MUHYIDDIN SEPERTI MELUDAH KE LANGIT APABILA DAKWA PM ISMAIL SABRI GAGAL

Editorial

20 Sept 2022

Baharu sahaja minggu lepas, Menteri Kewangan Tengkul Zafrul mengumumkan dan menjelaskan bahawa ekonomi negara berada pada tahap yang stabil.

Malah Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yakin dengan potensi pertumbuhan ekonomi Malaysia, manakala agensi penarafan terkemuka global seperti S&P Global Ratings telah membuat semakan semula prospek penarafan hutang negara kepada ‘stabil’ berbanding ‘negatif’ setelah pemulihan ekonomi negara berada dalam landasan yang kukuh.

Tengku Zafrul juga menjelaskan bahawa asas ekonomi negara adalah mantap dengan perangkaan terkini menunjukkan ekonomi negara berkembang kukuh pada suku kedua 2022 sebanyak 8.9 peratus, kadar pengangguran juga berkurangan, sekali gus menunjukkan pemulihan pekerjaan dan kadar inflasi juga terkawal.

Lantas mengapakah TS Muyiddin Yassin yang merupakan Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf Menteri, sibuk menjaja bahawa kerajaan pentadbiran DS Ismail Sabri gagal menguruskan ekonomi serta gagal mentadbiran negara dengan baik?

Muhyiddin seperti membuka pekung di dada apabila merungut tentang soal ekonomi, sedangkan dia adalah Pengerusi Majlis Pemulihan Negara.

Lantas kritikannya yang menyatakan bahawa PM Ismail Sabri telah gagal dalam soal pentadbiran negara, diibaratkan seperti meludah ke langit.

Lebih ironi dan bertentangan dengan kenyataan Menteri Kewangan, Muhyiddin menyarankan agar PRU15 diadakan segera, sedangkan sebelum ini, dia lantang menggesa sebarang keputusan PRU15 hendaklah dengan konsensus dirinya sebagai Pengerusi Perikatan Nasional.

Sebagaimana yang riuh dalam media, Muhyiddin dilaporkan rela PRU15 diadakan segera kerana Perdana Menteri telah gagal mengurus ekonomi dan mentadbir negara dengan baik. 

Muhyiddin menegaskan PRU15 akan membolehkan sebuah kerajaan baharu yang lebih cekap, prihatin dan bebas rasuah dipilih oleh rakyat. 

Apa yang dapat diterjemahkan, kenyataan Muhyiddin Yassin hanyalah merupakan dakyah untuk membina persepsi bahawa sekiranya PRU15 diadakan dengan segera, maka dialah wira yang menjadi kuasa pendesak agar PRU15 disegerakan.

Rasional utama yang mahu disinkronkan dengan ‘desakannya’ ialah kegagalan kerajaan menangani masalah ekonomi, kejatuhan nilai ringgit, inflasi dan kenaikan kadar pengangguran.

Muhyiddin juga cuba menangguk di air yang keruh apabila membangkitkan soal rasuah di tengah-tengah rakyat sedang bersedih dengan ‘penghakiman yang tidak adil’ ke atas DS Najib.

Muhyiddin lupa bahawa dia juga berada dalam radar SPRM dalam kes 1BestariNet, malah Tun Mahathir yang merawariskan legasi pemerintahan korupnya kepada Muhyiddin juga kini sedang menggelabah apabila kes bekas Gabenor Bank Negara, Jho Low serta rakan-rakan sekongkol Mahathir seperti Daim Zainuddin, Mohamad Noor Yaakop dan Tommy Thomas, sedang dalam perhatian SPRM.

Bagaimana pula apabila Ahli Parlimen Labuan Rozman Isli dalam afidavitnya melaporkan bahawa orang-orang Muhyiddin dan SPRM mengugutnya supaya melompat ke Bersatu sekiranya tidak mahu didakwa?

Hakikatnya adakah Muhyiddin juga gelabah apabila tiga hari lalu PM Ismail Sabri telah meyakinkan perwakilan UMNO-BN bahawa parlimen akan dibubarkan dalam sedikit masa lagi?

Malahan pengumuman PM itu dibuat dalam Majlis Pelancaran Jentera Pemuda Barisan Nasional bersama dengan Presiden UMNO DS Ahmad Zahid Hamidi.

Konflik dalam UMNO yang dijaja oleh Bersatu menjadi amat tidak relevan apabila Ismail Sabri berpelukan dengan Presiden UMNO di atas pentas.

Desakan PN supaya urusan pembubaran parlimen diperbincangkan dengan pemimpin PN, seperti tidak dipedulikan oleh PM, malahan tuntutan jawatan TPM yang hakikatnya adalah tuntutan Bersatu, juga tidak dilayan oleh Ismail Sabri.

Perkara yang amat ironi ialah apabila Muhyiddin telahpun mengumumkan bahawa dia terpaksa bersara selepas PRU15 nanti untuk lebih selesa bersama anak-cucu.

Apa yang diterjemahkan oleh khalayak media ialah Muhyiddin sudah mengisytiharkan bahawa dia akan kalah pada PRU15 nanti, lebih-lebih lagi sekiranya dia yang dilabelkan sebagai pengkhianat PH, PAS dan juga UMNO, bertanding di Parlimen Pagoh.

Banyak cawangan PPBM (Bersatu) baik seluruh negara, mahupun di Pagoh telah dibubarkan.

Muhyiddin lupa bahawa kabinet Ismail Sabri adalah barisan kabinetnya yang dipaksa dikitar semula apabila kerajaan pimpinannya tumbang setelah berkuasa hanya selama 17 bulan.

Ismail Sabri terikat dengan perjanjian dengan Muhyiddin, malah tidak diberikan hak untuk menggugurkan Peguam Negara, mahupun menukar menteri-menteri daripada Bersatu yang jelas tidak efisien dan gagal semasa Muhyiddin memegang tampuk pentadbiran sebagai PM.

Muhyiddin bukan sahaja gagal, tetapi telah memperdayakan rakyat dengan mempergunakan Ordinan Darurat apabila dengan wewenangnya dia telah membelanjakan RM600 bilion wang negara tanpa perlu dibahaskan di parlimen.

Muhyiddin telah melaksanakan ‘PKP separuh masak’ sehingga memusnahkan ekonomi rakyat dan meletakkan Malaysia dalam ranking 10 negara paling teruk di dunia yang gagal mengekang pandemik Covid19.

Ketika pentadbiran Muhyiddin, sebahagian besar ekonomi rakyat telah lingkup dan rakyat tidak dapat ‘mencari makan’ dengan sempurna berikutan tempoh PKP yang berlarutan dan berpanjangan.

Malah dalam isu penamatan Ordinan Darurat, Muhyiddin dan konconya Menteri Undang-Undang, ditanggapi sebagai telah menderhaka kepada DYMM Agong.

Tidak hairanlah sekiranya, PM Ismail Sabri membalas cemuhan Muhyiddin bahawa sekiranya pentadbirannya gagal, maka Muhyiddin juga gagal, kerana dia adalah Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, malahan barisan kabinet kerajaan adalah orang-orang Muhyiddin yang tidak efisien.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: