VIDEO DAN DOKUMEN DERMA DARI ARAB SAUDI, BUKTIKAN NAJIB TIDAK BERSALAH

Editorial

19 Okt 2022

Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir mengaku bahawa sumbangan derma kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, memang datang dari negara itu.

“Kami sedar tentang derma itu dan ia memang benar-benar sumbangan tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Dan kami juga sedar bahawa peguam negara Malaysia telah menjalankan siasatan teliti mengenai perkara itu dan mendapati tiada salah laku.

“Justeru, setahu kami, isu itu ditutup,” katanya kepada wartawan Malaysia di Istanbul.

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, pada 26 Januari 2016 telah membersihkan Najib daripada sebarang salah laku berkaitan siasatan terhadap SRC International Sdn Bhd dan dana RM2.6 bilion yang dikatakan telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri.

Sememangnya menjadi satu prosedur dan amalan kerajaan Arab Saudi memasukkan derma khas sumbangannya kepada pemimpin negara Islam ke dalam akaun peribadi supaya tanggungjawab terpikul terus di bahu pemimpin dan selamat sekiranya berlaku sebarang rampas kuasa.

Mohamed Apandi berkata siasatan menunjukkan bahawa jumlah yang dimasukkan ke dalam akaun ialah RM2.6 bilion, dan ia adalah sumbangan peribadi daripada keluarga Diraja Saudi pada 2013.

Derma Arab Saudi tersebut diberikan untuk membantu Malaysia mengatasi masalah politik sebagaimana berlakunya Arab Spring yang telah merosakkan beberapa negara di Timur Tengah akibat daripada dakyah jahat pihak Yahudi.

Dokumen derma Arab Saudi itu yang cuba disembunyikan oleh pihak pendakwa telah membuktikan bahawa derma berkenaan adalah tulen.

Dalam perbicaraan kes SRC International Hakim Mahkamah Tinggi telah medakwa bahawa derma tersebut sebagai rekaan pihak pembela dan disifatkan sebagai dongengan.

Lantas, adakah pemenjaraan DS Najib suatu keluhuran undang-undang atau suatu konspirasi untuk memusnahkan kerjaya politik beliau kerana keserakahan nafsu musuhnya?

Fikirkanlah.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: