TAUKE KATAK TIDAK BERSEDIA HADAPI PRU15 TAHUN INI

Editorial

4 Okt 2022

Setelah Rang Undang-Undang Akta Anti-Lompat Parti 2022 diluluskan dan dimaktubkan oleh Dewan Rakyat, parti PPBM@Bersatu yang didominasi oleh ‘katak-katak politik’ menjadi kepanasan, apatah lagi setelah beberapa ahli parlimennya meninggalkan parti menjelang PRU15 ini.

Presiden PPBM@Bersatu, TS Muhyiddin Yassin telah disebut dalam afidavit Ahli Parlimen Labuan, Rozman Isli sebagai dalang yang mengugutnya supaya lompat parti dari Warisan ke Bersatu.

Hakikat ini juga diperakui oleh bekas Ketua Polis Negara, YS Hamid Bador apabila dia mendedahkan terdapat rasuah dan ugutan politik terhadap ahli parlimen di Sabah.

Bertambah tertekan apabila agenda tersembunyi Muhyiddin untuk menubuhkan khemah besar bersama-sama dengan PH, Pejuang dan Warisan ditolak mentah-mentah oleh mereka semua.

Beberapa hari ini heboh pula perbalahan Muhyiddin dan Presiden PAS, apabila dia dengan terbuka mendakwa bahawa musuh utama PN adalah BN-UMNO. Kenyataan Muhyiddin itu disanggah oleh Presiden PAS TS Hadi Awang.

Muhyiddin sebenarnya gelabah, malah dia telah mengeluarkan kenyataan bahawa dia akan bersara selepas PRU15 untuk memberikan tumpuan kepada zaman tuanya.

Tafsiran yang tersirat daripada perakuan Muhyiddin itu ialah, dia tidak mempunyai keyakinan akan dapat mempertahankan kedudukannya sebagai ahli parlimen pada PRU15 ini.

Bukan itu sahaja, sahabat baik Muhyiddin semasa berada dalam PH, melabel dirinya sebagai penipu dan pengkhianat yang amat licik sebagaimana dia mengkhianati UMNO dan menikam UMNO dari belakang semasa era pentadbiran DS Najib Tun Razak.

Dia juga menikam PAS dari belakang apabila cuba mewujudkan kerjasama dengan DAP yang majoriti umat Islam tanggapi sebagai ‘kafir harbi’.

Dia juga telah mengkhianati PH dengan komplot dan konspirasi Langkah Sheraton, dan berjaya mengangkat dirinya sebagai Perdana Menteri.

Bukan itu sahaja, sebaik-baik berjaya diangkat sebagai PM dalam kerajaan ‘tebuk atap@pintu belakang’ Muhyiddin juga menendang Tun Mahathir keluar daripada Bersatu.

Muhyiddin adalah tokoh yang amat popular sebagai ‘pengkhianat’ lantas siapakah yang mahu tunduk kepada pengkhianat kecuali parti oportunis seperti PAS.

PAS tahu Bersatu yang ditubuhkan atas saranan pemimpin d’facto DAP, Lim Kit Siang, mendukung matlamat untuk ‘membunuh’ UMNO sebagaimana Amanah ditubuhkan atas saranan Lim Kit Siang juga untuk ‘membunuh PAS’.

Dalam PRU15 nanti sekiranya UMNO-BN kekal untuk bersama dengan PN-Bersatu maka, UMNO tidak akan menentang PAS di DUN atau Parlimen milik tradisi PAS, Bersatu juga tidak akan menentang PAS di kawasan milik tradisi PAS.

Sebaliknya di kawasan milik tradisi UMNO, Bersatu akan menentang UMNO sebagaimana berlaku di PRN Sabah.

Siapakah yang beruntung dalam konteks ini? Tidak lain dan tidak bukan adalah PAS.

Kini walaupun PAS sedar ‘pengkhianat’ seperti Muhyiddin mahu bersekongkol dengan DAP, PAS tetap setia pada Muhyiddin kerana sikap oportunis mereka yang menggunakan Islam sebagai panji perjuangan.

Hakikatnya, perjuangan menegakkan ‘hudud’ telah cair, malah terkini kerajaan Kedah pemerintahan PAS membiarkan konsert liar diadakan di hadapan Masjid Zahir yang amat terkenal di bandar raya Alor Star.

Lantas tidak hairanlah PAS mengecewakan umat Islam apabila mengetepikan Piagam Muafakat Nasional yang menjalinkan ukhuwah antara UMNO dan PAS setelah berpuluh tahun dinodai oleh ‘Amanat Haji Hadi’.

Muhyiddin Yassin hanya mengambil kesempatan dengan menawarkan laba jawatan menteri serta jawatan bertaraf menteri yang tidak pernah wujud sebelum ini.

‘Taukey katak politik’ yang terdesak itu kini menggelupur tanpa hala tuju. Sekejab dia mahu tubuh khemah besar, sekejab dia kata hendak bersara, sedangkan banyak bahagian dan cawangan Bersatu seluruh negara telah dibubarkan.

Hakikatnya PRU10 tahun 1999 pernah diadakan pada 29 November tanpa sebarang masalah.

Musim tengkujuh hanyalah alasan dangkal, kerana di negara empat musim PRU tetap diadakan meskipun semasa ribut salji, yang merupakan mala petaka kepada rakyat.

Hari ini, Ismail Sabri Yaakob berkata, PM mempunyai kuasa untuk mencadangkan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada (PRU15) diadakan.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri satu majlis, Ismail berkata, parti politik lain tidak berhak untuk bersuara dalam perkara itu.

Sebelum ini, pembubaran parlimen tidak pernah dibincangkan secara terbuka. Dahulu PM umum Parlimen akan dibubarkan dan ia menjadi keputusan mutlak untuk dibubarkan.

“Tidak ada perkara seperti parti politik lain memberikan pandangan mereka atau cuba campur tangan,” tegas DS Ismail Sabri.

******

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: