TOMMY THOMAS LACURKAN SISTEM KEHAKIMAN NEGARA SERTA MENGANCAM STABILITI NEGARA

Editorial

28 Sept 2022

China Press pada Jun lalu menemubual Tommy Thomas, dan dia telah mendakwa Anwar dipenjarakan oleh Mahathir kerana yang dia “berasa terancam oleh kedudukan Anwar”.

Bekas Peguam Negara lantikan PH, Tommy Thomas telah memperakui bahawa Tun Mahathir telah wewenangnya menggunakan mahkamah untuk memusnahkan masa depan musuh politiknya Anwar Ibrahim dalam krisis Mahathir-Anwar 1998.

Dengan pendedahan itu, ramai yang mendesak agar Tommy menjelaskan pendedahannya itu kerana ia dikaitkan dengan pencabulan doktrin pengasingan kuasa demokrasi, antara kuasa eksekutif, perundangan dan hehakiman.

Pencabulan doktrin pengasingan kuasa ini serius kerana dengan kuasa eksekutifnya, Mahathir telah berjaya menyumbat Anwar ke penjara dan ia juga boleh diterjemahkan sebagai suatu ‘penganiayaan’.

Adakah Tommy mengatakan bahawa Mahathir suka memanipulasi sistem kehakiman dan mahkamah untuk memangsakan musuh politiknya?

Tommy yang tidak tahu berbahasa Melayu itu telah dilantik sebagai Peguam Negara oleh Mahathir pada 2018 selepas Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan persekutuan tetapi mengundur diri setelah PH tumbang papada Mac 2020.

Tommy sendiri telah mengaku bahawa pelantikannya sebagai Peguam Negara adalah merupakan ‘lantikan politik,’ bukan berdasarkan merit.

Malah ramai pemerhati dan penganalisis melihat bahawa pelantikan Tommy adalah untuk menyelamatkan ‘Lim Guan Eng’ kerana sebelumnya dia adalah peguambela Lim Guan Eng dalam kes rasuah pembelian banglo, di samping dipergunakannya untuk mendakwa musuh politik Mahathir.

Setelah PH berkuasa, SPRM terkejut apabila Lim Guan Eng dibebas dan dilepaskan begitu sahaja.

Walau bagaimanapun timbul juga bidasan, mengapakah Tommy Thomas tidak memulakan siasatan ke atas Mahathir jika beliau percaya Dr Mahathir telah menggunakan mahkamah, sedangkan dia adalah Peguam Negara?

Dengan pendedahan bekas Peguam Negara itu pada China Press, nampaknya Mahathir juga telah menggunakan mahkamah untuk ‘membunuh’ kerjaya politik DS Najib Razak.

Ia boleh dilihat apabila tuduhan terhadap DS Najib Razak terlaksana seelok-elok PH berkuasa dan Tommy adalah Peguam Negara, meskipun PAC telah memutuskan bahawa dalam kes SRC DS Najib tidak terkait apatah lagi untuk dituduh sebagai bersalah.

Hari ini, banyaklah kepincangan telah terdedah, apabila bekas Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad mendakwa, Mahathirlah orang pertama yang telah mencampuri urusan badan Kehakiman.

Kenyataan Tommy Thomas itu berasas, apabila legasi Mahathir sekarang ke atas badan Kehakiman Negara masih kukuh apabila Hakim Nazlan yang telah menjatuhi hukuman ‘bersalah’ ke atas DS Najib telah terlibat dengan wang sogokan sedangkan dia adalah General Counsel MayBank yang membuktikan terdapatnya ‘konflik kepentingan’ dalam kes yang dihakiminya?

Hakim Mahkamah Tinggi yang sepatutnya menghakimi kes SRC, iaitu Hakim Datok Sophian Abdul Razak telah sekonyong-konyong diganti dengan cara ‘unceremoniously’ dan tempatnya telah diambil alih oleh hakim Nazlan secara misteri.

Buku memoir Tommy Thomas juga dengan terbukanya mendedahkan kepincangan badan kehakiman negara dan membuktikan bagaimana dia telah melacurkan sistem berkenaan.

Petugas Khas yang dibentuk untuk menyiasat kandungan memoir  Tommy Thomas ‘My Story: Justice in the Wilderness’ telah menyarankan supaya Jabatan Audit Negara dan agensi kerajaan menjalankan audit dan siasatan bagi mengesan sama ada terdapat salah laku oleh bekas Peguam Negara, iaitu Tommy Thomas, selain dipertanggungjawabkan ke atas SPRM.

Amatlah aneh apabila beberapa hari lepas Jabatan Peguam Negara (AGC) dikatakan mengesyorkan supaya laporan akhir pasukan petugas khas yang menyiasat dakwaan Tommy Thomas tidak didedahkan kepada umum sebagaimana kenyataan Peguam Negara Idsrus Harun.

Perkara ini dilihat sangat mencurigakan. Adakah Tommy Thomas kebal daripada tindakan undang-undang?

Tidakkah tingkah laku Tommy Thomas merupakan ancaman besar kepada sistem perundangan dan kehakiman negara seakan-akan ia telah dlacurkan kerana laba dan ugutan?

Selain kes Lim Guan Eng yang digugurkan secara misteri, Tommy Thomas juga telah menggugurkan kes 12 orang termasuk dua ADUN DAP yang telah didakwa kerana menyokong kumpulan pengganas antarabangsa Tamil Eelam (LTTE).

Mahkamah Tinggi juga telah membebaskan pakar fitnah PKR,  Rafizi Ramli, terhadap hukuman penjara 30 bulan selepas didapati bersalah mendedahkan empat akaun bank berkaitan kes National Feedlot Corporation (NFC). Tapi dengan wewenangnya Tommy Thomas telah menggugurkan kes Rafizi.

Adakah manusia sebegini dan tangan ghaib di belakangnya harus dibiarkan bebas?

Inilah dia sekiranya dibiarkan DAP yang mendominasi PH berkuasa, sedangkan negara tidak pernah melantik kaum bukan Melayu sebagai Peguam Negara, dan apabila berlaku kelonggaran dalam hal ini, rasuah dan salahguna kuasa menjadi lewah dan menjijikkan.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: