjak, bermakna PH tidak menyelesaikan pembayaran hutang 1 MDB.
Jumlah RM400 juta itu adalah dana yang sepatutnya disalurkan kepada Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU), sebuah unit di bawah Jabatan Perdana Menteri yang ditubuhkan untuk memperkasakan ekonomi Bumiputera.
Tindakan Guan Eng adalah suatu pencabulan kepada hak Melayu-Bumiputera, mengapa harus menjadi korban kepada hutang 1MDB, sedangkan projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang boleh diluluskan dengan nilai RM6 bilion?
Itulah dia strategi halus DAP untuk menjahanamkan ekonomi rakyat, tetapi pemimpin Melayu dalam PH seperti DS Anwar, Tun Mahathir, dan Mat Sabu hanya tunduk bagaikan keldai.
DS Faizal Azumu yang akan menentang Anwar di Tambun bertanya, “Kenapa PH dan Anwar Ibrahim berdiam diri mengenai perkara penting yang membabitkan ekonomi Bumiputera sehingga kini? Di mana ketelusan yang sering disebut oleh PH?
Walau bagaimanapun DS Azmin Ali telah membuat bantahan kepada PM Menteri boneka DAP ketika itu Tun Mahathir, tetapi sebagai boneka DAP, Mahathir juga bagaikan kerbau dicucuk hidung.
Selain dana TERAJU, Menteri Kewangan PH, Lim Guan Eng juga telah mencantas dana bagi penambahbaikan jalan raya bagi kawasan Felda, daripada 1,000 kilometer (km) kepada hanya 300 km.
Inilah sikap DAP, tetapi apabila terbongkar dia mula berkuntau Cina bagaikan orang mabuk yang hilang akal.
Lantas inikah ‘sumbangan’ PH terhadap kaum Melayu, sedangkan Anwar, Mat Sabu dan Mahathir yang berada dalam PH hanya berlagak bagaikan khadam tolol yang hanya menurut perintah.
Satu lagi pencabulan hak Melayu-Bumiputera yang dibuat oleh Lim Guan Eng ialah menutup Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS) yang menyediakan modal bagi perniaga Bumiputera untuk mengambilalih syarikat-syarikat strategik.
Justeru itu, sebagai calon Perdana Menteri PH kononnya, Anwar harus menjawab, dan jangan bercakap seperti anjing menyalak bukit.
Jika Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri, adakah dia akan mampu menjamin bahawa hak ekonomi Bumiputera-Melayu akan dipertahankan, memandangkan bahawa DAP adalah parti dominan dalam PH?
Adakah selama Anwar berada dalam PH dia pernah membantah dalam Majlis Presiden PH terhadap tindakan memusnahkan ekonomi Bumiputera oleh Menteri Kewangan DAP?
Adakah pemimpin DAP sekali lagi diberi jawatan Menteri Kewangan jika Pakatan Harapan dapat membentuk kerajaan selepas PRU15?
Justifikasi Lim Guan Eng dan PH untuk menyekat peruntukan Bumiputera Melayu pada era PH berkuasa tidak lain dan tidak bukan, hanya untuk memusnahkan kedududkan ekonomi Melayu-Bumiputera.

Anwar pernah mendabik dada akan membela bahasa Melayu konon, tetapi isu Lim Guan Eng menggunakan bahasa Cina dalam surat rasmi kenapa didiamkan sahaja?
Tulisan Jawi di sekolah rendah, telah dibantah oleh konco-konco DAP, tetapi Anwar yang dilabelkan sebagai sesumpah, juga hanya mendiamkan diri.

Isu pemimpin DAP mahu jadikan agama Kristian sebagai agama rasmi negara juga tiada apa-apa reaksi daripada Anwar, dan diamanakah Anwar ketika 1.9 juta umat Islam berkumpul menentang ICERD di tengah-tengah kota Kuala Lumpur pada 8 Dis 2018?
Jelaslah bahawa Anwar hanya petah bercakap kosong bagaikan tong kosong yang dipalu tetapi tiada apa-apa makna dan kesan seperti anjing menyalak bukit.
****
Tinggalkan Jawapan