Editorial
8 Okt 2022
Apabila pemerhari politik melabelkan TS Muhyiddin Yassin sebagai pengkhianat, PAS berkeras masih mahu terus mengikat jalinan bersama Bersatu, setelah diberikan jawatan Menteri, bukan Menteri bertaraf Menteri serta jawatan tinggi dalam GLC.

UMNO sudah faham sangat tingkah-laku Muhyiddin yang menjadi nakhoda kepada Bersatu dan kini mengepalai Perikatan Nasional (PN).
Pada persetujuan awal, Bersatu, PAS dan Gerakan bersetuju bahawa pembahagian jawatan Ketua Perhubungan PN ialah 9 PAS, 9 Bersatu dan 4 Gerakan yang meliputi seluruh 22 kawasan Parlimen Selangor.
Walau bagaimanapun tiba-tiba Bersatu merampas 1 kawasan yang menjadi milik PAS dan kini pembahagian telah bertukar kepada 10 Bersatu, 8 PAS dan 4 Gerakan.
Tidaklah hairan jika menjelang PRU15 nanti, hanya 5 kawasan Parlimen yang akan diberikan kepada PAS, 13 Bersatu dan 4 Gerakan.
Jawatan Ketua Perhubungan PN dilihat sebagai tiket untuk meletakkan calon parlimen bagi parti masing-masing dalam komponen PN.
Bersatu terpaksa betindak ganas dan menjadi pembuli kerana ramai ‘katak-katak’ dalam parti itu yang kini meracau-racau mencari kubang untuk mengawan.
Mereka ambil milik PAS, tetapi dalam gerakan jentera PRU nanti, PAS akan diperkudakan kerana ahli-ahli PAS amat taksub kepada arahan Presiden.
Tidaklah dapat dibayangkan, bagaimanakah sekiranya UMNO-BN juga menjadi komponen PN, pastinya peristiwa merampas kawasan DUN mahu pun Parlimen oleh ‘orang-orang Muhyiddin sebagai mana berlaku di Sabah akan berulang lagi.
Namun pemimpin PAS seperti Takiyuddin akan membela Bersatu, tetapi dalam media dia berkokok-kokok mahukan kerjasama dengan UMNO.
Mereka lupa bagaimana akar umbi PAS menentang kerjasama parti itu dengan Bersatu dan sedih apabila PAS mengabaikan Muafakat Nasional.

Dua hari lalu, ahli-ahli PAS telah pulau atau boikot Majlis Makan Malam PN bersama Muhyiddin serta penyerahan watikan ketua bahagian perhubungan PN Selangor.
Sepatutnya 400 wakil PAS hadir meraikan majlis penyerahan watikah dan majlis makan malam bersama Muhyiidn, tetapi yang hadir tidak sampai 40 ahli PAS.

Entah bagaimanakah Muhyiddin dan Takiyuddin akan bersilat nanti untuk mengatakan “ia hanya salah faham”, “PAS reda 8 jawatan Ketua Perhubungan PN”, “Pemimpin PAS tak kisah kerana Bersatu adalah parti Islam,” dan macam-macam dalil lagi.
Apa yang dapat dirasakan akar umbi PAS tetap mahu bersama dengan UMNO daripada bekerjasama dengan ‘pengkhianat’.
*****
Tinggalkan Jawapan