Facebook Twitter LinkedIn Tumblr Pinterest Reddit VKontakte Odnoklassniki Pocket
Editorial
16 Oktober 2022
Sebagaimana menjadi falsafah Raja Fitnah PH, Rafizi Ramli, “tugas utama pembangkang adalah menghasut rakyat”.
Rafizi sendiri sudah beberapa kali diheret ke mahkamah kerana fitnah dan akhirnya dijatuhi hukuman penjara 30 bulan, namun telah diselamatkan oleh ‘Pengasas Undang-Undang Rimba PH’ Tommy Thomas semasa PH berkuasa.

Dengan itulah rakyat harus berwaspada dengan segala hasutan dan propaganda PH, dan jangan terus termakan dengan fitnah, pembohongan dan janji palsu mereka, termasuk fitnah PPBM dan pemimpin Pejuang yang merupakan konco PH semasa PRU14.
Terkini PH masih menjaja isu kes SRC DS Najib dan beberapa pemimpin UMNO, sedangkan semua dakwaan mahkamah itu adalah ‘dakwaan terpilih’ sebagaimana dibuktikan oleh affidavit Ahli Parlimen Labuan, Rozman Isli.

Lebih menyakitkan hati, Peguam Negara PH, Tommy Thomas sendiri telah mengaku bahawa terdapat campur tangan politik dalam badan kehakiman.
‘Buat apa hendak menonjol-nonjolkan gelang emas, sekiranya ia adalah emas palsu’, buat apa ‘menyalak siang-malam sekiranya ia hanyalah anjing tua yang tidak bertaring’. Demikianlah bidalan yang boleh diberikan kepada kempen PH yang penuh dengan hasutan dan propaganda tempang.
Fitnah dan pembohongan sudah menjadi budaya politik PH dan parti-parti komponennya seperti PPBM. Bukan itu sahaja, manifesto mereka sendiri adalah janji yang penuh dengan pembohongan yang tidak perlu ditunaikan kerana ia bukan ‘kitab suci’ sebaliknya hanya kertas tisu tandas.

PH terpaksa mengitar semual segala fitnah kempen PRU14, kerana mereka melihat ia telah berjaya memperbodohkan rakyat, dan mereka juga percaya rakyat akan terpengaruh buat kali keduanya.
Anwar Ibrahim masih bercakap tentang ‘harga minyak turun’ dengan putar belitnya bahawa semasa PH memerintah 22 bulan, dia gagal mendapat kuasa.

Tun Mahathir kini berjanji akan tunaikan BR1M, malahan memuji-memuja bahawa kaum Melayu adalah pejuang, yang sebelumnya dihina sebagai pemalas dan ‘bodoh’, yang membuktikan bahawa dia bukan berdarah Melayu.
Mahathir juga sedang mengelupur memikirkan kes bekas Gabenor Bank Negara, serta Pulau Batu Putih yang dilihat sebagai bahan ‘horse trading’ dengan Singapura dalam kes konco-konconya yang terlibat dengan rasuah 1MDB, serta Jho Low yang tidak pernah mahu diekstradisi kerana dia amat gentar akan mendedahkan bahawa DS Najib tidak bersalah.

PH hakikatnya telah kehilangan isu untuk memusnahkan reputasi BN dan mereka sudah ‘muflis idea’.
DAP masih mahu mengangkat isu rasuah, tetapi mereka lupa bahawa Pengerusi DAP sedang bergelut dan tidak lama lagi akan disumbat ke penjara, kecuali jika terdapat komplot dengan Peguam Negara PN.
Presiden PPBM, TS Muhyiddin Yassin juga kehabisan modal dan masih dengan isu kleptokrat dan kluster mahkamah sedangkan dia sendiri berada dalam radar SPRM dalam isu menjarah RM600 bilion dana negara serta kes 1Bestari Net.

Malahan Muhyiddin mengaku bahawa PRU15 akan memadamkan sejarah kegemilangan politiknya kerana dia sudah dapat menghidu bagaimana dia akan diheret ke mahkamah.

Anwar pula sememangnya sudah hilang sokongan kaum Melayu sebagaimana didakwa oleh Mahathir kerana ‘akidahnya yang boleh dipersoalkan’, menyokong pemurtadan umat Islam, moralnya yang rendah menyokong LGBT, dan kes seks songsangnya yang tidak putus-putus sebagaimana dakwaan Yusoff Rawther.
Presiden PAS pula masih kembali menggunakan isu kafir-mengkafir setelah puas mengkafirkan umat Islam dalam ‘Amanat Haji Hadi’ yang sekali gus cuba mengangkat PAS sebagai agama baharu.

Dengan itu, rakyat dan pengundi usahlah termakan dengan fitnah, pembohongan dan hasutan PH dan konco-konconya serta parti-parti yang pernah menjadi rakan sekongkol seperti PPBM, kini Pejuang, serta PAS yang pernah tidur sebantal dengan DAP dalam Pakatan Rakyat.
*****
Tinggalkan Jawapan