Editorial
2 Nov 2022
HARI penamaan calon PRU15 hanya tinggal 3 hari sahaja lagi iaitu pada Sabtu, 5 Nov 2022.
Menggugurkan nama-nama pemimpin yang tidak efisien dan hanya mementingkan kebajikan pengundi dan negara semasa kempen adalah sesuatu yang bijaksana bagi semua parti politik.
Malahan rakyat rasa hormat kepada bekas Ahli Parlimen BN, Ahmad Hamzah (Jasin), Dr Azhar Ahmad (Beruas), Ahli Parlimen Bersatu seperti Tok PA (Jeli) dan Dr Latif (Mersing) (sekadar menyebut beberapa nama) yang sedar, lantas menarik diri daripada bertanding kerana melihat diri mereka tidak lagi kompetens atau mungkin kerana alasan lain yang konstruktif kepada parti.
Namun sekiranya DAP masih pertahankan nama Lim Guan Eng di Parlimen Bagan atau di mana-mana jua, maka nampak sangat bahawa DAP adalah sebuah parti yang amat hipokrit.

Apa gunanya DAP masih mahu mempertahankan Lim Guan Eng sebagai calon Parlimen Bagan, sedangkan dia sekarang sedang menghadapi tuduhan rasuah dalam projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang yang kini menjadi artifak dongeng DAP.
Lim berhadapan pertuduhan pertama menggunakan kedudukan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menerima rasuah projek Terowong Dasar Laut yang bernilai RM6.34 bilion.
Bagi pertuduhan kedua, Lim didakwa meminta suapan syarikat projek tersebut sebanyak 10% daripada keuntungan syarikat itu, sebagai penghargaan kerana dia telah memberikan projek itu.

Lim yang juga turut berdepan dua lagi pertuduhan menyebabkan dua lot tanah bernilai RM208.8 juta milik kerajaan Pulau Pinang yang dilupuskan kepada dua syarikat, yang didakwa mempunyai kaitan dengan projek terowong dasar laut itu.
Kes dengan Ewein Zenith menjadi lebih kusut apabila Pengarah Urusannya, Ewe Swee Kheng, meluahkan kebimbangan akan keselamatannya selepas membuat pendedahan berkaitan kes rasuah Guan Eng berhubung projek pembinaan jalan utama dan terowong dasar laut berkenaan.
Kemudian Ewe Swee Kheng dikatakan jatuh dari tingkat 17 kediamannya di The Palazo Pulau Pinang dan meninggal dunia pada 5 Okt 2021.
Sebelum itu pihak pendakwa menyatakan bahawa Swee Kheng telah memaklumkan sekiranya terdapat pihak yang mengetahui beliau membuat pendedahan itu, beliau bimbang ia akan memberikan implikasi yang buruk kepadanya. Kini dia telah pun mati!
Hebatnya Guan Eng sehingga ada yang sanggup mati untuk mempertahankan kleptokrat seperti dirinya.
Itupun Guan Eng masih tidak sedar diri dan masih berkempen menentang rasuah kononnya.

Lantas, pada PRU15 ini, sekiranya DAP masih mencalonkan Lim Guan Eng, manakala pengundi Bagan masih bodoh memilih perasuah dan kleptokrat hipokrit sedemikian maka DAP akan dilabel sebagai parti cauvinis Cina yang amat hipokrit dan pengundi Bagan bersedialah untuk menahan kekecewaan apabila Guan Eng disabitkan bersalah dalam kes rasuah berkenaan.
Ini adalah kerana, sekiranya Guan Eng didapati bersalah, hukuman yang dijatuhkan akan melucutkan kelayakannya daripada jawatan sebagai Ahli Parlimen jika menang di Bagan pada PRU15. Ini bukan kali pertama dia didakwa atas kesalahan rasuah.

Dahulu semasa kes rasuah pembelian Banglow, Lim Guan Eng boleh diselamatkan oleh Peguam Negara paling korup dalam sejarah Malaysia, Tommy Thomas, tetapi kali ini Tommy Thomas sendiri sedang kepanasan menunggu dakwaan ke atasnya.
******
Tinggalkan Jawapan