Editorial
3 Oktober 2022
Khalayak media hari ini tersentak apabila ‘orang kesayangan’ Tun Mahathir semasa PH berkuasa dicemuh dan dibidas sebagai ‘kurang ajar’ oleh anak Mahathir sendiri.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang semasa pentadbiran PH adalah Menteri Ekonomi, iaitu DS Azmin Ali, dibidas dan dicemuh oleh Mukhriz Mahathir apabila Azmin mendedahkan bahawa “Mahathir meletakkan jawatan sebagai PM kerana sikap ‘pelupanya.’

Mukhriz yang juga merupakan Presiden Pejuang nampaknya berang dan bebal dengan tanggapan Azmin yang sedemikian, mungkin kerana dihimpit dan ditekan dengan senario politik yang menjadikan bapanya Mahathir tidak lagi popular.
Ketika melancarkan persidangan dan jentera Pilihan Raya parti PPBM (Bersatu) yang hakikatnya adalah parti yang diasaskan oleh Mahathir, telah mendakwa bahawa Mahathir sudah lewah dengan ‘sikap pelupanya’ sehingga menyebabkan dia meletakkan jawatan sebagai PM pada Feb 2020.
Azmin mengeluarkan kenyataan sedemikian selepas mengadakan pertemuan dengan politikus tua itu, baru-baru ini.
Kata Azmin, “Tun Mahathir pun pening, akhirnya dia letak jawatan. Dia panggil saya baru-baru ini, dia kata Azmin apa berlaku di Langkah Sheraton, saya kata tak ada langkah (Sheraton).
“Saya duduk dua jam bersama Tun dan saya kata tidak ada langkah cuma makan-makan sahaja.
“Tun letak jawatan kenapa? Itulah, entah saya lupa,” kata Azmin mengulangi percakapan Mahathir di hadapan lebih 3,000 ahli PN, pada majlis di Shah Alam.
Mukhriz membidas Azmin sebagai ‘penipu besar’ yang wajib ditolak rakyat susulan dakwaannya itu, sebagaimana tercatat dalam Instigram miliknya.
Sikap pelupa (demensia) Mahathir bukanlah perkara baharu, dia pernah tersasul menyebut ‘UMNO’ dalam satu ucapannya, ketika mengumumkan tarikh persidangan tahunan PPBM suatu ketika dahulu.
Mungkin penyakit ‘lupanya’ itu bertambah teruk sekarang sebagaimana sindrom demensia pesakit tua sepertinya.
Sebelum itu, DS Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad telah mendakwa bahawa bekas PM itu sepatutnya bersara dari politik sepenuhnya kerana tidak boleh lagi dipercayai kata-katanya.
Memanglah semasa 22 tahun berkuasa dia disanjung tinggi, malah dilabel sebagai Harimau Asia kononnya dan bangga dikategorikan sebagai diktator terkenal dunia tetapi kini harimau itu sudah tua sehingga lupa siapakah musuh politiknya dan sudi mengangkat Lim Kit Siang sebagai Timbalan PM.

Mahathir telah berjanji dalam manifesto PH bahawa semua lantikan badan perundangan hendaklah melalui persetujuan parlimen tetapi kerana sikap pelupanya itu, dia telah melantik “Tommy Thomas’ sebagai Peguam Negara PH dan Latheefa Koya sebagai Ketua SPRM tanpa dibahaskan dalam parlimen.

Rakan perniagaan matawang dunia yang amat rapat dengannya iaitu George Soros, telah melabelkan Mahathir sebagai si ‘Perasuah yang moron’ apabila membina menara kembar Petronas untuk kemudahan telekomunikasi sedangkan di sebaliknya adalah konspirasi keuntungan sogokan daripada kroni-kroninya.
Soros juga telah mengeluarkan kenyataan yang sungguh memalukan Malaysia di Bangkok Post, “Kamu berani menitiskan air mata buaya semasa Perhimpunan Agung UMNO, sedih kononnya dengan gejala rasuah. Namun kamulah perasuah paling hebat. Seorang pencuri melaung-laung ‘pencuri’ dan berharap orang ramai memandang ke arah lain, sedangkan dialah pencuri sebenarnya.”

Selain itu Mahathir juga telah dikutuk oleh Ahli Parlimen India, Shri Ravindra Kishore Sinha sebagai pemimpin yang ‘mentalnya tidak lagi berfungsi’ yang membenarkan kenyataan media bahawa dia ‘nyanyok’.
Tulisan Ravindra dalam ‘The Capital Post’ melontarkan kritikannya terhadap Mahathir yang telah berulang kali menabur retorik ke atas India, sebagai membuktikan bahawa Mahathir tidak lagi berfungsi dalam keadaan mental yang normal.

Selain itu, DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar juga turut bertitah menyindir Mahathir bahawa zamannya sudah berlalu.
“Dahulu dia sering menyindir orang Melayu sebagai bangsa yang mudah lupa, namun hari ini dia sendiri menunjukkan sifat pelupanya.
“Dulu dia kata pembangkang itu musuh ketat, tapi sekarang sudah boleh duduk semeja dan menjadi kawan rapat.
“Dulu dia kata media barat suka buat cerita, tapi sekarang, cerita media barat dikatanya fakta.
“Jika dia bukan pelupa mungkin ada sedikit nyanyuk akibat faktor usia,” titah baginda.

Lantas, Mukhriz mahupun Mahathir, sedarlah bahawa usia ada hadnya, kudrat fizikal serta nikmat yang Allah berikan juga ada had tempoh fungsinya, sebagaimana yang sering disampaikan oleh ulama, “apabila usia melanjut, orang tua akan bertukar menjadi kebudak-budakan,” selari dengan firman Allah dalam ayat 4 dan 5 Surah At-Tin:

Sebagaimana kata tokoh ekonomi Afrika, MO Ibrahim, “Kemanakah pemimpin tua berusia 90 tahun mahu membawa rakyatnya? Ke kubur?”
******
Tinggalkan Jawapan