UMNO MUSNAHKAN MUSUH DALAM SELIMUT, GUNTING DALAM LIPATAN

Editorial

3 Nov 2022

Terdapat kelompongan dalam Akta Anti Lompat Parti.

Dalam kes seseorang ADUN atau Ahli Parlimen bertindak belot, membelakangkan parti, atau khianat, tetapi dia masih berada dalam parti, dan tiada tindakan diambil ke atasnya, maka dia akan kekal menjadi parasit, musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan, dan duri dalam daging.

Status ADUN atau Ahli Parlimen yang diberikan padanya tidak boleh digugurkan kerana dia masih kekal dalam parti.

Lantas, sekiranya pihak parti membuangnya, melucutkan keahliannya atau memecatnya kerana sikap belot, membelakangkan parti, dan khianat kepada parti, dia juga masih kekal dengan status ADUN dan Ahli parlimen yang disandangnya.

Hakikatnya dia lupa bahawa jentera parti dan akar umbi telah membantunya ketika dia bertanding dan dia telah menggunakan panji parti untuk menang PRU.

Malangnya sekiranya dia dibuang keluar parti, dia boleh bersama dengan parti lain, dan dia masih selamat daripada Akta Anti Lompat Parti, kerana dia tidak melompat sebaliknya dia telah dipecat. Di sinilah duduknya kelompongan Akta Anti Lompat Parti.

Atas rasional itu juga, sekiranya terdapat rekod atau maklumat yang sahih bahawa seseorang ADUN atau Ahli Parlimen dari dalam parti mempunyai niat dan tindakan untuk belot, khianat dan membelakangkan parti, serta falsafah yang didukung oleh parti lalu dia mencabuli kepercayaan akar umbi, maka lebih baiklah JANGAN memilihnya sebagai calon ADUN apatah lagi calon Parlimen sebelum PRU berlangsung.

Demikianlah apa yang berlaku dalam UMNO apabila terdapat tokoh ‘heavy weight’ dan penyandang Parlimen tidak dipilih untuk bertanding pada PRU15 ini.

Walau bagaimanapun mereka tidak dipecat atau dilucutkan keahlian, mungkin kerana UMNO mahu melihat sejauh manakah pembelotan mereka dan di manakah duduknya semangat cintakan parti serta perjuangan mereka.

Sekiranya mereka bertindak memboikot dan kemudiannya melompat ke parti lain ketika mereka tidak lagi berstatus ADUN atau Ahli Parlimen UMNO, maka jelaslah bahawa mereka sebenar-benarnya adalah pembelot, pengkhianat dan tidak mementingkan perjuangan parti.

Dengan kata-kata lain, mereka sebenarnya adalah gunting dalam lipatan, duri dalam daging, dan lebih bahaya lagi, mereka adalah pada hakikatnya musuh dalam selimut.

Golongan atau individu sedemikian hanya akan memporak-perandakan parti dari dalam, seakan-akan ‘Rojan Horse’ musuh yang sengaja diseludup masuk ke dalam parti.

Lantas Presiden Parti DS Dr Ahmad Zahid Hamidi mesti bertindak tegas, meskipun ia tidak popular pada pandangan dan mata orang luar yang tidak tahu tentang wujudnya golongan parasit sedemikian.

Lihatlah bagaimana seorang pemimpin tinggi UMNO di Selangor telah mengatur langkah untuk meninggalkan parti untuk turut serta bersama Bersatu pimpinan Tun Mahathir yang tidak putus-putus mencerca dan menghina UMNO serta kaum Melayu ketika PH memenangi PRU14 pada 2018.

Namun langkahnya disekat oleh akar umbi di kawasannya, kerana tindakannya adalah satu pengkhianatan terhadap parti. Lantas kerana itu dia kekal dalam UMNO meskipun kesetiaannya terhadap parti amat mencurigakan.

Kemudian terdapat pula golongan yang membuat perjanjian sulit dengan pihak musuh parti untuk menyegerakan perbicaraan atas ‘dakwaan terpilih’ dan undang-undang rimba PH-PN yang dikenakan ke atas DS Najib Razak.

Semua ini terbongkar dalam kemelut ‘PAS Leaks’.

Adakah orang begini dan tokoh-tokoh yang sepertinya boleh dicalonkan lagi setelah terbukti kesetiaan mereka kepada parti amatlah longgar dan cair?

Dengan kata-kata lain adakah pemimpin begini mahu dipertahankan dan dipilih sebagai calon parlimen BN-UMNO pada PRU15 ini?

Hari ini satu persatu rahsia sulit PH dan konco-konconya seperti Bersatu-PN terbongkar setelah Peguam Negara lantikan PH, Tommy Thomas mendedahkan bahawa pemilihan Hakim Negara tidak mengikut perlembagaan, lantas penghakiman mereka ke atas kes DS Najib hilang keabsahan.

Bagaimanakah hakim yang dilantik oleh pendakwaraya boleh dibenarkan menghakimi kes tertuduh yang didakwa oleh pendakwaraya?

Ibarat pengadil bola sepak, antara pasukan A dan B adalah pengadil yang merupakan konco kuat pasukan A. Pati B akan kalah!

Sekiranya mereka selama ini bertindak tidak menghormati kepimpinan presiden parti, meskipun presiden parti bukan Perdana Menteri, maka mereka harus fikir, bagaimanakah pula nanti sekiranya mereka diangkat menjadi presiden parti dan tidak dihormati oleh rakan bawahan?

Haruslah diingat, meskipun presiden parti bukan Perdana Menteri, namun Perdana Menteri tetap tertakluk kepada peraturan parti yang diketuai dan diterajui oleh presiden.

Oleh itu bagi mereka yang berada di luar parti serta rakyat jelata yang naif atau ‘ingnorance’ dengan faktor-faktor yang menyebabkan presiden, kepimpinan tertinggi dan akar umbi parti bertindak menolak pencalonan kumpulan ‘heavy weight’ berkenaan, hendaklah jangan campur tangan dan berikanlah kepercayaan kepada pihak parti mengeluarkan musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan serta duri dalam daging sedemikian.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: