Editorial
22 Okt 2022
Pada tahun 2015 Presiden PKR, DS Anwar Ibrahim bebas berkempen dari dalam penjara Sungai Buloh, sebagaimana dilaporkan oleh beberapa media arus perdana.
Pihak penjara tidak melarang Anwar untuk ‘berkempen’ bagi memenangkan isterinya, DS Wan Azizah Wan Ismail di PRK Permatang Pauh.

Anwar yang ketika itu merengkok di Penjara Sungai Buloh sempat mengirimkan pesanan untuk rakyat di kawasan parlimen berkenaan.
“Kita harus berusaha bersungguh-sungguh untuk pastikan kemenangan perjuangan rakyat. Undi Keadilan dan Azizah,” seruan Anwar dalam kempennya selain kenyataannya yang tersebar dalam media penyokong parti Keadilan.
Selain itu, peguam Anwar ketika itu telah memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mendapatkan satu perintah yang membolehkannya mengundi pada PRK Permatang Pauh.
Sebelum ini, Naib Presiden PKR, yang juga merupakan anak Anwar, Nurul Izzah telah memohon supaya Anwar diberikan kelonggaran untuk keluar mengundi.
Kontradik dengan apa yang sedang dilalui DS Najib Tun Razak, beliau dilarang sama sekali untuk berkempen bagi pihak partinya.
Pengarah Kanan Bahagian Dasar Kepenjaraan, Supri Hashim berkata, banduan yang sedang menjalani hukuman penjara tidak dibenarkan mengeluarkan sebarang kenyataan atau kempen politik.
Larangan itu juga terpakai kepada mantan Perdana Menteri DS Najib Razak.
Sebelum itu Ketua Pengarah Penjara, Nordin Muhammad berkata “Bekas Perdana Menteri itu sentiasa tertakluk kepada akta dan peraturan semasa beliau menjalani hukuman penjara”.
Selain itu, rakyat mempersoalkan kenapakah ada pihak yang naik angin apabila terdapat NGO yang menyokong pengampunan DiRaja terhadap DS Najib.
Sebagaimana didedahkan oleh bekas Peguam Negara PH, Tommy Thomas, bahawa Ketua Hakim Negara telah dilantik secara tidak sah mengikut peruntukan undang-undang.
Lantas sekiranya pelantikannya tidak sah, maka keputusan kehakimannya juga tidak sah. Itulah logik pada pandangan rakyat.
Dengan itu juga hukuman penjara ke atas DS Najib adalah tidak sah dan bertentangan dengan keabsahan keputusan mahkamah.
Maka wujudlah rantaian persepsi dan spekulasi dalam kalangan rakyat bahawa pemimpin PH telah mengawal badan Kehakiman dan Perundangan negara.
Hal ini selari dengan dakwaaan Menteri KDN apabila dia mengeluarkan kenyataan bahawa dia telah “melantik budak-budak kita dalam PDRM.”

Sudah terang lagi bersuluh, terdapat pertindanan kuasa Eksekutif dan Badan Perundangan, yang bertentangan dengan doktrin pengasingan kuasa.
Adakah Menteri KDN juga mengawal pegawai-pegawai tinggi Jabatan Penjara?
Dahulu sebaik-baik menang PRU14, Tun Mahathir Mohamad yang dilantik untuk menjadi PM ‘Boneka DAP’ telah memohon petisyen pengampunan DiRaja kepada Anwar Ibrahim.

Rakyat terkejut dan kecewa dengan tindakan Mahathir, kerana dialah orang yang telah menyingkirkan Anwar dari sfera politik Malaysia pada 1998 apabila Anwar membangkitkan isu kronisme dan nepotisme Mahathir yang merupakan PM ke-4 ketika itu.
Tapi mengapa kini pemimpin PH seperti ‘kera kena belacan’ apabila perkara yang sama dalam isu pengampunan Diraja terhadap DS Najib dibangkitkan oleh rakyat?
Dalam satu ceramahnya di Ipoh, Mahathir mendakwa rakyat akan kecewa jika Najib yang kini menjalani hukuman penjara atas kesalahan rasuah, dibebaskan.

Tapi kesalahan ke atas Najib itu dihakimi oleh siapa?
Bagaimanakah jika mereka yang terlibat seperti Hakim Nazlan dan bekas Gabenor BNM dalam kes 1MDB juga didapati bersalah, dan dengan itu hukuman ke atas DS Najib menjadi amat tidak munasabah?
Tidakkah rakyat sedang menahan kekecewaan sekarang ini? Jika Mahathir boleh membawa petisyen pengampunan Anwar, kenapa rakyat dihalang membawa petisyen pengampunan untuk DS Najib?
Sedangkan Mahathir bermati-matian medakwa bahawa dia tidak mahu peliwat menjadi PM.
Kini rakyat sedang memulakan kutipan petisyen untuk dihantar kepada DYMM Agong bagi mendapatkan keampunan terhadap DS Najib.
Berlaku adillah kepada semua ahli masyarakat, jika tidak tunggulah akibatnya nanti. Mungkin PRU15 adalah medan pemberontakan awal rakyat.
******
Tinggalkan Jawapan