MEREKA TIDAK SETIA PADA PM, TETAPI TIDAK PULA MAHU PARLIMEN DIBUBARKAN

Editorial

11 Okt 2022

Dengan kebijaksanaan baginda, DYMM Agong telah berkenan supaya parlimen dibubarkan setelah negara diasak dengan keadaan politik yang tidak menentu.

Lantas baginda juga berkenan supaya mandat demokrasi dikembalikan kepada rakyat untuk mereka memilih sebuah kerajaan yang dapat menjamin kestabilan serta kemakmuran negara.

Tanpa mahu membicarakan soal ‘Langkah Sheraton’, soal khianat-mengkhianati dalam PH, soal PN mempergunakan Ordinan Darurat, soal menjarah wang negara RM600 bilion untuk memulihkan negara kononnya, soal pemimpin tua yang sudah hilang kudrat dan dijadikan boneka politik, soal ‘PKP separuh masak’ yang mengurung rakyat dan melumpuhkan ekonomi mereka, serta pelbagai lagi kegenjotan kerajaan ‘adhoc’ sehingga membawa kepada tiga kali perubahan PM dalam sepenggal, namun soal asas ialah kerajaan campuran PN, mahupun PH sebelumnya adalah tidak stabil dan amat goyah.

Masakan ia boleh stabil sekiranya kabinet terdiri daripada kalangan yang saling bermusuhan, dan mempunyai  nakhoda masing-masing dengan hala tuju yang berbeza.

Bayangkanlah apabila PPBM ditubuhkan atas saranan pemimpin d’facto DAP, Lim Kit Siang, untuk membunuh UMNO, kini mereka berada dalam satu kapal dengan UMNO.

Bayangkanlah bagaimana genjot dan bobroknya pentadbiran negara, sekiranya Pengerusi PN mengisytiharkan rakan pentadbiran negara iaitu UMNO sebagai ‘musuh utamanya.’

Nampaknya sindrom Mahathir telah menjangkiti TS Muhyiddin Yassin yang sudah terkenal sebagai pengkhianat yang telah mengkhianati UMNO, PH, mengkhianati Mahathir, dan kini dalam strateginya mengkhianati PAS melalui usaha menjalin kerjasama dengan PH-DAP.

Rakyat juga amat marah dengan pelbagai kegenjotan hasil daripada legasi Tun Mahathir dan PH yang telah merosakkan sistem perundangan dan kehakiman negara.

Malahan kerajaan PN pimpinan Muhyiddin Yassin telah dilabel sebagai ‘kerajaan katak’ kerana dipenuhi oleh mereka yang diugut dengan dakwaan terpilih dan laba jawatan menteri (sila rujuk afidavit Rozman Isli).

Lantas, tidak hairanlah sekiranya DYMM Agong menzahirkan kegusaran baginda dan bertindak dengan kebijaksanaan baginda membubarkan parlimen demi mengembalikan mandat rakyat untuk memilih sebuah kerajaan yang stabil dan makmur.

Titah baginda harus dihormati selaras dengan kuasa-kuasa baginda sebagaimana termaktub di bawah Perkara 40(2)(b) dan Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan.

Lantas dengan itu, apakah tujuan Presiden PKR, Anwar Ibrahim mahu menjaja dan mencanang bahawa pembubaran parlimen sebagai ‘mengkhianati rakyat’?

Mengapakah harus menggunakan isu banjir musim Tengkujuh atau Monsun, sedangkan pada PRU10 pada 1999, Pilihan Raya Umum telah diadakan pada 29 November.

Sewajarnya PRU telahpun diadakan sejak PH tumbang dan sejak Tun Mahathir meletakkan jawatannya sebagai PM ke-7.

Sebelum ini masing-masing pemimpin tertinggi parti-parti politik utama negara telah mendabik dada mengaku bahawa mereka sentiasa siap-siaga menghadapi PRU15, tapi kini lain pula helah mereka.

Namun adakah kerana UMNO menang teruk di PRN Melaka dan PRN Johor maka masing-masing mencari helah untuk mengambil sebanyak mungkin masa yang ada bagi merekacipta fitnah, pembohongan, janji palsu dan apa sahaja isu yang boleh menyungkurkan musuh masing-masing, terutamanya Barisan Nasional yang kini telah kembali semula mendampingi hati nurani rakyat.

Sebagaimana ditunjukkan di PRK Tanjong Piai, pengundi Cina sendiri sudah bosan dengan isu perkauman yang dimainkan oleh DAP.

Mereka menjerit tentang rasuah yang digubah daripada pandakwaan terpilih, tetapi kes rasuah Lim Guan Eng telah menjadi pekung kepada masyarakat Cina sehingga membawa kepada kematian saksi pendakwaan, Ewe Swee Kheng, jika bukan pembunuhan.

DS Anwar Ibrahim masih ditekan dengan kes pencabulan Yusoff Rawther, namun sejarah peribadinya amat jijik dan kotor sebagaimana didedahkan oleh Datok Zulkifli Nordin, peguam peribadinya, serta pendedahan Ummi Hafilda adik bongsu kepada DS Azmin Ali.

Manjadikan banjir sebagai alasan murahan untuk menangguhkan PRU15 mungkin menjadi hak masing-masing, tetapi sekiranya ia hanyalah alasan tempang maka mereka akan ditertawakan sekiranya ramalan kaji cuaca meleset.

Sekiranya banjir yang datang dan pergi menjadi alasan mereka, maka nampaknya mereka memperbodohkan rakyat kerana hujan empat jam sahaja, kota Kuala Lumpur boleh banjir tanpa kira musim, kawasan lembah tadahan hujan Baling boleh banjir, kawasan Sri Muda Selangor juga boleh banjir kerana air pasang besar.

Daripada amalan sebelumnya PRU diadakan selepas 4 tahun penggal berlangsung, malahan pada 1982 PRU diadakan setelah kerajaan memerintah selama 3 tahun 8 bulan. Penggal parlimen ke-14 ini sudah pun berlangsung selama 4 tahun 6 bulan.

Sebelum ini pada era DS Najib Tun Razak, PRU diadakan pada hujung penggal yang menghampiri 60 bulan atau 5 tahun, namun itupun telah mendapat rungutan pihak pembangkang kerana mengambil masa terlalu lama untuk parlimen dibubarkan.

Walau bagaimanapun sekiranya negeri-negeri pembangkang mengambil keputusan untuk menangguhkan PRU-15 maka pastinya ia juga akan menguntungkan UMNO yang mempunyai 4 juta ahli berdaftar daripada rekod mutakhir.

Ahli UMNO seluruh negara boleh berkampung di negeri-negeri tersebut apabila negeri-negeri di bawah UMNO-BN telahpun melaksanakan PRU15.

Itulah senario yang berlaku di PRN Melaka dan PRN Johor, sehingga parti picisan seperti Pejuang hilang wang deposit bagi 42 calonnya, manakala PPBM berlagak lebih kuah dari lauk, berkokok berdegar-degar, tapi tahi tersangkut di gelegar.

Adakah golongan ‘putar alam’ dan oportunis ini takut banjir atau sebenarnya mereka takut kerana ramai akar umbi serta pemimpin mereka yang sudah hilang kepercayaan terhadap kemampuan parti (sila rujuk kes Dr Rais Hussin).

****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: