Editorial
26 Sept 2022
Tun Mahathir nampaknya tidak berani hendak mendabik dada mengisytiharkan bahawa dia juga adalah reformis sebagaimana reformisnya Anwar Ibrahim.
Lantas dia menggunakan anaknya Mukhriz sebagai ‘kakak tua’ untuk menegakkan benang basah bagi menentang kenyataan DS Anwar Ibrahim bahawa Mahathir adalah parasit dalam PH semasa dia berkuasa, kerana dia bukan reformis.

Mukhriz beria-ia mencanangkan bahawa bapanya juga adalah reformis sebagaimana ditunjukkan melalui Wawasan 2020.
Namun dungu dan bebalnya Mukhriz, dia tak nampak bahawa Wawasan 2020 adalah dasar yang gagal.

Aapa majunya negara dengan Wawasan 2020, apabila negara menghadapi Covid19 dengan begitu kalut dan kelam kabut, sehingga ekonomi rakyat yang tidak seberapa itu terus melingkupkan periuk nasi mereka.
Jika Mahathir benar-benar berjaya ‘mereformasikan’ negara melalui Wawasan 2020, kegenjotan ekonomi sedemikian tidak akan berlaku.
Semasa 22 bulan dia berkuasa, apakah yang telah dilakukan oleh Menteri Kewangan@Kewayangan Lim Guan Eng, kecuali menjual aset negara, membatalkan projek ‘reformasi ekonomi negara’ yang digerakkan oleh DS Najib, dan kemudiannya berhutang sana-sini sebagaimana terlihat melalui ‘bon Samurai’.

Reformis apa, apabila Mahathir suruh rakyat ikat perut menahan lapar, dan kemudian menghina rakyat sebagai pemalas?
Reformis apa apabila dia membatalkan GST dan menggunakan sistem cukai lapok SST, sedangkan 160 di seluruh dunia telah melakukan reformasi pencukaian melalui GST di seluruh dunia bagi mengekang pembelotan cukai golongan kapitalis?
Apakah reform yang Mahathir telah buat?
Semasa 22 tahun berkuasa, dia gunakan ISA untuk memenjarakan musuh politiknya, lihat sahaja Operasi Lalang pada 27 Oktober 1987, sehingga tokoh intelektual sperti Dr Chandra Muzaffar yang merupakan intektual OKU, pun dia tahan selain Mat Sabu, Karpal Singh, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Ibrahim Ali, Dr Kua Kia Soong, dan sejumlah 106 aktivis politik yang lain.

Untuk menutup kesalahan dan dosanya, dia berlakon pula sebagai orang yang bertaubat dan bersama-sama dengan kumpulan pembangkang pada 2018, kononnya mahu menetang UMNO, sedangkan UMNO yang mahu ditentang itu adalah legasi korup, nepotisme, kronisme dan hasil kediktatorannya sebagai pemimpin kuku besi.
Tapi siapakah PM yang telah menghapuskan ISA?
Mahathir juga gunakan ISA untuk tutup suara media yang mahu berkongsi keluhan rakyat.
Pada era Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak, ISA digunakan untuk menyekat anasir subversive komunisme, tapi nampaknya Mahathir telah menggunakan ISA wewenangnya seperti gerakan sulit GESTAPO German untuk hapuskan musuh politiknya.
Reformis ke seperti itu, sekiranya menentang suara rakyat?
Kemudian pada era pemerintahan authoritarian (diktator@kuku besi) Mahathir, dia juga menggunakan AUKU untuk mengekang aktiviti Mahasiswa untuk menyampaikan pandangan mereka terhadap kegenjotan kerajaan. Namun semasa bersekongkol dengan DAP dalam kerajaan PH, Mahathir terpaksa akur dengan DAP untuk meminda AUKU.

DS Najib jugalah yang telah menghapuskan ISA setelah lebih 80 tahun dipergunakan sejak era penjajah British lagi. Bukan itu sahaja, DS Najib juga telah membebaskan tahan ISA legasi diktator bernama Mahathir.
DS Najib juga telah mengekang AUKU supaya Mahasiswa boleh menyampaikan wacana politik mereka secara bebas tetapi berhemah.
Itu baru dikatakan reformis tanpa berlu melalak-melolong di tengah jalan dan merosakkan harta benda awam sebagaimana perbuatan aktivis PKR dan BERSIH.
Sekarang Mahathir menggunakan mahkamah untuk ‘membunuh’ pengkritik serta politikus yang tidak mahu dijadikan keldainya.
Hal ini telah diperakui oleh Peguam Negara lantikannya iaitu Tommy Thomas. Mahu tidak mahu Mahathir terpaksa pula mengaku dia sudah tersilap melantik Tommy Thomas setelah rakyat lihat DAP telah menggunakan Peguam negara yang tak tahu berbahasa Kebangsaan itu membebaskan Lim Guan Eng dan 15 lagi tokok-tokoh PH daripada kes jenayah termasuk aktiviti pengganas anatarabangsa LTTE.
Kalau benar reformis kenapa masih kaitkan isu kafir-mengkafir untuk raih sokongan kaum Melayu-Islam?
Sepatutnya sebagaimana tindakan UMNO-PAS, Mahathir gunakan ikatan ukhuwah Islam untuk menyatukan umat Islam. Tapi nampaknya dia masih menggunakan propaganda ala komunis untuk pecah-belahkan umat Islam supaya suara umat melayu-Islam menjadi lemah.
Reformis apakah yang Mahathir mahu tunjukkan apabila dia menubuhkan Bersatu kemudian Pejuang@PETAI kemudian GTA@GATAI, kenapa?
Tidak lain dan tidak bukan kerana dia sudah kehilangan sokongan kaum Melayu, dan kini amat berharap sokongan daripada India Muslim (IMAN) yang sama DNA dengannya.

Situasi politik hari ini, apabila dalam sepenggal sahaja 3 PM silih berganti, adalah kerana tindakan bodoh Mahathir serta hilangnya pengaruhnya dalam PH, serta kepimpinan politik Melayu.
Begitu mudahnya Mahathir ditumbangkan melalui Langkah Sheraton oleh orang kananya sendiri. Bayangkanlah, orang kanannya sendiri menikamnya dari belakang. Bukan itu sahaja, setelah PH jatuh, Mahathir ditendang keluar dari Bersatu, dan sehingga kini terkial-kial dengan hanya sokongan 4 ahli parlimen sahaja (2% daripada jumlah 222 ahli dewan rakyat).
Itukah sifat reformis?
Nampaknya setelah Mahathir dikritik kerana isu kafir-mengkafir apabila dia mengelarkan kenyataan PAS kafir dan UMNO juga kafir, kini anaknya mahu menarik perhatian aktivis reformasi dengan menjaja bahawa Mahathir adalah ‘reformis’ kononnya.
Reformis apa dengan usia 97 tahun? Ke mana Mahathir mahu membawa rakyat dalam usianya sedemikian? Ke kubur?
******
Tinggalkan Jawapan