PERANGKAP MAHATHIR TERHADAP UMNO TIDAK MENGENA, KINI DIA MAHU PERANGKAP PKR LAGI SEKALI

Editorial

22 Okt 2022

Tun Mahathir nampaknya telah gagal untuk menarik sokongan ‘pemimpin UMNO’ dan kini menghalakan pula perangkapnya terhadap PKR, ketika rakyat sedang ghairah menunggu tibanya PRU15 pada pertengahan bulan hadapan.

Dahulu sebelum ‘Undang-Undang Anti-Lompat Parti’ digubal oleh Parlimen, Mahathir dengan wewenang menggunakan jenteranya dalam badan perundangan dan kehakiman untuk mengugut ahli-ahli UMNO dan PKR masuk ke dalam PPBM.

Kini Mahathir tidak boleh lagi wewenang memaksa mana-mana ahli Parlimen untuk melompat parti.

Setelah ‘menipu PKR-PH’ apabila dia meletakkan jawatan sebagai PM setelah berlakunya komplot ‘Langkah Sheraton’ yang dikepalai oleh Muhyiddin Yassin, Mahathir dilandai dilema untuk berkuasa semula.

Tidak pasti apakah muslihatnya untuk menduduki semula kerusi PM, meskipun sebagaimana yang diujarkan oleh MO Ibrahim, seorang tokoh ekonomi Afrika dalam satu simposium di Rwanda yang turut dihadiri Mahathir, “Kemanakah pemimpin tua berusia 90 tahun hendak membawa rakyat, ke kubur?”

Kini Mahathir tanpa segan-silu menjadi desperado apabila dia mengeluarkan kenyataan bahawa dia sanggup menjilat kembali ludahnya terhadap Anwar.

Jika dahulu dia berjanji akan hanya berada di kerusi PM selama dua tahun, kini dia berjanji pula akan menduduki kerusi PM hanya untuk selama setahun sahaja.

Apakah faedahnya untuk menjadi PM setahun sahaja? Adakah dengan kuasa setahun itu dia akan dapat menguasai badan Kehakiman dan Perundangan lagi sekali?

Justeru dia akan dapat mengheret ramai lagi pemimpin Melayu UMNO ke penjara dengan ‘undang-undang rimba’ sebagaimana yang rakyat lihat mutakhir ini?

Entah apakah yang menjadi buruan Mahathir selain kuasa politiknya yang telah menghancurkan kuasa pemerintahan Melayu dengan penubuhan parti-parti picisan yang hanya menjadi lalang kering, pudar dan kusam?

Apabila dia bermusuh dengan YM Tengku Razaleigh maka tertubuhlah parti “Semangat 46” apabila dia bermusuh dengan Anwar, tertubuhlah parti “PKR”, apabila dia bermusuh dengan DS Najib, tertubuh pula “PPBM” dan apabila dia bermusuh dengan Muhyiddin Yassin dia tubuhkan pula parti “Pejuang Tanah Air”.

Oleh kerana ‘Pejuang’ kalah teruk di PRN Johor dan dilihat sebagai parti picisan yang langsung tidak berbisa, Mahathir tubuhkan pula gabungan ‘Gerakan Tanah Air’ (GTA) yang mendapat sokongan kuat hanya daripada parti India-Muslim, sepertinya, maka Mahathir mahu memerangkap semula PKR masuk ke dalam kelambunya.

Dia juga pernah berkata bahawa sesiapa yang menubuhkan parti baharu Melayu adalah pengkhianat kaum Melayu. Lantas siapakah pengkhianat kaum Melayu sebenarnya?

Pada dasarnya Mahathir telah berjaya menyumbat pemimpin kesayangan rakyat iaitu DS Najib Razak ke penjara, lantas apa lagi yang dia mahu?

Kenapa dia harus menggelabah dan melatah tidak tentu pasal sehingga terpaksa menjilat kembali ludahnya terhadap Anwar?

Dari sudut lain, adakah Anwar sebegitu bodoh untuk menyerahkan dirinya masuk ke perangkap Mahathir lagi?

Macam-macam boleh berlaku apabila Anwar sendiri telah hilang arah dan sokongan daripada kaum Melayu.

Mahathirlah juga yang mengatakan bahawa kaum Melayu tidak lagi menyokong Anwar.

Lantas kalau begitu, adakah Mahathir mahu turut sama memerangkap DAP lagi sekali.

DAP tidaklah sebodoh Anwar, kerana ketika Mahathir menjadi PM ke-7 untuk selama 22 bulan, DAP telah berjaya menjadikan Mahathir boneka mereka.

Semuanya selaras dengan dengan falsafah DAP “Use Malays to screw the Malays.”

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: