Editorial
24 Sept 2022
Komplot dan konspirasi ‘dakwaan terpilih’ PH yang dipelopori Dr Mahathir bermula dengan jelasnya seelok-elok PH berkuasa setelah memenangi PRU14 pada 8 Mei 2018.
Pada 4 Jun 2018, tanpa berlengah Tommy Thomas yang merupakan peguambela Lim Guan Eng dalam kes rasuah pembelian ‘Banglo Murah’ dengan tuduhan salah guna kuasa, telah dilantik sebagai Peguam Negara.

Pada 1 Jun, Ketua Biro Hal Ehwal Undang-Undang PKR, Latheefa Koya telah dilantik sebagai Ketua SPRM oleh kerajaan PH. Latheefa adalah berketurunan Kerala, India, sama seperti keturunan datuk kepada Mahathir Mohamad.
Pada Mei 2019, pegawai tinggi PDRM yang sudah bersara, iaitu TS Hamid Bador telah dilantik sebagai Ketua Polis Negara oleh Mahathir bagi memperkukuhkan strateginya untuk ‘dakwaan terpilih’ ke atas pemimpin politik yang tidak mahu tunduk kepada kehendaknya.
Kemudian atas nasihat Tommy Thomas, Tengku Maimun Tuan Mat dilantik sebagai Ketua Hakim Negara, bagi melengkapkan pakej konspirasi Mahathir dalam strategi ‘dakwaan terpilih’.

Dalam agenda Mahathir, mereka itu semua telah dilantik bukan atas merit profesyen mereka, sebaliknya adalah atas muslihat dan kapasiti politik.
Lihat sahaja bagaimanakah Tommy Thomas yang tidak tahu berbahasa kebangsaan dilantik sebagai Peguam Negara, dan hal ini diperakuinya setelah PH tumbang, bahawa dia adalah lantikan politik, dengan makna bahawa dia terikat dengan agenda politik Mahathir.
Begitulah juga dengan Latheefa Koya yang merupakan pemimpin tertinggi PKR yang dilantik sebagai Ketua SPRM supaya dakwaan-dakwaan yang lemah ‘prima facie’ menjadi senjata untuk menjatuhkan UMNO-BN yang amat Mahathir dendam dan menjadi sasarannya.

Kejutan pertama yang dibuat oleh Tommy Thomas ialah pada 2 Sept 2018 apabila dia menggugurkan kes rasuah pembelian ‘Banglow’ Lim Guan Eng yang telah menyebabkan banyak pihak terkejut sedangkan kes yang hampir sama melibatkan bekas MB Selangor iaitu Khir Toyo telah menyebabkan dia dipenjara 12 bulan.

Mahathir amat marahkan DS Najib kerana enggan tunduk kepada arahannya untuk dijadikan keldai politiknya dengan matlamat mengangkat anaknya Mukhriz sebagai bakal PM.
Konspirasi Mahathir untuk menjatuhkan DS Najib terbongkar sedikit demi sedikit, setelah Hakim Nazlan Mohd Ghazali ditukarkan dengan penuh muslihat menggantikan Hakim Sophian Abdul Razak, untuk menghakimi DS Najib di Mahkamah Tinggi, sedangkan Nazlan tiada pengalaman dalam kes jenayah.
Kemudian terbongkar kes Nazlan yang mempunyai ‘konflik kepentingan’ apabila dia adalah Counsel Lawyer dan terlibat sebagai pengurusan tinggi Kumpulan MayBank yang menjadi teraju kepada pinjaman modal syarikat SRC International.
Mahathir juga berdendam dengan DS Dr Ahmad Zahid Hamidi, kerana enggan meninggalkan UMNO apatah lagi untuk mengikut kehendaknya supaya UMNO dibubarkan.

Selain itu Mahathir telah menggunakan semua jentera perundangan dan kehakiman untuk mengugut pemimpin UMNO dan juga PKR supaya melompat ke parti Bersatu.
Ketika PH berjaya menumbangkan BN-UMNO dengan janji palsu, fitnah dan pembohongan, Bersatu hanya mempunyai 13 ahli parlimen sahaja, tetapi meningkat kepada 26 kerusi sebelum PH tumbang pada 2020 kerana terdapat katak politik yang melompat masuk.
Komplot mengugut ahli parlimen ini menjadi legasi Mahathir yang diteruskan oleh Muhyiddin Yassin bagi memperkukuhkan parti Bersatu setelah Mahathir ditendang keluar seelok-elok selepas komplot ‘Langkah Sheraton’.
Hakikat ini didedahkan oleh bekas KP Hamid Bador dan contoh yang amat nyata telah dilaporkan oleh Ahli Parlimen Labuan Rozman Isli dalam afidavitnya.
Rozman yang merupakan Ahli Parlimen Warisan, mendedahkan bahawa dia diugut oleh orang-orang Muhyiddin Yassin termasuk pegawai SPRM supaya melompat ke parti Bersatu.
Orang awam dan pemerhati politik, tertanya-tanya adakah Ahmad Zahid Hamidi dibebaskan dan dilepaskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam dalam kes VLN (Visa Luar Negara), kerana bukan Zahid sahaja yang disogok oleh UKSB, tetapi juga Mahathir setelah saksi ke-17 kes mendedahkan bahawa PM ke-7 itu juga disogok sebagai sumbangan politik sejumlah RM2.6 juta melalui anak saudaranya TS Rahmat Abu Bakar.

Selain Mahathir, TS Muhyiddin Yassin juga telah menerima RM1.3 juta, manakala pemimpin UMNO yang kini merupakan Menteri Kabinet PN juga telah menerima sogokan selain Mohd Shafie Apdal, Anifah Aman, Chan Kong Choy dan Ong Ka Chuan yang juga turut disogok oleh pihak UKSB (Ultra Kirana Sdn Bhd) secara langsung atau melalui proksi.
Selain itu skandal ‘PAS Leaks’ telah mendedahkan bahawa konco-konco Muhyiddin mahu kes terhadap DS Najib Tun Razak, dan DS Ahmad Zahid Hamidi disegerakan sebelum PRU15, untuk menghancurkan reputasi UMNO-BN.

Situasi campur tangan politik PH dan kini PN sebagai gagasan Hybrid PH yang turut mengendong legasi Mahathir, masih amat bahaya kepada UMNO-BN kerana Peguam Negara adalah lantikan Muhyiddin dan Ketua Hakim Negara masih merupakan lantikan Mahathir, manakala Menteri Undang-Undang dan Ketua Polis Negara adalah lantikan Muhyiddin.
Apabila DS Ismail Sabri dilantik sebagai PM, banyak kuasanya disekat oleh perjanjian dengan Muhyiddin, manakala pemimpin yang dilantik oleh Muhyiddin tidak boleh ditukar atau diganggu oleh Ismail Sabri.
Dengan sebab itulah PRU15 mesti disegerakan supaya penganiayaan perundangan dan kehakiman seperti yang dihadapi DS Najib kerana tindakan ‘pilih bulu’ oleh mahkamah persekutuan dapat dielakkan.

Walau bagaimanapun rakyat sedang menunggu adakah Peguam Negara lantikan Muhyiddin Yassin akan membawa kes Zahid ke Mahkamah Rayuan pula kerana penganiayaan terhadap Zahid belum lagi memuaskan dendam Mahathir?
*****
Tinggalkan Jawapan