CHARLES SANTIAGO, ADAKAH KAMU JUGA SUDAH DIHINGGAPI SINDROM NYANYOK?

Editorial

14 Oktober 2022

Tidak pernah ada presedens bagi Perdana Menteri untuk mendapatkan persetujuan semua Ahli Parlimen sebelum memohon perkenan DYMM SPB YDP Agong bagi membubarkan parlimen.

YAB PM DS Ismail Sabri Yaakob terpaksa membidas kenyataan pihak yang cuba menghalang pembubaran parlimen, dengan kenyataan bahawa PM mempunyai kuasa prerogatif tanpa perlu mendapatkan persetujuan semua Ahli Dewan mahupun Menteri Kabinet.

Lantas sesiapa juga dari parti pembangkang mahu pun daripada kerajaan, tidak perlu sibuk untuk menekan dan mengajar PM tentang kuasa prerogatif yang ada pada beliau.

Sebelum ini juga, tidak pernah ada presedens pembubaran parlimen dibincangkan secara terbuka di Dewan Rakyat dan apabila PM mengumumkan bahawa Parlimen akan dibubarkan maka ia menjadi keputusan mutlak untuk dibubarkan.

Tegas PM Ismail Sabri bukan setakat perundingan dengan parti lain, dengan parti sendiri pun PM tidak perlu berbincang.

Hakikatnya, sememangnya tidak pernah ada presendens parti politik lain memberikan pandangan mereka atau cuba campur tangan keputusan PM dalam hal pembubaran parlimen.

Kenyataan YAB PM itu adalah satu libasan pada wajah pemimpin DAP, yang juga penyandang Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago yang masih tidak sedar diri, dan mahu menyaman PM DS Ismail Sabri, Kerajaan Malaysia, dan SPR kerana pembubaran Parlimen yang telah diisytiharkan pada 10 Okt, Isnin lalu.

Alasan Charles ialah pembubaran parlimen yang mendapat perkenan DYMM Agong itu, tidak dibuat atas nasihat Jemaah Menteri dan oleh itu, terbatal dan tidak sah.

Pemimpin DAP itu juga wajar memohon maaf kepada DYMM SPB YDP Agong, atas tindakannya yang turut membabitkan kedaulatan baginda yang berkuasa memperkenankan pembubaran parlimen.

Perlembagaan Persekutuan dalam Perkara 40(2)(b) dan Perkara 55(2) yang jelas memberi kuasa kepada DYMM Agong untuk bertindak menurut kebijaksanaan baginda dengan memperkenankan permintaan Perdana Menteri.

Tindakan Charles menyaman untuk menghalang langkah mengembalikan mandat kepada rakyat bagi memilih sebuah kerajaan yang stabil dengan majoriti yang kuat adalah bersifat menghina.

Meskipun pemimpin DAP itu tidak berani untuk turut menamakan DYMM Agong dalam saman pemulanya, baginda Tuanku juga secara tidak langsung menjadi responden dalam saman itu.

Dengan kata-kata lain, dia telah turut menghina kerana mempertikaikan kebijaksanaan Tuanku untuk memperkenan selepas menilai keadaan semasa politik serta mendapat taklimat Jabatan Meteorologi Malaysia yang meramalkan negara hanya akan menghadapi Monsun Timur Laut bermula pertengahan November ini dan berakhir pada Mac 2023.

PRU ke-10, 1999, pernah diadakan pada hujung November (29 Nov) tanpa sebarang tentangan atau momok-momok banjir, ribut dan taufan yang hakikatnya boleh berlaku tanpa perlu menunggu musim tengkujuh.

Adakah banjir besar yang melanda Sri Muda Selangor menunggu musim tengkujuh, adakah banjir yang melanda Baling juga tidak sabar menunggu musim tengkujuh, dan adakah banjir yang saban kali melanda bandar raya Kuala Lumpur juga menunggu musim tengkujuh?

Sedarlah sikit bahawa ini adalah negara khatulistiwa yang menerima hujan sepanjang tahun, meskipun tidak setiap hari.

Tuduhan kononnya Perdana Menteri DS Sabri tidak mendapatkan pandangan jemaah menteri mengenai pembubaran Parlimen itu juga adalah tidak benar.

Sepanjang kepimpinannya, Ismail Sabri amat cermat dalam setiap tindakannya dan sentiasa memberi perhatian serius terhadap aspek perundangan serta perlembagaan.

Anggota jemaah menteri khususnya yang mewakili parti masing-masing juga sudah menyatakan pandangan masing-masing.

Setelah jelas terdapat pandangan yang berbeza, maka adalah wajar Ismail Sabri menyembah maklum dan nasihati DYMM Agong tentang relevannya pembubaran parlimen.

Hari mengundi, yang dijangkakan pada awal November ini, hanya memerlukan beberapa minit bagi setiap pengundi memilih dalam jangka masa dari jam 8 pagi hingga 6 petang (10 jam), dan bukannya seluruh musim Tengkujuh.

Sedangkan Jabatan Meteorologi telah mendapat maklumat tentang pola angin Monsun Timur Laut hanya akan bermula selepas pertengahan November dan akan berakhir pada Mac 2023.

Malahan daripada rekod tahun lalu, musim Tengkujuh hanya bermula pada 16 Disember 2021 dan beransur berakhir pada Mac 2022.

Bagaimana pula sekiranya Monsun Timur Laut berakhir pada April atau Mei 2023? Tidakkah ia membangkitkan kebodohan Charles serta pemimpin bebal lain yang membantah?

Jadi nampaknya Charles Santiago hanya cuba mencari publisiti murah menjelang PRU15 ini atau mungkin dia juga sudah dihingapi sindrom senile@nyanyok.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: