Editorial
1 Nov 2022
Puluhan penyokong dari pelbagai kaum, termasuk pihak media berkumpul di hadapan Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, untuk turut sama mengikuti kenyataan akhbar oleh Presiden Humanitarian Welfare Foundation, M Manisegaran, setelah beliau membuat laporan polis terhadap Peguam Negara, TS Idrus Harun.
Laporan kertas siasatan SPRM terhadap Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali didakwa telah diserahkan kepada pihak Peguam Negara, tetapi dikembalikan kepada SPRM untuk siasatan lebih lengkap.
Siasatan yang lebih lengkap juga telah diserahkan lagi sekali kepada pejabat Peguam Negara, namun ia seperti dilengah-lengahkan sehingga pihak tertuduh dalam kes SRC International telah dipenjarakan.
Ia diterjemahkan sebagai suatu pengabaian terhadap keadilan, kerana dakwaan dan siasatan ke atas Hakim Nazlan adalah amat penting kerana dialah yang telah menjatuhi hukuman bersalah terhadap tertuduh, sedangkan dia mempunyai konflik kepentingan dalam kes.
Sekiranya Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Sofian Abdul Razak boleh ditukar hanya kerana saudara kandungnya adalah ahli aktif dalam UMNO, tapi kenapakah Mohd Nazlan yang merupakan Counsel Lawyer dan juga bekas Setiausaha MayBank Group tidak diambil sebarang tindakan, untuk mengelakkan sebarang kegenjotan kehakiman dalam kes SRC International?

Pihak Petugas Khas yang menyiasat pendedahan dan pengakuan Tommy Thomas dalam memoirnya ‘Justice in the Widerness’ juga telah mendedahkan bahawa Ketua Hakim Negara, Tun Maimun Tuan Mat telah dilantik tanpa keabsahan oleh bekas PM Tun Mahathir ketika PH berkuasa dengan cadangan dan sokongan Peguam Negara iaitu Tommy sendiri.
Bagaimanakah pendakwaraya boleh melantik Hakim yang kemudiannya menghakimi pihak yang didakwa oleh pendakwaraya?
Jelaslah bahawa sistem perundangan negara sudah tersimbah dengan najis dan toksid yang tidak boleh lagi dibiarkan terus befungsi begitu sahaja.

Kes SRC International wajar dibicarakan semula demi mengangkat keadilan terhadap pihak yang telah dizalimi.
Humanitarian Welfare Foundation yang merupakan sebuah NGO, melalui presidennya telah membuat laporan polis terhadap Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun yang didakwa melindungi bekas Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali meskipun siasatan SPRM terhadapnya telah lengkap, tetapi diabaikan.
Manisegaran mendakwa, Idrus cuba melindungi Mohd Nazlan dengan melengah-lengahkan pendakwaan terhadapnya.
Pada 23 April lepas, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki sendiri telah mengesahkan wujud siasatan terhadap Mohd Nazlan.
Perkara ini sangat mengecewakan rakyat awam, dan membangkitkan persepsi negatif terhadap sistem keadilan dan badan kehakiman di negara ini.
Pada 29 September, sebuah portal melaporkan Ketua Pesuruhjaya SPRM mengesahkan siasatan terhadap Mohd Nazlan telah dilengkapkan pada Mei, namun dipulangkan semula pada awal September.

Bagaimanapun, SPRM sudah melengkapkan semula kertas siasatan berkenaan dan menghantarnya semula ke Pejabat Peguam Negara pada 29 September lalu.
Menurut Manisegaran, Mohd Nazlan telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 220 Kanun Keseksaan kerana gagal mengisytiharkan kepentingan dan peranan beliau dalam kes SRC International Sdn Bhd dan 1Malaysian Development Bhd.
Justeru, beliau menggesa PDRM menjalankan siasatan segera terhadap dakwaan-dakwaan itu kerana timbul persoalan dalam masyarakat berkaitan isu tersebut.
Pada 23 April lalu, Azam mengesahkan telah membuka kertas siasatan terhadap Mohd Nazlan berhubung dakwaan wang sejumlah RM1 juta yang tidak dapat dijelaskan sumbernya yang dimasukkan ke dalam akaun Nazlan.
Wang itu telah dimasukkan ke dalam akaun Nazlan semasa dia menjadi Counsel Lawyer dan setiausaha Kumpulan Maybank.

Sekiranya kemelut badan kehakiman ini berterusan nescaya rakyat akan bangkit menentangnya demi keluhuran dan kedaulatan undang-undang sebagaimana termaktub dalam Rukun Negara.
Mungkin PRU15 ini merupakan permulaan kepada luahan rasa kesabaran rakyat yang tidak boleh dibendung lagi.
*****
Tinggalkan Jawapan