VIDEO – SYED SADDIQ MAHU RAKYAT PILIH BN SEMULA DAN BUANG PH

Editorial

15 Okt 2022

Semasa kempen PRU14, bertarikh 10 April 2018, Syed Saddiq yang ketika itu menyandang jawatan Ketua Pemuda PPBM (Bersatu) telah dengan ego dan sombongnya mengatakan bahawa “Kalau Tun Mahathir Mohamad, DS Anwar Ibrahim, TS Muhyiddin Yassin, Rafizi Ramli, DS Mohamed Azmin Ali termasuk saya gagal menunaikan janji, buanglah kami dan pilihlah BN.”

Dengan kehendak Allah setelah PH memerintah dengan lintang-pukang, huru-hara dan kacau-bilau, PH sememangnya telah terbukti gagal menguruskan negara dengan baik, dan diterjemahkan sebagai gagal menunaikan janji manifesto mereka.

Hakikat ini diperakui oleh Presiden PKR, Anwar Ibrahim, dengan kenyataan yang jujur dan terbuka, bahawa PH telah gagal menunaikan manifesto PRU14, sekaligus gagal menunaikan janji bulan-bintang yang mereka dongengkan ibarat pembohongan, dan janji palsu.

Supaya Saddiq tidak berdolak-dalik, Dr Maszlee Malik, bekas Menteri Pendidikan PH juga telah memperakui perkara yang sama bahawa PH telah gagal menunaikan janji-janji dalam manifesto mereka.

Manakala Wan Saiful Wan Jan yang didakwa bertanggungjawab merekacipta manifesto PH yang dikatakan oleh Tun Mahathir ‘bukan kitab suci’ yang tidak perlu direalisasikan secara serius, juga memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana tidak dapat menunaikan janji menghapuskan hutang PTPTN.

Kegagalan tersebut menjadi lebih signifikan kerana Wan Saiful adalah Pengerusi PTPTN. Bekas Ahli Lembaga Pengarah PTPTN, Johan Jaaffar, menyifatkan Wan Saiful tidak lebih daripada gendang kosong yang dipalu.

Lantas, sebagai pemimpin yang ada integriti maka Syed Saddiq yang kini berhadapan dengan kes salah guna kuasa dan penggubahan wang haram, baiklah mengundur diri, dan biarkanlah BN memerintah semula sebagaimana yang telah dimintanya.

Lagipun hukuman maksimum 30 tahun sedang menanti Syed Saddiq, dan dia dilihat sebagai mensia-sia masa dan keringat untuk bertapak semula dalam arena politik selepas PRU15 ini.

Jika tidak, Saddiq sebagai Presiden MUDA yang kini dilihat sebagai keldai dan ‘sugarbaby’ DAP, adalah parasit dalam PH yang tidak harus dihormati oleh rakyat dan pengundi!

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: