AKHIRNYA TERHAMBUR DARI MULUT MUHYIDDIN, BN ADALAH MUSUH UTAMANYA

Editorial

25 September 2022

Isi hati Presiden Bersatu (PPBM) juga merangkap Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin, terhambur juga akhirnya setelah dia membuat kenyataan bahawa BN adalah musuh utama.

Hakikatnya sebagaimana didedahkan oleh Dtk Hamidah Osman yang merupakan bekas Naib Presiden Bersatu, Bersatu ditubuhkan atas idea Lim Kit Siang kepada Tun Mahathir untuk membunuh UMNO.

Bukan itu sahaja, sebagai kesan rantaian (chain effect), kenyataan Muhyiddin juga mengheret semua parti dalam PN supaya menanggapi BN sebagai musuh utama mereka.

Sekiranya BN musuh utama Muhyiddin, maka UMNO juga adalah musuh utama Muhyiddin, kerana UMNO-lah peneraju kepada BN.

Lantas oleh kerana PAS adalah sekutu tegar PN, maka PAS juga terheret untuk memusuhi UMNO dan dengan itu bertambah pudar dan malap jalinan PAS-UMNO dalam Muafakat Nasional sekiranya PAS tunduk dan patuh kepada kehendak dan arahan Muhyiddin.

Tetapi siapakah Muhyiddin sehingga PAS perlu tunduk kepadanya?

Muhyiddin mahu semua komponen PN sepakat untuk menjadikan BN musuh utama, ibarat di tengah-tengah medan perang, Muhyiddin terus menembak rakan sepasukan dalam kubu sendiri.

Selepas ini, tidaklah diketahui apakah pendirian yang akan diambil oleh PAS?

Muhyiddin sedar bahawa pendiriannya itu mungkin mendapat tentangan daripada parti-parti komponen PN, maka dengan tegas juga dia mahu “parti-parti dalam PN selain Bersatu tidak sepatutnya membuat kenyataan atau menyatakan pendirian yang bertentangan antara satu sama lain.

Musuh yang sedang menembak bertubi-tubi ke arah Bersatu dan PN tidak mahu diendahkan atau dipedulikan oleh Muhyiddin sebagaimana katanya “Saya tak nak bincang soal Pakatan Harapan, itu hal dialah.

“Kita dalam PN sudah ada kesepakatan, antara perkara disepakati ialah saya nak sebut di sini, bahawa musuh utama kita tidak lain adalah BN.”

Ia menjadi dilema kepada Muhyiddin kerana selama ini, terdapat pemimpin PAS yang mahu TS Hadi Awang meneliti semula, parti manakah yang seharusnya menjadi rakan kerjasama antara Bersatu dan UMNO, sedangkan tempoh hari ahli parti masing-masing mengalirkan air mata syukur setelah dua parti yang bermusuhan sehingga membawa kepada solat dua imam, penceraian suami isteri, perbalahan sanak-saudara dan macam-macam lagi, terlerai dengan piagam ‘Perpaduan Ummah’.

Muhyiddin juga amat gelabah memikirkan hubungan PAS-UMNO apabila dia mempersoalkan “Adakah UMNO pun setuju akan peluk mereka (PAS) dan teruskan Muafakat Nasional? Itu saya kurang pasti.”

Malahan ada dalam kalangan pemimpin PAS merumuskan bahawa Hadi Awang sudah membuat kesilapan besar apabila mengetepikan Muafakat Nasional dan memilih Perikatan Nasional, sedangkan Muhyiddin sudah dijenamakan sebagai ‘pengkhianat’ bukan sahaja kepada PH dan UMNO, bahkan kepada PAS sendiri apabila Muhyiddin mengadakan perbincangan sulit dengan musuh politik PAS seperti DAP melalui komplot ‘Langkah Carey’ untuk membina ‘khemah besar’.

Muhyiddin ditendang keluar daripada UMNO bukan kerana UMNO membencinya tetapi kerana sifat khianatnya yang dia pelajari daripada Tun Mahathir.

Namun Mahathir juga tertipu dengan si pengkhianat itu melalui Langkah Sheraton. Tetapi kelemahan Muhyiddin telah menyebabkan kerajaan ‘tebuk atapnya’ hanya bertahan 17 bulan sahaja.

Mungkin banyak faktor yang telah menggelegak dalam hati nurani Muhyiddin, terutamanya apabila rakyat lebih melihat kegagalannya daripada kegagalan Ismail Sabri.

Dia juga terbakar apabila Ismail Sabri menolak tuntutan jawatan TPM, malah jawatan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Zuraida Kamaruddin sendiri dipertahankan oleh Ismail Sabri dan tidak mempedulikan tuntutan Muhyiddin untuk dikembalikan kepada Bersatu.

Selain kekalahan teruk Bersatu di PRN Melaka dan Johor, Muhyiddin juga jengkel apabila DS Ahmad Zahid Hamidi dibebas-lepas oleh Mahkamah Tinggi, dan kemungkinan besar tidak akan dibawa ke Mahkamah Rayuan, sedangkan Muhyiddin amat berharap agar Zahid dipenjarakan.

Kegagalan calon Muhyiddin mempertahankan DUN Bukit Gambir Johor dan dimenangi calon UMNO, juga merupakan suatu tendangan maut ke mukanya sendiri.

Akta Anti-Lompat Parti yang baharu sahaja dimaktubkan oleh parlimen juga menjadi tamparan kepada Muhyiddin kerana barisan rakan-rakannya dalam parti adalah ‘katak-katak’ belaka.

Bagaimanakah mereka akan bertapak sedang mereka menang atas tiket BN-UMNO pada PRU14, jika tidak pun atas tiket PKR?

Cuma ironinya, Muhyiddin pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia akan bersara selepas PRU15, lantas mengapakah masih mahu menghunus senjata?

Dengan itu, rasional kebencian Muhyiddin terhadap BN-UMNO bukanlah sangat atas kemarahan dan kebenciannya terhadap UMNO yang telah berjasa mengangkat kerjaya politiknya, tetapi sebaliknya lebih kepada rasa kecewa yang amat sangat atas segala kemelut politik yang menimpa dirinya.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: