Editorial
1 Oktober 2022
Peguam Negara lantikan PN, Idrus Harun, nampaknya sama sahaja dengan Tommy Thomas, kerana bertindak seperti dikawal oleh ‘tangan ghaib’ bukannya kerana profesionalisme dan integriti dan dengan jujur dan ikhlas mahu menegakkan kebenaran dan keadilan.
Terkini, adakah dengan arahan PM supaya Tommy Thomas disiasat barulah siasatan akan dijalankan?
Buku memoirnya “My Story: Justice in the Wilderness” banyak mendedahkan salah guna kuasa oleh Tun Mahathir, PM yang melantiknya sebagai Peguam Negara.
Adakah sebagaimana yang dipersepsikan oleh rakyat, segala kejahatan Mahathir juga mahu disembunyikan oleh Peguam Negara lantikan TS Muhyiddin Yassin yang turut mengendong legasi Mahathir?

Rakyat bukannya bodoh dan tertutup saluran maklumat mereka, apabila begitu banyak sekali laporan PDRM yang telah dibuat terhadap Tommy Thomas.
Lebih menjengkelkan, sebagai Peguam Negara lantikan PH, Tommy Thomas adalah ‘kecelakaan’ yang telah secara terang-terangan memperkosa sistem perundangan dan kehakiman negara.

Hari ini setelah pasukan petugas khas melengkapkan siasatan mereka, YAB Perdana Menteri DS Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa mantan Peguam Negara akan disiasat antara lain di bawah Akta SPRM dan Akta Rahsia Rasmi.
Lantas mengapakah PM pula yang harus mendesak siasatan ke atas petualang negara yang buta Bahasa Kebangsaan, dan pastinya juga buta tentang ‘welstanchaung’ masyarakat negara ini yang mahu kebenaran dan keadilan diangkat dan didaulatkan.
Sebagai seorang mantan Peguam Negara, dia tidak langsung menunjukkan etika serta kesantunan dengan jawatan yang disandangnya.
Bagaimanakah seorang peguam bela kepada Menteri Kewangan yang rasuah, dilantik sebagai Peguam Negara.
DYMM SPB Agong sendiri pada awalnya telah menentang pelantikan Tommy Thomas, tetapi terus didesak oleh Mahathir dan konco-konconya dengan muslihat dan agenda yang amat jahat yang akhirnya terdedah dan menjijikkan apabila 15 kes jenayah yang melibatkan konco-konco DAP-PH digugurkan, termasuklah kes rasuah Lim Guan Eng, sebagaimana yang dijangkakan.
Pandailah pula Ketua SPRM yang juga merupakan lantikan politik PH, berlakon terkejut kononnya apabila kes Lim Guan Eng digugurkan.

Manakala Mahathir pula kononnya menyesal melantik Tommy Thomas sebagai Peguam Negara setelah kerajaan PH tumbang.
Catatan Tommy Thomas dalam buku memoirnya itu, boleh diterjemahkan juga sebagai cuba menyelamatkan dirinya, apabila dia membuat perakuan bahawa ‘Mahathir telah mempergunakan mahkamah untuk mengalahkan musuh politiknya’, sebagaimana DS Anwar Ibrahim disumbat ke penjara.
Anehnya juga kerana politik Mahathir juga yang terhegeh-hegeh mengadap DYMM Agong untuk mengurniakan pengampunan kepada Anwar seperti berlangsungnya ‘horse trading’ supaya dirinya diangkat menjadi PM untuk kali kedua dan menjanjikan bahawa Anwar akan menggantikannya setelah dua tahun berkuasa.

Namun dengan jumlah ahli parlimennya yang diibaratkan seperti melukut di tepi gantang, akhirnya Mahathir dikhianati oleh orang kanannya sendiri dalam Langkah Sheraton atau mungkin juga ia hanya satu lagi drama ‘tepi jalan’ untuk menyekat Anwar menduduki kerusi PM.
Peguam Negara Idrus Harun juga dengan tegasnya telah mengeluarkan kenyataan supaya laporan akhir petugas khas siasatan kandungan memoir Tommy Thomas itu dirahsiakan dariada masyarakat umum.
Mengapakah mahu dirahsiakan? Adakah kerana mahu melindungi Mahathir dan konco-konco DAP.
Sekiranya memoir itu sendiri telah dengan lewahnya terdedah kepada masyarakat umum tanpa ada isu untuk diharamkan, mengapakah siasatan ke atasnya hendak dirahsiakan?
Antara lain, dunia sudah tahu bahawa tragedy berdarah 13 Mei adalah berpunca daripada kebiadaban bekas pejuang komunis seperti Lim Kit Siang dan balaci-balacinya yang menghalau Menteri Besar Selangor hanyalah kerana parti pembangkang yang didominasi oleh kaum Cina kekurangan satu kerusi sahaja untuk memerintah Selangor.
Lihatlah dalam perarakan yang dinamakan ‘victory parade’ mereka membawa penyapu besar kononnya mahu menyapu kaum Melayu dari Selangor sama seperti Singapura menyapu kaum Melayu daripada pulau itu.

Kemudian gangster mereka telah membunuh orang ramai yang ‘bukan-Cina’ di sebuah panggung wayang di tengah-tengah KL setelah memberi arahan dalam Bahasa Cina supaya penonton bangsa Cina keluar daripada panggung.
Tapi kontradiknya daripada realiti yang dihujahkan oleh bekas Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman dalam ‘Sebelum dan Selepas 13 Mei’, Tommy Thomas telah dengan jahatnya menuduh Allahyarham Tun Abdul Razak sebagai orang yang bertanggungjawab mahu menjatuhkan Tunku Andul Rahman.
Adakah Tommy mahu mewujudkan ‘demerit’ terhadap anak Tun Abdul Razak yang sedang didakwa di mahkamah atas dakwaan terpilih DAP-PH-Mahathir?

Tommy juga telah mendedahkan peranannya dalam hal melantik Ketua Hakim Negara yang hakikatnya bukanlah ‘senior’ dalam barisan hakim-hakim sedia ada.
Adakah Tommy menulis kerana ‘guilty concious’ atau sebagai langkah menyelamatkan dirinya setelah pelbagai gelagat mahkamah yang dilihat tidak adil terhadap DS Najib Tun Razak?
Adakah tujuannya menelanjangkan kegenjotan Mahathir, Anwar dan Lim Guan Eng kerana dia tahu mereka tidak boleh lagi melindunginya setelah PH tumbang dengan cara yang amat hina, sehingga negara menjadi lintang-pukang, dengan kegenjotan ekonomi serta sistem kehakiman yang amat pincang.
Dia juga cuba menafikan ‘pembunuhan anggota Bomba Adib Muhamed Kassim’ dalam rusuhan penganut Hindu di Kuil Seafield dengan kejanggalan yang amat nyata setelah pakar forensik membuktikan bahawa Allahyarham mati akibat serangan fizikal ke atasnya.
Adakah dia mahu menunjukkan kepada kaum India bahawa dia adalah pembela LTTE supaya kelak dia mendapat sokongan daripada mereka?
Semoga kebenaran dan keadilan dalam sistem perundangan dan kehakiman negara dapat ditegakkan setelah diperkosa oleh manusia laknat seperti ini!
Meskipun PM telah mengarahkan supaya sisasatan dijalankan, namun rakyat masih sangsi apakah ketelusan siasatan itu akan dipertahankan oleh PDRM, SPRM dan Peguam Negara?
******
Tinggalkan Jawapan