Editorial
31 Okt 2022
Dasar ‘bumi hangus’ DAP sebagaimana kali pertamanya terlontar daripada mulut bekas Timbalan Menteri Pertahanan dan pakar strategis DAP, Liew Chin Tong adalah satu strategi peperangan yang bertindak secara rakus memusnahkan segala aset serta keperluan biologikal dan spiritual sesebuah negara.
Amatlah mudah bagi Liew Chin Tong untuk memusnahkan negara kerana Menteri Pertahanan Malaysia adalah ‘Menteri Pertahanan’ yang tidak boleh diharapkan.

Inilah yang menjadi falsafah gerakan halus DAP ketika PH berkuasa, manakala Tun Mahathir adalah PM boneka mereka.
Gerakan ‘bumi hangus’ adalah strategi, gerakan dan tindakan yang telah digunakan ke atas Iraq oleh Amerika semasa dan selepas Perang Teluk, untuk melumpuhkan Iraq dan menjadikannya negara papa kedana.

Sebelum Perang Teluk, ekonomi Iraq adalah antara yang terbaik di dunia, manakala rakyatnya dapat mengecapi keselesaan ekonomi setanding dengan negara-negara Eropah dengan nilai Dinar Iraq (IQD) yang stabil dan setanding dengan Pound Sterling Britain.
Keseluruhan aset Iraq termasuk sumber ekonomi, makanan, pertanian, pengangkutan, komunikasi, sumber industri, kediaman, kemudahan awam, sekolah, institusi agama dan lain-lain telah dimusnahkan oleh kezaliman George Bush atas kebenciannya terhadap kejayaan kerajaan Islam.
Di Malaysia, Chin Tong menuduh UMNO-BN telah melumpuhkan segalanya sebelum kalah dalam PRU14, namun apa yang sebenarnya yang diujarkan hanyalah retorik politik dan fitnah semata-mata. Sebaliknya DAP-lah yang kemudiannya bertindak melumpuhkan negara dengan rakus dan tamak haloba.
Sebagaimana rekod pada 5 April 2018 sebelum BN jatuh di tangan PH-DAP laknatullah, pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah dengan kadar KDNK 5.9%, antara yang terbaik di dunia (ranking ke-23 daripada 137 negara seluruh dunia).
Agensi penarafan antarabangsa, Moody’s, Standard & Poor, dan Fitch Group Ratings juga mengekalkan penarafan kredit Malaysia dengan unjuran yang amat stabil pada skor A bagi tahun penilaian 2017.
Indeks Daya Saing Global (GCI) 2017-2018 pula menyenaraikan Malaysia sebagai negara ke-23 paling berdaya saing daripada 137 negara dengan perkhidmatan awam Malaysia juga mendapat pengiktirafan antarabangsa.
Nilai Ringgit Malaysia berbanding USD ketika itu adalah USD3.0, antara yang terbaik dalam sejarah.
Setelah PH berkuasa, bursa saham Malaysia adalah terburuk di dunia, pelabur asing lari meninggalkan Malaysia, cukai SST dan cukai-cukai baru diperkenalkan, kos sara hidup meningkat, tarif air dan elektrik meningkat, harga rumah dan hartanah melambung tinggi, penjawat awam dibuang kerja, banyak kilang ditutup, kadar pengangguran kaum Melayu meningkat naik, ekonomi rakyat terjejas, garis aras kemiskinan juga terus meningkat.
DAP juga telah menamatkan perkhidmatan kira-kira 70,000 penjawat awam yang majoritinya adalah kaum Melayu sebagai langkah halus mereka untuk mencairkan hak keistimewaan Melayu-Bumiputera yang telah diperuntukkan oleh Perlembagaan.

Hakikatnya Chin Tong telah terseliuh lidah, kerana daripada apa yang dibongkar, DAP-PH telah rakus menjahanamkan aset penting negara, terutamanya yang melibatkan badan ekonomi Bumiputera-Melayu seperti Tabung Haji, Khazanah, saham CIMB, IHH, FGV, saham TNB, Modenas dan banyak lagi.
Antara senarai aset yang digadai-golok oleh kerajaan DAP-PH laknatullah adalah seperti berikut, sebagaimana yang disenaraikan oleh penyelidik UKM, Abdul Muien Abadi:

Pada September 2019, rekod Kementerian Kewangan telah menunjukkan bahawa lebih RM30 bilion aset negara telah dijual oleh DAP-PH.
Meskipun kerajaan BN di bawah DS Najib telah menjual aset Khazanah sejumlah RM45.3 bilion namun ia meliputi jangka masa 9 tahun dan bukannya 500 hari. Itupun keuntungan menjual aset negara yang distrategikan oleh DS Najib digantikan dengan pelaburan konstruktif bagi pembangunan negara serta pembelian aset baharu yang kini bernilai RM300 bilion, dan bukannya lesap begitu sahaja sebagaimana yang berlaku setelah PH berkuasa, dan Mahathir sebagai keldai mereka.

Sebelum ini Menteri Kewangan PH, Lim Guan Eng telah menuduh kerajaan BN berhutang RM1 trilion namun ia terbukti sebagai satu pembohongan dan fitnah apabila Guan Eng sendiri telah mendedahkannya dalam pembentangan Bajet 2019 yang mengesahkan bahawa hutang negara di bawah kerajaan BN hanyalah RM686 bilion sahaja dengan kadar 52% berbanding KDNK.

Ketika PH berkuasa hutang kerajaan DAP-PH adalah RM 1.1 trilion dengan kadar 75% berbanding KDNK, satu kadar yang boleh mengheret negara ke arah kebankrapan.
Orang kanan Mahathir, Tun Daim Zainuddin juga amat marah dengan pengurusan ekonomi negara sehingga menyebabkan nilai ringgit jatuh mendadak akibat kebodohan Menteri Kewangan PH.

DS Anwar Ibrahim yang merupakan Presiden PKR, parti komponen PH, hanya diam membisu bagaikan lembu yang dicucuk hidungnya, sedangkan kini bising seperti kera kena belacan.
Nampaknya amat jelas dasar ‘bumi hangus’ DAP adalah dasar dan strategi politik untuk memusnahkan masa depan negara supaya negara menjadi kering-kontang, hancur luluh bagaikan padang jarak padang terkukur, dan ketika itulah nanti golongan kapitalis DAP akan berkuasa.
DAP-PH amat sedar bahawa mereka tidak akan dapat memenangi PRU15 nanti, kerana kemenangan mereka pada PRU14 hanyalah bersandarkan janji kosong, penipuan, fitnah dan pembohongan, manakala mereka telah merosakkan banyak aset negara.
******
Tinggalkan Jawapan