MUDA ADALAH ‘SUGAR BABY’ DAP

Editorial

28 Sept 2022

Analoginya, ‘anak ikan’ adalah lelaki muda simpanan, dipergunakan apabila diperlukan oleh wanita tua, itulah terma popular bagi lelaki muda yang mencari wang demi survivalnya dengan bergantung harap kepada ‘ibu ayam’ atau ‘sugar daddy’.

Ramai golongan muda terkeliru dengan akronim ‘MUDA’ yang sengaja direkacipta untuk mengelirukan mereka bahawa parti Syed Saddiq ini adalah parti politik yang membela dan memperjuangkan golongan muda.

Hakikatnya MUDA atau ‘Malaysian United Democratic Alliance’ adalah idea DAP yang ditubuhkan bukan sahaja untuk dijadikan keldai DAP tetapi MUDA telah mendapat sokongan kewangan dan DAP adalah funder MUDA yang tiada asas kewangan untuk survivalnya.

Daripada nama parti, rakyat boleh tahu ia bukanlah bermatlamatkan ideologi atau falsafah yang mengangkat golongan ‘muda’, sebalik adalah parti yang condong kepada ideologi yang didukung oleh DAP atau ‘Democratic Action Party’.

Jika dia adalah parti ‘United Democratic Alliance’, maka siapakah yang menjadi entiti ‘ally’nya (sekutu) itu, selain daripada Democratic Action Party@DAP?

MUDA sepatutnya diakronimkan sebagai MUD.

Di PRN Johor, MUDA@MUD hanya menang satu kerusi DUN sahaja, itupun atas ikhsan Amanah yang telah didesak dan ditekan oleh DAP untuk mengorbankan kerusi DUN Puteri Wangsa kepada MUDA@MUD.

Semuanya boleh dilihat apabila DAP-PH yang menawarkan kerusi DUN Puteri Wangsa kepada MUDA@MUD, yang majoritinya adalah pengundi kaum Cina 49.95% (31,142), manakala Melayu 38.6% (24,066), India 10.38% (6472) manakala 1.07 % (667) adalah kaum lain.

Apabila calon MUDA@MUD telah mendapat 22,884, amat jelas sekali majoriti yang memilih MUDA@MUD adalah sebahagian besarnya kaum Cina atau bangsa DAP dan selebihnya pergi kepada MCA dan Gerakan.

Lantas, amatlah salah untuk membuat kesimpulan bahawa MUDA@MUD telah mendapat sokongan golongan pengundi muda, apatah lagi kaum Melayu, sedangkan yang menyokongnya adalah bangsa DAP.

Lihatlah siapakah yang menjadi peguambela Syed Saddiq kalau bukan peguam DAP?

Lihatlah dan tanyalah kenapa Saddiq menjadi pencadang kepada calon DAP Liew Chin Tong, semasa PRN Johor?

Adakah DAP ketandusan tokoh untuk dijadikan pencadang oleh dia diajadikan umpan ‘anak ikan’ untuk tarik pengundi Melayu.

Dalam kes salahguna dana organisasi dan pecah amanah, Saddiq memerlukan sekurang-kurangnya RM50 ribu setiap kes untuk khidmat peguam, maka dia memerlukan RM100 ribu untuk dua kesnya itu.

Tiada jalan lain lagi kecuali menjadi ‘pelacur’ kepada DAP bagi mendapatkan ikhsan, selali memohon bantuan orang awam untuk mengumpul wang membiayai bayaran guaman.

DAP pula amat sedar bahawa Amanah sudah tak boleh diharapkan untuk membantu Pakatan Harapan (PH) meraih undi orang Melayu kerana Mat Sabu adalah penguikut Syiah yang dipercayaai salah dan haram dari aspek kepercayaan Ahli Sunnah Wal Jumaah.

Dengan itulah MUDA@MUD menjadi altenatif DAP kerana MUDA@MUD yang terdiri daripada barisan anak-anak muda Melayu yang liberal berjaya didaftarkan sebagai sebuah parti baru, membuatkan DAP nampak peluang baru untuk mereka meraih keuntungan.

Namun hakikatnya MUDA@MUD bersembunyi di sebalik akronim MUDA, sedangkan mereka adalah ‘anak ikan’ atau ‘sugar baby’ kepada DAP yang mendambakan sokongan kaum Melayu.

Presiden Amanah, Mat Sabu bukan lagi singa garang tapi sudah bertukar jadi gajah tua hilang gading yang tidak boleh DAP harapkan lagi.

Semasa menjadi Menteri Pertahanan Negara, Mat Sabu dilabel sebagai Menteri Pertahanan ‘terbodoh dunia’ dari aspek latar akademik dan ilmu ketenteraan. Dia hanya pandai memasak, itu pun menjadi pelajar gagal semasa di ITM suatu ketika dahulu.

Dengan itu DAP terpaksa mencari keldai muda agar lebih ligat dan pantas, tetapi lebih bodoh untuk diperkudakan.

Dengan kata-kata lain, DAP mahukan kuda muda Melayu yang kuat, bertenaga dan senang dipengaruhi seperti orang muda dalam MUDA@MUD untuk mereka perbodohkan kaum Melayu.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: