Editorial
31 Okt 2022
Presiden Parti ‘Malaysian United Democratic Alliance’ atau MUDA yang menjadi polemik kerana ditanggapi sebagai ‘sugar baby’ DAP, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, telah digesa oleh anak muda supaya meletakkan jawatan sebagai presiden parti dan tidak bertanding pada PRU15 ini.
Gelombang bangkangan terhadap Saddiq terhambur apabila dia diperintah membela diri atas tuduhan bersubahat dengan bekas penolong bendahari sayap pemuda Bersatu, Rafiq Hakim, dalam kes pecah amanah sebanyak RM1 juta.

Gesaan warganet tertular dalam media sosial yang menuntut Syed Saddiq berundur sebagai Presiden Muda dan tidak bertanding pada PRU15 ini.
Gelombang bangkangan itu berlaku selepas penyandang Ahli Parlimen Muar itu diarahkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membela diri atas empat pertuduhan jenayah, manakala Saddiq pula telah dengan egonya mendabik dada mengatakan bahawa keputusan mahkamah itu tidak akan melemahkan semangatnya.

Malahan bekas ‘Menteri Belia dan Sukan’ itu telah membayangkan beliau tetap mempertahankan kerusi parlimennya, dan menegaskan akan menyerahkan kepada pengundi untuk menentukan nasibnya pada pilihan raya umum 19 Nov.
Sebelum ini Saddiq bermati-matian mencanangkan bahawa tuduhan ke atasnya adalah ‘dakwaan terpilih’ sedangkan dia sering mengeji ‘dakwaan terpilih’ ke atas pemimpin tertinggi UMNO.
Hakikatnya daripada prosiding mahkamah dalam empat kes Saddiq, khalayak boleh menilai bahawa terdapat alasan-alasan hakim yang amat signifikan bahawa dia telah pecah amanah dan menggubah wang haram.
Jika sabit kesalahan Saddiq boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 dengan sebatan sekiranya hukuman dijalankan serentak bagi keempat-empat kes jenayah tersebut.
Lantas, wajarlah Saddiq meletakkan jawatan daripada membazirkan masa pengundi.
Melalui ciapan Twitternya, Syed Saddiq telah pos kenyataan berikut.

Ia telah mendapat respons yang agak panas daripada pengguna lain.
Misalnya, @aminothman membalas, “
“Walk the talk and undur secara terhormat from being calon and let Mahkamah bersihkan the accusation against you first. Don’t do trouble standard, orang UMNO dituduh Mahkamah katanya perompak, tapi bila you dituduh di Mahkamah, dikatanya pertuduhan terpilih, doesn’t add up.”
Ciapan @acappress yang melabelkan dirinya sebagai penyokong PH menyatakan,
“Lebih elok buat masa sekarang Syed Saddiq tidak bertanding. Pandangan aku kalau Syed Saddiq nak set benchmark polotik matang, letak jawatan Presiden Muda dan tak bertanding PRU15. Fokus pada kes mahkamah 5 tahun tak lama untuk tunggu next PRU. Peguam pun hebat.”
Sementara itu, @mal_ae menasihatkan Syed Saddiq supaya mengambil contoh Rafizi dahulu apabila dia berehat sementara dan buka ruang kepada ahli MUDA yang lain untuk dicalonkan untuk Parlimen Muar sebagaimana ciapan yang berikut.
“Encik Syed, to go true the word, to follow example of Rafizi, should step back and let another member to be nominated for Muar Parliamentary seat. There are the PRNs later. My view, a party member. Thank you. However, keep fighting! Hope you will clear doubt of your innocence.”
Walaupun beberapa pengguna Twitter mengucapkan selamat sejahtera kepada Syed Saddiq dalam kesnya, manakala yang lain menyindir mengalu-alukannya sebagai ahli “kluster mahkamah”.
“Anda telah menjadi (ahli) kluster mahkamah sekarang. Dengan segala hormatnya, kami meminta anda menarik diri sebagai calon untuk PRU15,” sebagaimana ciapan @ABarkoba.
Walau apapun label yang diberikan kepada pemimpin UMNO, kes DS Najib telah menjadi polemik sebagai ‘dakwaan terpilih’ dan tidak dihakimi dengan adil apabila Hakim Nazlan yang disahkan mempunyai ‘konflik kepentingan’ dalam MayBank tidak diambil tindakan.

Manakala Hakim Tun Maimun Tuan Mat sebagaimana didedahkan oleh Tommy Thomas, telah dilantik oleh regim Mahathir atas cadangan Tommy sendiri.
Bagaimanakah pihak pendakwaraya boleh melantik hakim yang menghakimi tertuduh untuk lawan pendakwaraya?

Hakikat ini telah menjadi pekung dalam badan kehakiman dan undang-undang negara.
Tidak hairanlah apabila kes rasuah bekas Gabenor Bank Negara, Zety Akhtar Aziz tidak dipedulikan oleh Peguam Negara, manakala pihak kerajaan juga tidak mengambil endah untuk mengekstradisi saksi penting pembelaan dan pendakwaan iaitu Jho Low.
Berbeza dengan kes Saddiq, tiada sebarang persoalan tentang kegenjotan mahkamah dan pihak kehakiman setakat ini.
Syed Saddiq telah didakwa bersubahat dengan bekas penolong bendahari sayap pemuda Bersatu, Rafiq Hakim, dalam kes CBT sebanyak RM1 juta. Sebagai ketua Pemuda Bersatu ketika itu, Syed Saddiq diamanahkan untuk menguruskan dana tersebut.
Dia juga didakwa menyalahgunakan RM120,000 daripada akaun bank milik Armada Bumi Bersatu Enterprise untuk dirinya sendiri.
Mahkamah menetapkan Feb-April tahun hadapan untuk prosiding kes.
******
Tinggalkan Jawapan