Dungu bangatlah DS Anwar yang telah menggerakkan pemberontakan rakyat melalui ‘Reformasi’ semata-mata untuk menentang diktator bernama Mahathir, sekiranya menerimanya semula sebagai rakan kerjasama politik, setelah dikeji, dihina dan dicerca.

Apatah lagi setelah Anwar diperbodohkan sebagai ‘bakal PM’ oleh orang yang sama sehingga kesudahannya PH tumbang.
Dua hari lalu, Tun Mahathir telah mengeluarkan kenyataan bahawa dia sanggup menjilat ludahnya kembali, untuk mendapatkan kerjasama Anwar pada PRU15 ini bagi menentang UMNO-BN yang dikatakan dipimpin oleh perasuah.

Namun rakyat sedang meneliti, tindakan kerajaan berikutnya setelah mendapati bahawa pelantikan Ketua Hakim Negara Tun Maimun Tuan Mat ketika PH berkuasa adalah terpesong dan tiada keabsahan, sedangkan dialah yang mengekalkan tuduhan sabitan ke atas DS Najib Razak.

Selain itu Hakim Mahkamah Tinggi, Nazlan Ghazali juga mempunyai kes yang dikaitkan dengan sogokan 1MDB, manakala dia juga merupakan Counsel Lawyer MayBank dan Setiausaha Syarikat Kumpulan Maybank. Dialah hakim yang menjatuhi hukuman bersalah ke atas DS Najib.
Namun bukti kukuh sedemikian telah diabaikan begitu sahaja oleh Tun Maimun dan ia dilihat sebagai komplot ‘dakwaan terpilih’ oleh kerajaan PH, pimpinan Mahathir.
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil telah mengesahkan tiada kerjasama dengan GTA apatah lagi Pejuang yang diterajui oleh Mahathir.

Kenyataan Fahmi itu diperkukuhkan lagi dengan kenyataan Ketua Setiausaha Sekretariat PH, Saifuddin Nasution Ismail bahawa PH menolak sebarang kerjasama dengan Mahathir dan GTA bagi menghadapi PRU15.

Walaupun kenyataan Saifuddin disampaikan dengan penuh sopan, mungkin untuk mengelak dijadikan sasaran mahkamah oleh Mahathir dan kroninya, namun dengan jelas PH tidak mahu lagi bekerjasama dengan pemimpin yang sudah menghampiri pengujung hidupnya.
Mahathir sering mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan pimpinan DS Ismail Sabri adalah kerajaan yang lemah, tetapi tidakkah manusia dalam usia 97 tahun adalah ‘mega lemah’, malahan isterinya di rumah sering bimbang sekiranya dia kembali dengan van putih.
Kenapakah Mahathir bertindak seperti desperado, sehingga mencanangkan propaganda politiknya yang amat songsang apabila dia mengatakan bahawa dia adalah manusia yang ‘baik’.
Tanyalah siapakah pemimpin politik utama pembangkang yang tidak pernah disumbatnya ke penjara Kamunting dengan menggunakan akta drakonian ‘ISA’ semasa Mahathir berkuasa?
Ibrahim Ali, Tajuddin Abdul Rahman, Anwar Ibrahim, Ezam Mohd Nor, Lim Kit Siang, Karpal Singh, Lim Guan Eng, Dr Chandra Muzaffar, Lim Kim Sai, Chan Kit Chee, Kua Kia Soong, Lim Fong Seng, Halim Arshat, Mohamad Fahmi dan ramai lagi.

Tindakan kerajaan Mahathir yang paling ganas ialah semasa operasi Lalang 1987 apabila 106 ahli politik terutamanya dari parti pembangkang dan ada antara mereka yang masih aktif sehingga ke hari ini, termasuk Anwar Ibrahim.
Sepatutnya penggiat politik dari pihak pembangkang berterima kasih kepada DS Najib, kerana dialah yang telah menghapuskan akta ISA itu.
Semasa PRN Johor, 42 calon parti Pejuang Mahathir telah kalah teruk kesemuanya apabila kesemua mereka kehilangan wang deposit.
Tidak hairanlah Mahathir kini tercungap-cungap mencari rakan kerjasama politik, sedangkan dia telah dilabel oleh kaum Melayu sebagai bapa perpecahan kaum, dan amat dibenci oleh kaum Melayu sendiri, terutamanya setelah menghina DS Najib sebagai berkerutunan ‘lanun Bugis’ sedangkan dia sendiri berdarah India Kerala dari kawasan Pantai Malabar.
Bugis adalah rumpun Melayu sama seperti Banjar, Jawa, Minangkabau, dan lain-lain, sedangkan Kerala adalah rumpun etnik India.
Dia pernah dilabel sebagai si ‘Korup yang Moron’ oleh rakan baiknya George Soros, manakala dikutuk oleh Ahli Parlimen India, Shri Ravindra Kishore Sinha sebagai pemimpin yang ‘mentalnya tidak lagi berfungsi’.

Pada 2019, ketika PH masih berkuasa. Satu kajian dalam talian menunjukkan bahawa Mahathir tidak lagi popular pada kaca mata rakyat, sebaliknya DS Najib menjadi pilihan utama rakyat berbanding Mahathir, Anwar, Hadi Awang dan Muhyiddin Yassin.
*****
Tinggalkan Jawapan