VIDEO – SUPAYA UMAT ISLAM SEDAR, TEKS KHUTBAH JUMAAT JAIS KRITIK PEMIMPIN DAN MANIFESTO YANG MENIPU RAKYAT

Editorial

28 Okt 2022

Sebagai hamba rakyat yang berusaha memperbaiki diri menjadi muslim yang diterima Allah, dan sebagai ahli jemaah solat Jumaat 28 Okt 2022 sebentar tadi, saya terhidu kritikan pedas Khatib yang tertuju kepada kerajaan PH.

Dalam khutbah yang bertajuk ‘Pemimpin dan Masa Depan’ Khatib secara konstruktifnya telah mengkritik ‘manisfeto yang bukan kitab suci’ sebagai janji politik yang telah membohongi dan menipu rakyat.

Sebagaimana khutbah Khatib,

Isu manifesto bukan kitab suci telah menjadi polemik hangat dalam sfera politik negara, apabila Tun Mahathir, PM lantikan PH, telah cuba menyelamatkan diri dengan memberi alasan bahawa manifesto PH tidak seharusnya ditunaikan sepenuhnya kerana ia ‘bukan kitab suci’.

Ia hanyalah kenyataan ‘escapism’ Mahathir atas tuntutan rakyat terhadap janji-janji PH dalam manifesto ‘bulan-bintang’ mereka.

Hakikatnya sebagaimana Khatib tegaskan, janji masa depan adalah terlalu berharga bagi rakyat dan negara untuk dikorbankan demi mencapai matlamat politik jangka pendek individu atau kumpulan tertentu.

Khatib telah merujuk kepada hadis daripada Ma’qil Yasar Radhiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda dan mengingatkan umat:

Khutbah Khatib juga menghuraikan sifat pemimpin yang memiliki:

Namun hari ini kita masih melihat pemimpin tua berusia 97 tahun yang sudah hilang daya, keupayaan dan kecekapan sehingga sanggup dijadikan boneka oleh DAP.

Malahan sebagaimana didedahkan oleh Senator TS Prof DR Ibrahim Abu Shah, DAP mempunyai agenda tersembunyi untuk menjadikan negara ini sebuah republik Kristian serta meratifikasikan ICERD bagi menghapuskan hak istimewa Melayu, kedudukan Raja-Raja Melayu serta agama Islam.

Setelah 22 bulan berkuasa ia telah mengubah pentadbiran negara menjadi pentadbiran yang gagal dan dengan senangnya dia meletakkan jawatan seperti tidak bertanggungjawab ke atas segala kemusnahan sistem negara termasuk sistem undang-undang dan kehakiman yang diamanahkan kepadanya.

Sebagaimana sabda Rasululullah SAW, ke atas jawapan soalan Abu Dzar Radiallahuanhu:

Khatib juga memetik Sabda Rasulullah SAW: “Apabila diserahkan urusan kepada orang yang bukan ahlinya maka tunggulah kiamat.” (Riwayat al-Bukhari).

Khatib seperti menyindir pemimpin yang berpaksikan agama Islam tetapi setelah berkuasa mereka berubah.

Khutbah Khatib:

Seelok-elok PH memenangi PRU14, mereka telah mengheret DS Najib ke mahkamah dengan dakwaan terpilih, sebagaimana pernah didedahkan oleh Ahli Palimen Labuan, Rozman Isli kerana dia tolak ugutan pihak PPBM supaya melompat parti. Tidakkah tindakan sedemikian merupakan dendam semata-mata?

Sesungguhnya kepentingan Islam, Melayu, umat Islam dan Bumiputera sangat perlu diutamakan.

Kedudukan Raja-Raja Melayu, institusi agama dan hak orang Melayu wajib dipertahankan, dalam masa yang sama tidak meminggirkan hak agama dan bangsa lain.

Secara halusnya terdapat kritikan terhadap ‘Ordinan Darurat’ yang dipergunakan untuk mengelak proses ‘semak dan imbang’ sehingga dana negara RM600 bilion dijarah tanpa dapat dipersoalkan oleh sidang Dewan Rakyat.

Khatib tanpa kias dan bidalan menegaskan “Ketidakstabilan kerajaan pada ketika selepas pilihanraya yang lalu seharusnya menjadi satu pengajaran kepada kita semua untuk memilih pemimpin masa hadapan”.

Walaupun usia sudah mencecah 97 tahun, Mahathir masih dengan ‘kemuliaan dunia’ dan kekayaan harta yang tidak boleh dibawa bersama ke alam barzah.

Sekiranya Mahathir mahu berdolak-dalik di sebalik ratib hariannya yang menghina dan mengutuk pemimpin sebelumnya sehingga kepada keturunannya, Mahathir boleh sahaja menyerahkan tanggungjawab itu kepada pemimpin lebih muda dan berdaya dengan khudrat yang utuh.

Sebagaimana diujarkan oleh tokoh ekonomi Afrika MO Ibrahim dalam satu simposium di Kigali, Rwanda yang turut dihadiri Mahathir, “Ke manakah pemimpin berusia 90-an mahu membawa rakyat? Ke kubur?”

Khatib juga telah merujuk firman Allah dalam Surah Sad ayat 26, marfumnya:

Walaupun tidak dinyatakan dengan telus, namun para jemaah dapat menghidu kritikan terhadap sistem kehakiman negara yang tiada integriti, dan berat sebelah kerana dendam politik sehingga membawa kepada kawalan dan masuk campur dalam urusan badan perundangan dan kehakiman negara.

Akhirnya Khatib membawa jemaah kepada PRU15 pada 19 November ini yang akan menentukan barisan pemimpin serta Perdana Menteri untuk penggal Parlimen ke-15.

Adakah rakyat masih dengan ketaksuban dan rasukan yang tidak berasas sehingga sanggup menjerumuskan negara ke lembah kehancuran sebagaimana berlaku semasa 22 bulan PH berkuasa?

Rakyat hendaklah memilih dengan bijaksana, dan setiap muslim dan mukmin itu, tertanggung padanya tanggungjawab membela agama Islam, serta pentadbiran yang mengutamakan pemimpin yang tidak menjadikan Islam hanya sebagai alat politik mereka.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: