PEMIMPIN PH SALAHKAN MAHATHIR ATAS KEGAGALAN KERAJAAN 22 BULAN

Editorial

23 Sept 2022

Presiden PKR, juga merangkap Pengerusi Majlis Presiden PH, DS Anwar Ibrahim serta pemimpin lain dalam PH telah menyalahkan Tun Mahathir kerana kegagalan mentadbir urus negara sehingga kecundang hanya setelah memerIntah 22 bulan.

Bukan pada garis masa itu sahaja, malahan sehingga kini pun rakyat lebih cenderung untuk melihat BN kembali berkuasa.

Anwar menterjemahkan Mahathir sebagai pemimpin yang tidak mahu membawa perubahan dalam PH, malahan dia tidak dapat menerima prinsip ‘reformasi’ terutamanya dalam hal hubungan kaum dalam pluralisme sosial di Malaysia.

Persoalannya bagaimanakah Mahathir boleh mendukung perubahan paradigma yang terkandung dalam prinsip ‘reformasi PKR’ sekiranya reformasi itu sendiri diwujudkan untuk menentang Mahathir?

Anwar seperti diserang demensia (pelupa) apabila dia menjerit-melolong di jalanan menggerak anak muda menentang Mahathir setelah dia ditendang keluar dari kabinet Mahathir pada 1998.

Mahathir masih mahu menggunakan isu perkauman untuk mendapat sokongan Melayu, tetapi dia lupa bahawa dalam PH ada DAP yang lebih suka kepada dogma ‘Malaysian Malaysia’ yang menuntut supaya status ‘Melayu-Bumiputera’ itu dihapuskan dan melayani semua kaum sama-rata.

Sekaligus pada hakikatnya DAP mahu mengubah peruntukan dan klausa-klausa yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

Bukan itu sahaja, buku ‘The Armies of God: A Study in Militant Christianity’ tulisan Buchanan, mendedahkan bagaimanakah politik yang melibatkan pemimpin DAP di Malaysia cuba membentuk pasukan militan untuk menjadikan Malaysia sebuah Republik Evangelis-Zionis.

Sungguh ironi meskipun Mahathir mahu diangkat sebagai ikon pembela hak Melayu, dia juga telah mengutuk kaum Melayu dengan penghinaan sebagaimana dalam Kongres Maruah Melayu sekalipun.

Dia mengutuk kaum Melayu sebagai pemalas, sedangkan dalam hidup manusia Melayu itu, kekayaan bukanlah destini hidup, sebaliknya amal ibadah yang boleh menjamin mereka di akhirat.

Bagaimana Mahathir hendak mengangkat kejujuran dan keikhlasannya bersama PH yang didominasi DAP sedangkan dia hanya berpura-pura sebagai sekutu DAP yang menjadi musuh politiknya sejak awal lagi, bagi mendapatkan sokongan kaum Melayu.

‘Denial Syndrome’ dalam diri Mahathir amat lewah daripada menyelesaikan masalah secara bijaksana.

Dia menyalahkan kemerosotan graf ekonomi kerajaan PH sebagai kelemahan kerajaan BN terdahulu, sehingga dia mahu rakyat mengikat perut, sedangkan dia biarkan kroni-kroni kapitalisnya mencekik leher rakyat melalui ‘bailout’ syarikat mega dengan menggunakan wang rakyat.

Dia membiarkan DAP memperbaiki ekonomi negara melalui penjualan aset GLC kerajaan, sedangkan rakyat mahu keuntungan GLC dikongsi bersama dengan rakyat.

Apalah gunanya pengundi memilih kerajaan yang mengabaikan ekonomi rakyat, sedangkan Mahathirlah yang menggerakkan dasar negara maju dan ‘rakyat berpendapatan tinggi’ melalui Wawasan 2020.

Mahathir juga telah meletuskan konflik kepimpinan dalam  PKR apabila melantik Azmin Ali sebagai Menteri Ekonomi, sedangkan nama Azmin tiada dalam senarai PKR.

Ramai ahli PH melihat ini sebagai langkah menolak Anwar Ibrahim sebagai calon PM sedangkan rakyat amat kecewa dengan pelantikan Azmin kerana kes Semburit Sandakan masih panas.

Namun Anwar juga harus ingat bahwa kerana kes liwat, dia telah diheret ke penjara.

Mahathir sering berdolak-dalik tentang peralihan kuasa kepada Anwar, pada awalnya dia berjanji menyerahkan kuasa setelah dua tahun PH berkuasa, kemudiannya berubah kepada ‘mungkin tiga tahun’ atau lebih.

Pemimpin PH bosan dengan Mahathir dan merancang supaya Mahathir ditendang dari PH lebih-lebih lagi apabila dia menarik Ahli Parlimen UMNO melompat masuk Bersatu melalui ugutan ‘dakwaan terpilih’.

Namun segala perancangan PH telah dihidu oleh TS Muhyiddin Yassin, yang sememangnya merupakan pengkhianat politik yang tebal dalam DNA-nya.

Akhirnya segala kemelut politik Mahathir-PH selesai melalui ‘Langkah Sheraton’ yang menyaksikan Mahathir bukan sahaja tersungkur sebagai PM Pakatan Harapan, malah ditendang keluar dari Bersatu (PPBM).

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: