KENAPA PH DAN MAJLIS PEGUAM MEMBUTA DAN BISU TENTANG ISU SIASATAN MEMOIR TOMMY THOMAS?

Editor

2 Oktober 2022

Pemimpin PH setakat hari ini masih membisu, terutamanya DAP terhadap hasil siasatan awal Jawatankuasa Siasatan Khas bagi mengupas pendedahan yang telah dibuat oleh Peguam Negara lantikan mereka, Tommy Thomas.

Pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara sejak awal lagi telah membangkitkan kemusykilan dan misteri kerana dia adalah peguambela Ketua Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng yang mencabar kerajaan untuk kembali ke Malaysia, sedangkan semasa Allahyarham Tunku Abdul Rahman menawarkan perdamaian Chin Peng dengan angkuhnya menolak.

Malah dia tidak mahu menerima tawaran pengampunan kerajaan terhadap keganasan dan pembunuhan terhadap tentera, polis dan orang awam yang dilakukan oleh PKM dan terus aktif di hutan menjadi buruan pihak berkuasa.

Selain itu Tommy Thomas adalah peguambela Lim Guan Eng yang sebelumnya merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang juga merangkap Setiausaha Agung DAP dalam kes pembelian ‘Banglow Murah’ yang didapati mengendong kepentingan politik pihak penjual serta salah guna kuasa pihak Ketua Menteri.

Lantas tidaklah mengejutkan apabila kes Lim Guan Eng itu digugurkan oleh Tommy Thomas.

Namun SPRM yang diketuai oleh bekas Ahli Majlis Teringgi PKR, terkejut kononnya, sedanhkan rakyat yang jahil pun tahu tentang muslihat dan putar alam pihak PH.

Tommy Thomas mungkin mahu masyarakat menyokongnya terutamanya pihak pemerintah apabila dia mendedahkan tentang kepincangan kerajaan PH dalam memoirnya “Justice in the Wilderness”.

Tindakannya dilihat sebagai suatu muslihat psikologi supaya nanti masyarakat akan melihat bahawa dia adalah mangsa konspirasi dan jentera konspirasi dalam komplot ‘dakwaan terpilih’ di samping cuba membela bekas pejuang komunis dan ideologi komunisme yang mereka kendong.

Dengan biadapnya dia telah menyelahkan Allahrayham Tun Abdul Razak sebagai pemain utama dalam ‘coup d’tat’ untuk menjatuhkan kerajaan pentadbiran Tunku Andul Rahman melalui 13 Mei.

Hakikatnya Tunku sendiri telah mendedahkan bagaimanakah Mahathir memfitnahnya dan menyebarkan ribuan risalah yang menghina beliau, malah disertai dengan maki-hamun terhadap Tunku Abdul Rahman.

Mahathir telah memfitnah saya – Tunku Abdul Rahman

Malahan rakyat melihat DAP-lah yang bertanggungjawab melalui penyapu besar yang diarak dalam ‘Victory Parade’ dua hari sebelum meletusnya 13 Mei serta tindakan khadam DAP menghalau Datok Harun Idris keluar dari Selangor serta pembunuhan awam di panggung wayang oleh Cina upahan parti pembangkang.

Apa yang boleh diterjemahkan, Tommy Thomas seperti mahu memburukkan lagi reputasi DS Najib, dengan serampang dua mata, apabila dia cuba memperkukuhkan sehala sumpah seranah Mahathir terhadap musuh politiknya.

Sehingga setakat hari ini, sebagaimana diuar-uarkan oleh Ketua Pemuda UMNO Datok Dr Asyraf Wajdi, pemimpin PH masih membisu seribu bahasa berkenaan hasil isasatan Pasukan Petugas Khas memoir Tommy Thomas itu.

Bukan sahaja pemimpin PH, Majlis Peguam yang selama ini bertingkah laku seperti komponen parti PH juga mendiamkan diri, sedangkan merekalah yang banyak bersuara sebagai pejuang kedaulatan undang-undang kononnya.

Walaupun hasil siasatan Pasukan Petugas Khas (PPK) itu telah mendedahkan bukti tentang wujudnya salah laku dan perlakuan yang boleh diklasifikasikan sebagai jenayah yang dilakukan oleh Tommy Thomas, namun konco-konco PH terus membisu dan membuta.

Jika diteliti daripada apa yang dilaporkan oleh pihak media, Tommy Thomas boleh dikenakan tindakan dibawah 4 Akta berbeza termasuk soal campurtangan dalam hal ehwal perlantikan hakim, hasutan, salah guna kuasa dan pembocoran rahsia kerajaan.

Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan agensi penguat kuasa segera melaksanakan siasatan lanjut ke atas Tommy Thomas berhubung pelbagai dakwaan yang terkandung dalam buku yang dihasilkan bekas Peguam Negara itu.

Daripada dapatan pasukan Petugas Khas, siasatan akan dilakukan antaranya di bawah Seksyen 124(I) Kanun Keseksaan iaitu Penyebaran Laporan Palsu; Seksyen 4 Akta Hasutan 1948; Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972; dan Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Di samping itu, meskipun bertentangan dengan kenyataan Peguam Negara lantikan PN, TS Idrus Harus, yang tidak mahu hasil siasatan PPK disebarkan oleh orang ramai, Pemuda UMNO mendesak agar hasil siasatan PPK didedahkan dengan segera.

Terdapat beberapa isu utama yang boleh mengaitkan bekas Peguam Negara itu dengan pelbagai salah laku melibatkan integriti badan kehakiman dan sistem kedaulatan undang-undang negara.

Antara lain isu jenayah, salahguna kuasa serta hasutan yang terbangkit adalah seperti berikut.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: