Editorial
2 Nov 2022
Satu wawancara bersama Mufti Perlis, Prof. Dtk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, telah menghuraikan satu wacana yang menggusarkan hati dan perasaan umat Islam ketika PH berkuasa.
Selama 22 bulan ketika kerajaan berada di bawah pentadbiran PH, situasi politik dan sosial negara telah diperkotak-katikkan dengan pelbagai masalah yang menyentuh umat Islam serta agama suci itu.
Isu Zakir naik, isu murtad, isu LTTE, isu LGBT, dan pelbagai lagi telah menjadikan PH, sebuah kerajaan yang amat tidak disenangi oleh umat Islam.
Kewujudan parti Amanah dan PKR sebagai parti komponen PH tidak langsung membantu mempertahankan kepentingan umat Islam serta agama yang dianuti oleh keseluruhan kaum Melayu di Malaysia. Keberadaan Amanah dan PKR boleh diibaratkan sebagai ‘harapkan pegar, pegar makan padi’.
****
Tinggalkan Jawapan