MUSIM TENGKUJUH HANYALAH PARANOIA POLITIKUS TERHADAP PRU15

Editorial

13 Okt 2022

Jabatan Meteorologi Malaysia telah menyatakan bahawa angin Monsun Timur laut yang menjadi penanda kepada musim Tengkujuh hanya akan tiba pada waktu selepas pertengahan November.

Lantas, sekiranya PRU15 diadakan pada awal November yang hanya memakan masa sehari sahaja dalam tempoh 8.00 pagi sehingga 6.00 petang, maka ia tidak perlu dijadikan alasan obsesi paranoia sebagai musibah yang akan melanda negara bagaikan datangnya kiamat.

Golongan paranoid politik ini seakan-akan cuba memberi gambaran kepada rakyat bahawa PRU15 akan memakan masa semusim, selari dengan tempoh musim Tengkujuh dan limpahan hujan Monsun Timur laut.

Jika dirujuk kepada rekod keadaan negara yang berkaitan dengan banjir, realitinya Malaysia mengalami banjir di serata pelosok tanpa menunggu musim Tengkujuh atau serangan tujahan angin Monsun Timur Laut.

Musim Tengkujuh sebagaimana direkodkan oleh Jabatan Meteorologi pada tahun akhir tahun 2021-awal 2022 adalah jatuh pada pertengahan Disember 2021 membawa kepada 1 Januari 2022.

Tempoh tersebut adalah konsisten sejak 60 tahun lalu.

Walau bagaimanapun banjir di luar musim Tengkujuh adalah diakibatkan oleh Monsun Barat Laut, kawasan tadahan yang dicabuli oleh pencerahan hutan, serta sistem saliran yang tidak efisien.

Kelantan pula tidak lepas daripada kesan angin Monsun Timur Laut yang membawa banjir besar pada Hujung Disember hingga ke Februari.

Negeri Perak pula pernah diserang banjir besar antara Februari 2022, Mac, April dan kemudiannya Jun 2022, dalam keadaan yang tidak berterusan.

Kedah pula dilanda banjir pada Mei dan Sept 2022 apabila kawasan tadahan hujan telah dicerobohi sebagaimana terlihat di Baling.

Perlis juga turut dilanda banjir besar kerana air pasang besar pada Mei 2022.

Johor pula dilanda banjir bukan dalam status bermusim tetapi merupakan banjir kilat sebagaimana terlihat di Johor Bahru pada 2 Oktober lalu, manakala di Kota Tinggi pada 10 November 2021.

Pahang pula sering menerima banjir besar di kawasan pesisir Sungai Pahang pada musim Tengkujuh bulan Disember. Temerloh misalnya sudah mangli dengan situasi banjir besar, namun kadar kenaikan air tidak konsisten setiap tahun.

Negeri Pantai Timur seperti Terengganu sememangnya sering menjadi mangsa banjir besar akibat daripada musim Tengkujuh. Walau bagaimanapun Terengganu biasanya menerima kesan banjir besar pada bulan Februari.

Banjir besar di Selangor telah dicatatkan pada hujung Disember 2021, juga berpunca daripada musim Tengkujuh.

Namun bagi kebanyakan kawasan di bandar raya, ia lebih terdorong oleh system saliran air yang tidak efisien dan perlu dipantau dan diperbaiki dari semasa ke semasa.

Bagi Melaka dan Negeri Sembilan, kesan banjir besar juga diakibatkan oleh hujung musim tengkujuh pada Mac sebagaimana berlaku pada Mac 2022.

Menurut Wikipedia garis masa angin Monsun Timur Laut lebih membawa dampak kepada banjir besar di Malaysia.

Walau bagaimanapun apa yang ketara daripada rekod Jabatan Meteorologi Malaysia, ia bermula pada sekitar Disember 2021 sehinggalah kepada Jan 2022.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: