Editorial
27 Okt 2022
Angkatan Anak Muda Bersatu (Armada) PPBM Bahagian Jasin menuntut pucuk pimpinan tertinggi Perikatan Nasional (PN) meletakkan calon parti Bersatu dan bukannya PAS di kerusi Parlimen Jasin untuk PRU15 Nov ini.

Ketua Armada Jasin, Muhammad Jefri Safry bertegas calon Bersatu adalah lebih layak bertanding di situ walaupun kerusi berkenaan secara tradisinya ditandingi Pas.

Pada PRU14, Parlimen Jasin telah dimenangi oleh calon BN dengan jumlah undi 26,560 diikuti oleh calon Bersatu (guna logo PKR) iaitu Khairuddin Abu Hassan 26,341.
Dengan itu BN telah menang tipis dengan majoriti 219.
Dengan keputusan itu, kedudukan Bersatu adalah jauh lebih kukuh berbanding dengan calon PAS yang hanya memperoleh 8860 undi.
Justeru amatlah tidak wajar untuk meletakkan calon PAS di Parlimen Jasin berbanding dengan calon Bersatu.
Lantas Armada Bersatu mempunyai alasan kukuh untuk membantah PN meletakkan calon PAS yang tidak kompeten jika merujuk kepada keputusan PRU14.
Inilah masalahnya apabila Bersatu bergabung dengan PAS sedangkan antara mereka terdapat pihak yang mementingkan diri sendiri, oportunis dan tidak mahu bertolak ansur apatah lagi merujuk pada fakta.
Bayangkanlah apa akan terjadi sekiranya BN-UMNO juga bergabung dengan PAS, maka banyaklah tuntutan mereka yang terpaksa dipenuhi tetapi akan lebih merugikan UMNO kerana PAS sering berlagak tidak sedar diri.
Sebelum ini dalam persetujuan MN, PAS bersetuju untuk menyerahkan mana-mana Parlimen dan DUN kepada parti yang dimenangi oleh mana-mana parti antara PAS dan UMNO, dan sekiranya kedua-duanya kalah maka parti yang memperoleh undi lebih tinggi akan dipersetujui meletakkan calonnya.
Namun kemudiannya PAS membantah perjanjian yang sedemikian dan mahu pembahagian kerusi dibuat sama rata sebagaimana yang dilihat di Jasin.
Lihatlah bagaimana UMNO mahu berikan beberapa kawasan DUN selamat pada PAS semasa PRN Melaka, tapi mereka tolak kerana kononnya Bersatu boleh beri lebih banyak. Tapi akhirnya satu DUN pun PAS tidak menang.
Dengan erti kata lain PAS mahu mendominasi kuasa dalam gabungan MN, sedangkan banyak negeri yang sebelum ini berada di bawah BN-UMNO yang dimenangi oleh PH pada PRU14 adalah atas dasar fitnah dan pembohongan.
Pada mesyuarat yang telah dijalankan bagi pembahagian kerusi PN, PAS menuntut bertanding di Jasin dan Tangga Batu manakala tiga lagi kerusi iaitu Hang Tuah Jaya, Masjid Tanah serta Alor Gajah diberikan kepada Bersatu, dan Gerakan pula di Kota Melaka.
Inilah masalahnya sekiranya parti komponen tidak mahu berpijak di bumi nyata tetapi mementingkan kuota yang tidak relevan dengan meletakkan calon yang tidak disokong oleh pengundi.
Dalam kes Melaka, PAS tidak boleh berlagak, kerana mereka tidak memenangi satu pun kerusi semasa PRN DUN Melaka 2021.
Pihak Armada Jasin mempunyai hak untuk boikot kempen membantu calon PAS.
Apa yang lebih mengusutkan situasi kemelut politik Bersatu-PAS di Melaka ialah akar umbi PAS sendiri tidak suka PAS bersekongkol dengan Bersatu.
Situasi sedemikian juga pastinya berlaku sekiranya BN menerima PAS yang amat oportunis, tanpa mahu mencerminkan diri.

Mungkin PAS fikir pengundi Melayu boleh diperbodohkan dengan janji syurga sekiranya mereka mengundi PAS, sedangkan dahulunya mereka sering berpelukan dengan pemimpin parti DAP yang difatwakan oleh Mufti Pahang sebagai ‘kafir harbi.’
******
Tinggalkan Jawapan