Editor
29 Sept 2022
DS Anwar Ibrahim menafikan dakwaan pernah menerima layanan istimewa di penjara, selain menasihatkan pengkritik supaya tidak membandingkan pemenjaraannya dengan bekas Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak.
Namun ramai berpendapat bahawa Anwar hanya pandai putar-belit dan banyak membohongi rakyat dengan egonya, sebaliknya dia berada dalam penjara Sungai buluh bagaikan taiko mafia dalam filem barat.
Dalam satu temubual antara Anwar Ibrahim dengan wartawan, dia mendakwa ketika di penjara Sungai Buluh dia telah menerima nasib yang sama dengan DS Najib.
Dia mendakwa telah dibiarkan tidur di atas simen penjara untuk beberapa minggu. Sehinggalah doktor mengarahkan supaya pihak penjara menyediakan katil kepadanya.
Entah berapa banyaklah dia telah menyogok pihak berkenaan.
Sebagaimana didedahkan oleh MyTV Online, Anwar tidak menipu, cuma kaki kelentong itu, tidak berkata benar.

Memang benar Anwar tidur di atas simen untuk beberapa ketika, tetapi itu berlaku bukan di penjara, tetapi di lokap Ibu Pejabat PDRM, Bukit Aman.
Ketika itu dia telah ditahan reman untuk disiasat di bawah seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.
Semua Orang Kena Tuduh (OKT) yang ditahan di bawah seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah akan ditempatkan di dalam lokap dan bukannya di penjara, manakala dalam lokap PDRM sememangnya tiada sebarang layanan istimewa kepada OKT.
Di bawah seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah, PDRM dibenarkan menahan OKT selama tempoh tidak melebihi 14 hari untuk menjalankan siasatan ke atas OKT kecuali sekiranya Mahkamah membenarkan ia dijamin sehingga prosiding mahkamah selesai membuat keputusan.
Pada Ogos 1997, Anwar berhadapan dengan 5 pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa dan mahkamah telah menolak tawaran ikat jamin untuk Anwar, kerana ketika itu Anwar sudah pun ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Akta ISA itu telahpun dihapuskan semasa DSN berkuasa sebagai PM.

Sumber: https://arkibperbicaraananwaribrahim.blogspot.com/2008/07/pertuduhan.html
Hakikatnya memang tidak ada lokap PDRM di Malaysia yang menyediakan katil untuk OKT meskipun tahanan tokoh politik.
Namun setelah dia dibawa ke Penjara Sungai Buluh, situasi sudah berubah kerana dia telah mendapat bilik istimewa di Sungai buluh dan ini diperakui oleh bekas-bekas banduan Penjara Sungai Buluh.
Pihak penjara Sungai Buluh, sudah pasti akan menafikannya.
Dalam sel tahanan atau ia lebih sesuai disebut sebagai ‘bilik Anwar’ kerana ia berbeza dengan sel banduan lain, Anwar diberikan sebuah sebuah katil hospital bernilai RM5,000, dan di sudut yang lain terdapat pancuran mandi air panas dan sejuk, yang dilitupi langsir untuk memastikan privasi selain menutupi tandas duduk. Sebuah kipas dinding pula menghadap ke sebuah meja tulis.
Adakah banduan yang mengalami masalah kesihatan yang lebih teruk daripada itu akan menerima layanan yang sama?

Demikianlah bilik Anwar di Penjara Sungai Buloh, dan dia tidak dikurung begitu sahaja kerana dia dibenarkan bergerak bebas di koridor sepanjang 50 meter (tidak kepada banduan lain), manakala di luarnya pula, terletak kawasan yang boleh dikunjunginya pada waktu petang untuk berekreasi.
Pihak berkuasa dikatakan tidak melanggar sebarang peraturan untuk menempatkan Anwar, yang mengalami kecederaan bahu yang kronik tetapi tidak mengancam nyawa, akibat kemalangan.
Adakah itu satu kebenaran atau hanya lakonan drama Tamil, kerana Anwar memang pakar dalam bidang lakonan, kepura-puraan, dan putar-belit?
“Kita telah longgarkan banyak peraturan,” kata seorang pegawai kanan Kementerian Kesihatan, yang memberi gambaran tentang sel Anwar.
Pihak Penjara Sungai Buloh juga mengesahkan bahawa sel Anwar dicuci setiap hari bagi memastikan ia sentiasa bersih untuk menafikan tuduhan para penyokong Anwar yang mendakwa pemimpin mereka dikurung dalam sel yang kotor.
Bagi rawatan perubatannya pula, seramai 17 pakar telah merawat Anwar yang pada masa itu mempunyai panel perubatan enam pakar untuk memantau keadaan fizikalnya.
Enam pakar itu, tiga dari Hospital Kuala Lumpur, dua dari Kementerian Kesihatan dan seorang dari sektor swasta, telah dibenarkan memantau dan merawat Anwar.
Berdasarkan rekod, Anwar telah bertemu doktor di Penjara Sungai Buloh sebanyak 78 kali, doktor pakar panel di Penjara Sungai Buloh sebanyak 27 kali dan mengadakan pertemuan fisioterapi di Penjara Sungai Buloh sebanyak 12 kali.
Sementara itu, isterinya DS Wan Azizah Ismail yang juga merupakan tokoh kedua tertinggi PKR dilaporkan telah mendesak supaya Anwar dirawat di luar negara, tetapi terpaksa ditolak oleh pihak penjara.
Menurutnya Akta Penjara 1995 tidak membenarkan banduan dirawat di mana-mana pusat rawatan di luar negara kerana segala keperluan rawatan sedia wujud di negara ini sudah memadai.
Seorang doktor pakar berkata, Anwar dilayan dengan penuh hormat pada setiap masa.
“Malah, kami memberi diet khas kepada beliau termasuk bijirin, madu, kismis dan kurma dengan mengambil kira keadaannya, ” kata beliau.
Pada 1999, Anwar telah dijatuhi hukuman penjara selama enam tahun kerana didapati bersalah atas kesalahan penyalahgunaan kuasa.
Setelah dibebaskan, pada 2008 Anwar lagi sekali dihukum penjara lima tahun kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Lantas, memang benarlah sekiranya Anwar meminta rakyat tidak membandingkan layanan penjara ke atas dirinya dengan DS Najib Tun Razak, kerana dia dipenjara kerana perbuatan yang amat hina, dan dengan putar belit dan lakonannya, dia telah mendapat layan yang istimewa bagaikan taiko mafia.
Hakikatnya DS Najib tidak pandai berlakon dan putar belit apatah lagi menyogok pihak tertentu, malahan ramai percaya dia dipenjara kerana mahkamah dikawal oleh tangan ghaib yang amat dengki dan khianat.
*****
Tinggalkan Jawapan