BELUM APA-APA LAGI KOMPONEN GTA SUDAH MEMBIDAS SIKAP AUTORITARIAN MAHATHIR

Editorial

24 Okt 2022

Mahathir diterjemahkan telah cuba melutut kepada DS Anwar Ibrahim untuk menjalinkan kerjasama gagasan GTA ciptaannya dengan PH-PKR, namun telah ditolak mentah-mentah oleh Anwar kerana tidak mahu dikutuk oleh ahli-ahli parti sebagai baghal untuk diperbodohkan kali kedua.

Di tengah-tengah kekecewaan Mahathir itu, Timbalan Presiden Berjasa, Datuk Mohd Rosli Ramli telah mengeluarkan kenyataan bahawa BERJASA berpendirian tidak menyokong sebarang usaha untuk mewujudkan kerjasama dengan PH.

Seperti membidas tindakan Mahathir, Mohd Rosli Ramli mengingatkan bahawa segala keputusan GTA perlulah didasari kesepakatan atau konsensus semua parti komponen dan tidak hanya berkisar kepada kehendak peribadi.

Tegas Mohd Rosli, “Berjasa menghormati sistem musyawarah yang menjadi tunjang kepada kesepakatan komponen GTA, justeru, segala keputusan berkaitan dasar GTA itu sendiri perlu didasari kesepakatan atau konsensus semua komponen GTA dan tidak hanya berkisar pendapat peribadi mana-mana pihak.”

Bukan sahaja Mahathir, anaknya Mukriz yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Penaja GTA juga telah mengeluarkan kenyataan, GTA bersedia mengadakan kerjasama dengan mana-mana parti pada PRU15.

Dari sudut lain, parti komponen GTA yang terdiri daripada Pejuang, PUTRA, BERJASA dan IMAN, adalah golongan parti yang diklasifikasikan sebagai parti picisan yang belum menempah nama secara signifikannya dalam PRU sebelum ini, kecuali BERJASA.

BERJASA meskipun telah ditubuhkan pada 1977 sebagai parti serpihan PAS, namun sejak PRU 1995, tidak pernah memenangi apa juga kerusi baik Parlimen mahupun DUN.

Walau bagaimanapun BERJASA pernah memenangi 11 kerusi DUN pada PRU 1978, 4 kerusi DUN pada PRU 1982 dan 1 kerusi DUN pada PRU 1990, kesemuanya di DUN Kelantan.

Sejak 1995 BERJASA tidak pernah lagi memenangi apa-apa kerusi.

Lantas kompetensi GTA serta penerimaan rakyat masih dalam kedudukan kabur, kecuali mengharapkan populariti Tun Mahathir, yang hakikatnya juga tidak lagi popular dalam kalangan rakyat.

Atas persepsi sedemikianlah maka Mahathir, sebagaimana sikap autoritarian yang tegar dalam tubuhnya telah cuba mendapatkan kerjasama dengan PH-PKR setelah mengaku bahawa dia sanggup menjilat kembali ludahnya ke atas Anwar yang selama ini sering dicerca dan dicacinya.

Malah Mahathir pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia “tidak mahu seorang peliwat diangkat menjadi Perdana Menteri.”

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil telah mengesahkan tiada kerjasama dengan GTA apatah lagi Pejuang yang diterajui oleh Mahathir.

Kenyataan Fahmi itu diperkukuhkan lagi dengan kenyataan Ketua Setiausaha Sekretariat PH, Saifuddin Nasution bahawa PH menolak sebarang kerjasama dengan Mahathir dan GTA dalam menghadapi PRU15.

Respons daripada PKR dan PH itu pastinya mengecewakan Mahathir dan ia telah memberi petanda bahawa GTA akan kecundang dengan teruknya sebagaimana yang berlaku pada PRN Johor.

Premis yang dibangkitkan di sini ialah sikap Mahathir yang tidak menghormati pendirian kepimpinan di sekelilingnya, sebagaimana apa yang telah dilakukan kepada Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Hussein Onn, Tun Abdullah Badawi, DS Najib Tun Razak, turut mencaci-cerca TS Muhyiddin Yassin yang pernah menjadi orang kuatnya dalam PPBM, dan DS Anwar yang berani mengkritik tindakan kronisme dan nepotisme Mahathir pada 1997.

Mahathir mengatakan bahawa dia tidak mahu bercakap tentang siapakah bakal PM dari gagasan GTA kerana dia mahu memastikan dahulu kemenangan.

Namun sebelum ini, Mahathir sudahpun mencanangkan bahawa dia mahu diangkat sebagai PM untuk selama setahun sahaja lagi.

Namun dunia tahu sebagaimana apa yang telah diperlakukan kepada DS Anwar Ibrahim, Mahathir tidak akan melepaskan jawatan PM dan akan terus memburu jawatan tersebut sehingga terputus nafasnya.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: