VIDEO – ANWAR DAN MATA ‘DAJAL’ AKAN TERSUNGKUR DI TAMBUN

Editorial

26 Okt 2022

Anwar Ibrahim sebenarnya telah ditolak oleh kaum Cina, bukan sahaja daripada kalangan pengikut taksub DAP, malahan kaum Cina yang tidak berpegang pada mana-mana parti politik.

Seelok-elok Anwar dibebaskan dari penjara, dia telah memaksa ahli parlimen PD supaya meletakkan jawatan, untuk memberi laluan kepadanya bertanding di parlimen itu.

Namun setelah pelbagai kegenjotan dalam pentadbiran PH yang membawa kepada penolakan rakyat sebagaimana dilihat pada 7 siri PRK yang dijalankan sewaktu PH berkuasa, sokongan rakyat terhadap PH sudah berbeza.

Kaum Cina dan majoriti rakyat sudah sedar dan insaf dengan pembohongan, penipuan, janji palsu dan fitnah PH, termasuk Anwar.

Setelah PKR kalah teruk di PRN Melaka, Johor, dan Sarawak, sudah tercanang suara-suara pemimpin DAP agar Anwar mengundur diri dan disingkirkan daripada mengetuai Majlis Presiden PH.

Dengan kesedaran dan perubahan kecenderungan pengundi ditambah dengan kemelut politik PH di Negeri Sembilan, Anwar merasakan dirinya tidak lagi selamat di PD.

Anwar juga bimbang, gelombang perubahan rakyat di Melaka dan Johor kini sedang melanda Negeri Sembilan.

Dia cuba mendapatkan kawasan parlimen yang selamat dikuasai oleh DAP, malangnya DAP sendiri tidak lagi memberikan jaminan.

Dengan mencongak kedudukan bekas MB Perak, Faizal Azumu yang ramai terjemahkannya sebagai tokoh lawak jenaka, Anwar fikir dia boleh menang di Tambun, tanpa sokongan kaum Cina dan juga DAP yang sememangnya telah membenci Anwar.

Merujuk kepada komposisi kaum di Parlimen Tambun, etnik Melayu-Bumiputera adalah sejumlah 71.2%, Cina 18.1%, India 10.3% manakala kaum lain adalah 0.4%.

Faizal Azumu ketika itu mewakili PH (parti PPBM) dilihat tidak memenangi PRU14 dengan selesa kerana dia hanya mendapat 4.9% majoriti daripada keseluruhan jumlah pengundi.

Jika dilihat pada pola PRN Johor dan PRN Melaka, kecenderung pengundi memilih PH telah berubah iaitu merosot 67% di DUN Melaka dan merosot 64% di DUN Johor (purata 65% bagi kedua-dua PRN) berbanding dengan keputusan PRU14.

Perubahan ini adalah perubahan kecenderungan pengundi yang berubah daripada memilih PH kepada memilih BN.

Jika inilah sandaran pola pengundi yang digunakan di Tambun, maka PH hanya akan memperoleh (38,661 tolak 65%) 13,531 berkurangan 65% yang akan berpindah kepada BN (33,341 campur 25,130) dengan jumlah 58,471, manakala undi PAS akan kekal.

Ramalan dan pola perubahan pengundi sedemikian telah diperkukuhkan dengan beberapa kenyataan media, meskipun Anwar dan penyokongnya amat yakin malah dilihat sebagai ‘over-confident’ dengan kejayaannya.

Kecenderungan perubahan pengundi setelah PH menjahanamkan negara selama 22 bulan berkuasa, yang amat melukai hati pengundi Melayu dan mengecewakan kaum Cina serta India, telah dapat dirasai dengan kemelut politik yang berlaku di Perak.

Malahan Pengerusi Jentera Pilihan Raya PH Parlimen Tambun, Farhash Wafa Salvador juga membayangkan ketidakyakinannya terhadap kejayaan Anwar di Parlimen Tambun.

Anwar mendakwa pengundi Tambun boleh berfikir secara bijaksana untuk menjadikan negeri Perak sebagai barisan hadapan PH dalam misi menguasai Putrajaya.

Namun adakah Anwar lupa dengan pendedahan segala kerosakan moralnya, pembohongan dan janji palsunya terhadap rakyat, boleh mempengaruhi kebijaksanaan pengundi Tambun?

Lihatlah apa yang telah didedahkan oleh bekas peguam peribadi Anwar, Zulkifli Nordin terhadap moralnya yang runtuh, dan kes liwat Saiful Bahari yang tidak terpadam hanya kerana pengampunan DYMM Agong.

Seseorang banduan itu diberikan pengampunan DYMM Agong hanya setelah dia mengaku bersalah dan insaf, jika tidak pengampunan tidak akan diberikan.

Media dalam talian juga telah mendedahkan pengakuan orang kuat Anwar seperti Ezam Mohd Noor tentang kekecewaan isteri Anwar terhadap ‘anak ikan’ simpanan Anwar, akidah Anwar yang boleh dipersoalkan sebagaimana pendedahan Datok Dr Sidek Baba, pendedahan Ummi Hafilda kes seks Anwar, kes cabul Yusoff Rawther yang belum selesai, pendedahan Nallakaruppan dan banyak lagi seperti video lelaki mirip Anwar melanggani pelacur.

Di samping itu, ramai yang percaya bahawa PKR-DAP yang berlambangkan mata ‘dajal’ mendapat tajaan organisasi Yahudi dan mereka mahu menghapuskan sistem demokrasi Raja Berpelembagaan.

Lantas terdapat kebarangkalian bahawa Anwar akan kalah atas kebijaksanaan pengundi sebagaimana ditunjukkan oleh pengundi di PRN Melaka, Johor, Sarawak serta tujuh siri PRK semasa PH masih berkuasa.

*******

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: