Editorial
8 Okt 2022
Sungguh bangat memalukan apabila menjelang PRU15, Pengasas Bersama Bersatu terutamanya kepada keegoan Muhyiddin yang pandai berpura-pura berdrama mahu menamatkan kerjaya politiknya selepas PRU15, tetapi berlagak wira, berselindung di sebalik selendang PN.

Semalam 7 Okt 2022, Datok Dr Rais Hussin Mohamed Ariff yang sebelum ini merupakan Ahli Majlis Tertinggi Bersatu telah dengan besar hati mengumumkan keluar parti, berkuat kuasa serta merta.
Bayangkanlah menjelang PRU15 apabila semua parti politik sedang sibuk dan ghairan menyusun strategi kempen untuk mempengaruhi pengundi, namun Pengerusi Biro Strategi dan Dasar Bersatu telah menghantar surat rasmi peletakan jawatannya kepada pimpinan Bersatu.
Jika Rais masih tegar dan patriotik atau taat setia terhadap Bersatu mengapakah dia harus meninggalkan parti?
Sekiranya Rais mempunyai masalah kesihatan, dia masih boleh berjuang untuk Bersatu, sedang pemimpin yang diserang cancer yang sudah sejengkal menghadapi maut, masih terus bertekad untuk berkuang demi parti, tetapi kenapakah Rais tanpa rasa kecewa mengumumkan keluar parti?

Tidak lain yang dapat ditanggapi, semuanya kerana kegenjotan pentadbiran Muhyiddin yang terpaksa melayani kehendak ramai ‘katak-katak’ politik yang meracau-racau mahukan kerusi DUN apatah lagi kerusi parlimen yang selamat demi survival masa depan politik mereka.

Sebelum ini banyak Bahagian dan cawangan Bersatu seluruh negara telah dibubarkan, malahan di Negeri Sembilan, Bersatu sudah pun berkubur.
******
Tinggalkan Jawapan