HANYA KERAJAAN YANG KUKUH DAN KUAT BOLEH MEMULIHKAN DASAR MAHATHIR YANG TELAH MEROSAKKAN EKONOMI NEGARA -PAKAR KEWANGAN

Editorial

13 Okt 2022

Hanya kerajaan yang kuat dan stabil sahaja boleh memulihkan dasar Mahathir yang merosakkan, kata Pengurus Dana Robin Augustin.

Dasar yang kukuh diperlukan untuk membetulkan kesilapan dan kepincangan yang telah dilakukan oleh pentadbiran Dr Mahathir Mohamad, kata Pengurus Dana Antarabangsa Tan Teng Boo.

Tan Teng Boo, yang mengetuai kumpulan Capital Dynamics, berkata Malaysia masih menanggung kesan daripada dasar yang dimulakan beberapa dekad lalu.

Beliau berkata dasar Mahathir pada 1980-an dan ketika beliau mentadbir kerajaan Pakatan Harapan 2018-2020 telah merosakkan ekonomi negara.

Beliau memetik tumpuan Mahathir terhadap industri berat dan pembangunan industri kereta nasional sebagai contoh kepincangan dasar tersebut.

“Mengapa Malaysia sebagai negara pasaran kecil pada masa itu, fikir bahawa negara memerlukan polisi kereta nasional sedangkan negara mempunyai keutamaan lain?” katanya dalam satu temu bual.

Tan berkata Proton, produk daripada program industri berat Mahathir, telah bergelut selama bertahun-tahun dan bahagian pasarannya berkurangan daripada lebih 70% pada 1993 kepada 12.5% ​​pada 2016.

Masalah industri kereta tersebut memuncak dengan penjualan 49.9% kepentingan dalam syarikat itu kepada pembuat kereta dari China, Zhejiang Geely Holding Group pada 2017, selepas Mahathir berundur.

“Siapa yang membantah Geely masuk? Orang yang sama iaitu Mahathir. Jika anda tidak membenarkan rakan kongsi asing bekerja dengan Proton, di manakah kedudukan Proton hari ini?” katanya.

Penjualan Proton adalah untuk menyelamatkan dasar perindustrian berat Mahathir, katanya.

“Terima kasih kepada Geely, dan CEO (Proton) yang cukup berkebolehan, mereka cuba mengejar apa yang sudah ketinggalan”.  Beliau berkata prestasi pasaran saham baru-baru ini dikaitkan dengan ketidaktentuan politik dan kurang keyakinan terhadap prospek jangka panjang Malaysia.

Kerajaan perlu mewujudkan tenaga kerja yang berkualiti dan ini berteraskan kualiti pendidikan yang tinggi.

“Bukan sahaja di peringkat universiti, tetapi dari sekolah rendah, lagi. Bukan di peringkat universiti sahaja, tetapi juga institut vokasional dan institut pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional.

Lihat sahaja di Korea dan Jerman, mereka bukan sahaja menekankan ijazah tetapi juga kemahiran teknikal dan mereka ini sangat dihormati dengan gaji dan prospek pekerjaan yang sangat baik.

Bagaimanapun, pengeluaran dana asing daripada Bursa Malaysia di bawah paras 10% adalah trend yang dilihat juga dalam pasaran negara lain yang sedang pesat membangun.

Pada era Mahathir terlalu banyak campur tangan politik dalam strategi, dan pengurusan termasuk rekacipta model Proton sehingga menyebabkan syarikat itu berdepan keadaan yang amat sukar dan tertekan.

Lihatlah kegilaan dalam konsep model Proton pada era awal kewujudan produksinya, sehingga pereka model terpaksa masukkan simbul ‘M’ pada wajah Proton.

Model generasi awal Proton Iswara ketinggalan zaman

Tan berkata ahli politik perlu berfikir dan bertindak seperti negarawan kerana tadbir urus yang baik adalah penting untuk memupuk bakat berkualiti tinggi.

Terdapat keperluan untuk mencapai keseimbangan antara dasar berasaskan kaum berbanding dasar berasaskan prestasi.

Namun perlulah diingatkan kepada peggiat industri yang dimonopoli oleh kaum Cina, peluang kepada cerdik-pandai kaum bumiputera hendaklah dibuka seluas-luasnya, bukan berdasarkan bahasa komunikasi Mandarin yang mengetepikan aspek kognitif (kecerdikan dan kepintaran) individu.

Apa yang telah dibangkitkan oleh Pengurus Dana Antarabangsa Tan Teng Boo itu adalah satu pengakuan bahawa Mahathir gagal meningkatkan kemampuan negara, sebaliknya lebih cenderung kepada kehendak peribadinya yang hanya mementingkan kroni dalam industri berat, sebaliknya menolak realiti pasaran rendah negara.

Malahan dalam aspek Proton, ia gagal mengemukakan model yang mampu bersaing dengan industri kereta antarabangsa yang lain, kecuali setelah ia hilang kuasa pengurusan kepada Geely.

Walau bagaimanapun Mahathir masih keras kepala dan menyalahkan kerajaan atas segala kelemahan dan kesilapan yang telah dilakukannya.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: