ANWAR AMAT BAHAYA KEPADA UMAT ISLAM KERANA SOKONG PEMURTADAN DAN MENDUKUNG FAHAMAN PLURALISME AGAMA

Editorial

28 Okt 2022

Apa jua sangkalannya, DS Anwar Ibrahim telah mengesahkan dirinya sebagai tokoh politik yang mewakili dunia ‘Islam’ tetapi memegang falsafah bahawa ‘semua agama menyembah Tuhan yang sama’ (pluralisme agama).

Mungkin tidak adil untuk menuduh Anwar, sebagai penyokong kebebasan murtad sebagaimana fahaman pluralisme agama.

Namun ucapan Anwar, dan kertas kerjanya yang dibentangkan di London School of Economics (LSE) pada 18 Mac 2010, bertajuk ‘Religion and Pluralism in a Divided World’ telah membuktikan bahawa dia mendukung fahaman bahawa semua agama sama, semua tuhan yang disembah adalah sama, lantas pemurtadan adalah halal.

Bagi sarjana pemikiran Islam, seperti Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady, intipati ucapan Anwar di LSE menunjukkan bahawa dia adalah penyokong fahaman yang dibawa oleh John Hick (bapa pluralisme agama) dan menggerakkan penyebaran luas fahaman yang amat salah di sisi Islam kerana mengusung idea menyamaratakan semua agama, dan semua agama menyembah Tuhan yang sama.

Pandangan Anwar itu adalah salah kerana bagi El-Muhammady sekiranya diterima falsafah pluralisme itu maka tiada ertinya firman-firman Allah yang menyebut bahawa Al-Quran datang membawa al-haq (kebenaran) dan dengan itu kebatilan akan hilang.

Dengan pandangannya yang sedemikian, maka tidak hairanlah sekiranya Anwar menyokong tindakan murtad Lina Joy suatu ketika dahulu.

Pandangan Anwar itu terungkap dalam wawancara dengan media BBC.

Dengan menyokong perbuatan murtad, maka dengan jelasnya Anwar telah menafikan firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 217, yang marfumnya seperti berikut.

Bekas Exco Kerajaan Selangor, Dr Hassan Ali pernah mendedahkan bahawa terdapatnya kira-kira umat Islam yang telah dimurtadkan di sebuah gereja di Damansara, dan mendesak agar kerajaan Selangor bertindak membanterasnya. Namun kontradiknya Dr Hassan Ali telah dikenakan tindakan.

Semasa PH berkuasa aliran fahaman Anwar nampaknya menyerap masuk dalam pemikiran pemimpin-pemimpin mereka dan kini wujud kumpulan G25, SIS, Syiah dan pelbagai lagi yang menuntut kebebasan pemurtadan, kebebasan seks luar tabie, kebebasan LGBT, kebebasan minum arak dan sebagainya yang bertentangan dengan akidah Islam.

Seiras dengan simbol parti Keadilan, pertubuhan Yahudi, Freemason, mangangkat simbol ‘mata dewa’ (mata satu) sebagai simbol yang didewa-dewakan.

Namun bagi dunia Islam ‘mata satu’ adalah sifat ‘dajal’ sebagaimana yang disebut dalam sabda Rasulullah SAW, marfumnya:

“Kamu haruslah ketahui bahawa Dajal itu adalah bermata satu dan Allah tidak bermata satu.”(Hadis Sahih yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Jilid 3, Musnad Ahmad 57, 1353-1355 dan Muslim, 2930-2931).

Freemason dan Iluminati ini dikatakan telah menguasai Rumah Putih Amerika Syarikat, sehinggakan logo Iluminati telah menjadi lambang dalam wang kertas 1USD Amerika.

Lambang PKR yang selari dengan lambang Freemason-Ilunimati-Yahudi adalah satu komitmen Anwar untuk menyatakan kepada pemimpin Yahudi bahawa dia bertekad untuk bersama-sama mereka memperjuangkan pluralisme agama.

Adakah dengan itu ia mewajarkan logo PKR yang mengangkat ‘mata satu’ sepertimana Freemason mendewa-dewakan ‘mata satu dajal’ sebagai simbol kebanggaan mereka?

Sebagaimana dilaporkan, Konvensyen Keadilan Negeri Pulau Pinang yang diadakan pada 8 November 2009 di Dewan Tunku, KOMTAR dengan jelas memaparkan gambar ‘mata satu dajal’ pada latar pentas.

Seelok-elok PH menang PRU14 pada Mei 2018, rakyat terkejut apabila pertubuhan Yahudi NED sekonyong-konyong tampil di khalayak media memperakui bahawa mereka telah membantu DAP-PH sejak 2002 untuk menjatuhkan kerajaan Islam pimpinan BN.

Adakah ‘mata dajal’ itu menjadi pujaaan Anwar dan konco-konco dalam PH kerana mahu diperlihatkan sebagai penyokong Zionis dan dengan itu mereka akan diberikan bantuan kewangan sebagaimana bantuan NED kepada PH-DAP?

Atas alasan itu jugalah, tiada langsung sensitiviti Anwar terhadap lambang ‘mata satu’ PKR yang diterjemahkan oleh musuh politiknya sebagai ‘mata dajal’.

Anwar juga telah dipenjara kerana meliwat Saiful Bukhari, yang pastinya dia sangkal dengan pelbagai alasan yang tempang, sedangkan video lelaki miripnya yang melanggani pelacur juga telah terperi pada minda rakyat.

Tidak hairanlah juga apabila dia telah dipenjara kerana disabitkan dengan kes sodomi.

Bukan itu sahaja, bekas Perdana Menteri PH, Tun Mahathir Muhamad juga telah mengeluarkan kenyataan pada media antarabangsa bahawa dia tidak mahu seorang peliwat yang tegar menyokong LGBT diangkat menjadi Perdana Menteri.

Lantas, amat bahaya sekiranya Anwar menjadi pemimpin utama negara yang akan merosakkan akidah umat Islam serta menggalakkan maksiat.

******

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: